CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Siti Nurhaliza Tak Bernaung Bawah Universal Music, Hanya Pengedar Lagu

14-11-2023 10:06 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1948| Komen: 19

Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza menegaskan pendiriannya tidak sama dengan kenyataan syarikat rakaman antarabangsa iaitu Universal Music Group (UMG) yang mengecam serangan tentera Hamas terhadap Israel.


Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 44, turut memaklumkan dia bukanlah artis di bawah naungan syarikat Universal Music Malaysia dan mereka hanya bekerjasama sebagai pengedar lagu.


“Kenyataan itu sangat mengejutkan. Mereka (UMG) sebuah label antarabangsa dan saya percaya pendirian Universal Music Malaysia mengenai isu ini tidak sama.

“Apa yang disuarakan UMG itu tidak sama dengan pendirian saya. Saya tetap menyokong Palestin.

“Universal Music Malaysia bekerjasama dengan saya hanya sebagai pengedar. Saya bukan di bawah naungan mereka,” katanya kepada mStar.


Siti mengulas kenyataan UMG baru-baru ini dilihat seolah-olah memberi bayangan menyokong kekejaman Israel.

Perkongsian UMG di laman sosial mengundang kecaman ramai termasuk peminat artis yang bernaung di bawah syarikat tersebut.

Untuk rekod, album terbaharu Siti iaitu Sitism adalah edaran Universal Music Malaysia.

Memandangkan serangan rejim Zionis di Gaza sedang hangat diperkatakan masyarakat dunia, Siti mengambil keputusan untuk menangguhkan konsertnya pada Mac tahun hadapan.


Malah, Siti juga memberitahu dia enggan terlalu berkongsi aktiviti harian tatkala rakyat Palestin hidup menderita dan dalam kesusahan.

“Perancangan untuk konsert saya tangguhkan dahulu. Sekarang isu ini tengah sensitif.

“Bagaimanapun saya sedang merancang untuk adakan satu majlis dan kutipan dana akan disalurkan kepada Palestin.

“Kita perlu sokong Palestin dan hidup ini mesti diteruskan. Tetapi kalau kita buat aktiviti menyeronokkan lebih baik tidak terlalu berkongsi di media sosial.

“Sekarang ini kalau ada undangan menyanyi pun saya akan cuba selitkan dengan lagu-lagu ketuhanan,” jelasnya.


Sumber: mStar



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote YomiuriLandMae 14-11-2023 10:43 PM
Konsert bulan Mac? Bkn Mac dah start nak puasa ke?
Quote sleepandream 14-11-2023 10:59 PM
YomiuriLandMae replied at 14-11-2023 10:43 PM
Konsert bulan Mac? Bkn Mac dah start nak puasa ke?

awal Mac la tu..
alang2 buat konsert masa raya la... half the playlist lagu2 raya... kan best gituhhh
Quote kuceeng 14-11-2023 11:52 PM
Cleocatra replied at 14-11-2023 11:30 PM
Tak penat ke sheol ni hari2 wajib selpi. Pulak tu selpi tenung kamera dulu, jeling kiri kanan, panda ...

aduu tergolek aku bace komen ni
Quote Piramida 15-11-2023 12:01 AM
Cleocatra replied at 14-11-2023 11:30 PM
Tak penat ke sheol ni hari2 wajib selpi. Pulak tu selpi tenung kamera dulu, jeling kiri kanan, panda ...


Hahahhaa... Dulu ai minat gak lah jenguk soc med dia.
Tapi semenjak dia suka selfie sedulang muka penuh tenung2 kemera acah2 perasan dpn camera.. dah malas dah.
Meluat sebenarnya... Like ko dah kenapa. Hihihi
Quote hyie 15-11-2023 12:37 AM
YomiuriLandMae replied at 14-11-2023 10:43 PM
Konsert bulan Mac? Bkn Mac dah start nak puasa ke?

ekceli sheols penah buat konsert kat filharmonik 5-7 julai 2013, yakni beberapa hari je sebelum puasa 10/7/2013. Meols pegi yang 7/7 yach. Best sangat!
Quote September14 15-11-2023 05:50 AM
Cleocatra replied at 14-11-2023 11:30 PM
Tak penat ke sheol ni hari2 wajib selpi. Pulak tu selpi tenung kamera dulu, jeling kiri kanan, panda ...

Dgn filter bkati obses btul dgn muka sdri pdhal tgk kt video yg x bfilter dh mcm makcik2
Quote Luvx1 15-11-2023 05:57 AM
Cleocatra replied at 14-11-2023 11:30 PM
Tak penat ke sheol ni hari2 wajib selpi. Pulak tu selpi tenung kamera dulu, jeling kiri kanan, panda ...

artis² pompuan ni.. kalo umur dh 40s & above.. mcm dh wajib amik gmbo mcm tu ????... peh tu ada yg wajib ternganga ????????
Quote ashilalat 15-11-2023 06:35 AM
So siapa yg bernaung bawah Universal Music sbnrnya?
Quote KamikuP 15-11-2023 09:08 AM
Edited by KamikuP at 15-11-2023 01:09 AM

Oo korang kutuk tokti ye.. awas zoners akan dtg bekap.. ekekekeBeso tak muka sheolls... ekekeke

Quote dekmieDandy 15-11-2023 10:55 AM
Edited by dekmieDandy at 15-11-2023 10:57 AM
ashilalat replied at 15-11-2023 06:35 AM
So siapa yg bernaung bawah Universal Music sbnrnya?

Ernie Zakri, lepas keluar rocket fuel

yang lain Dolla kot, selain tu tak tahu dah
Quote LadyCarefree 15-11-2023 10:57 AM
Kang kena kensel lak kutipan derma
Quote Fly_over 15-11-2023 01:02 PM
Cleocatra replied at 14-11-2023 11:30 PM
Tak penat ke sheol ni hari2 wajib selpi. Pulak tu selpi tenung kamera dulu, jeling kiri kanan, panda ...

cer tepek chuols. iols xleh bayang la hasil gambar selfie tu cmne
Quote lovelytouch 15-11-2023 02:50 PM
Gelabah lettewwww takut org boikot dia..
Quote freyayong 15-11-2023 02:55 PM
nak kumpul duit lah g concert siti ni. selama ni dpt tiket free je (konsert SATU & shopee) dula kala pegi.
Quote cikenit2007 15-11-2023 03:10 PM
September14 replied at 15-11-2023 05:50 AM
Dgn filter bkati obses btul dgn muka sdri pdhal tgk kt video yg x bfilter dh mcm makcik2

Tapi fan dia kata awet muda...ni syatuu kata depa...hahaha
Quote Burong_Hantuk 15-11-2023 03:24 PM
pencen jerr la terus acik siti!!!
Quote alesandra 15-11-2023 03:28 PM
Distributor pun xkan laa x dapat untung.bajet buat amal jariah kah? agak2 la membodohkan org
Quote zuriey 15-11-2023 03:30 PM
Aikk mana boleh mcm tu
Yg melibatkan ko tiber je tak sama pendirian konon
Sama lah kes mcd
Org tetap boikot
Jadi ctzjonez kena la boikot tokti juga ok
Jgn double standard

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:53 AM GMT+8 , Processed in 0.040971 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top