CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar 14 Tahun Maut, Motosikal Bergesel Lori Ketika Keluar Simpang, Kepala Digilis Tayar Lori

14-11-2023 09:50 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1434| Komen: 12

Baling: Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerai maut apabila motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori dalam kemalangan di Simpang Tiga Jerai, Jalan Baru Kulim-Baling-Grik, di sini.


Kejadian berlaku ketika mangsa, Muhammad Hazim Iskandar Mohd. Hafiz, 14, baru pulang dari sekolah pada pukul 1.50 petang ini.


Ketua Polis Daerah, Superintenden Shamsudin Mamat berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.



“Siasatan mendapati lori jenis Isuzu dari arah Gerik menghala ke Kulim, apabila tiba di tempat kejadian mangsa telah  keluar dari simpang di sebelah kiri jalan.


“Kejadian menyebabkan motosikalnya bergesel dengan bahagian badan belakang sebelah kiri lori sebelum terjatuh di atas jalan lalu kepalanya digilis tayar lori tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Menurutnya, mangsa didapati tidak memakai topi keledar sementara pemandu lori dan seorang penumpangnya tidak mengalami sebarang kecederaan.


“Siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada mangsa yang telah cuai setelah keluar simpang dan melanggar lori tersebut.


“Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Kulim untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. 



Sumber: Utusan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jari10 15-11-2023 02:25 AM
Rider motor JANGANLAH menyelit tang corner! Corner kiri kau nyelit kiri ..corner kanan kau nyelit kanan! Masa tu sah2 driver sdg fokus tgk arah bertentangan dan juga arah hadapan..tu belum kira titik buta lagi!
Quote Carcosa 15-11-2023 01:20 PM
Weh, org yg ramai2 berdiri tu, boleh ek tgk depan2 mcm tu. Kalau aku dah termuntah2 dah. Aku tak mabuk darah, tapi kalau dah gitu ghoper nya, haruslah meloya nak muntah. Tgk gambar pixilated tu pun kepala aku dah pusing2
Quote prettyuglybabe 15-11-2023 03:35 PM
kurang satu anak nak disara..
Quote B40tastePosh 15-11-2023 04:05 PM
Apa tindakan Sanusi???
Quote shernazz 15-11-2023 04:10 PM
Dia rasa kenal la tu..
Helmet pung tak pakai
Quote aciksenah 15-11-2023 04:25 PM
Alfatihah..harap kes ni menjadi pengajaran kepada parents. Kenapa nak bagi anak naik motor kalau tak ada lesen.
Quote tripleid 15-11-2023 04:55 PM
Makpak yg bagi ank masih sekolah naik moto mmg nak tgk anak mati cepat.
Quote mejaputih 15-11-2023 05:18 PM
Budak umur mcm tu mana boleh calculate risk on the road lg...salah mak bapak bg anak naik motor...
Quote mrsbale 15-11-2023 06:10 PM
Td dekat traffic light alam budiman, laju je rider panda ni tibe2 muncul g selit celah lori & van masa nk belok time lampu hijau.

Adoi. Hati2lah.. nyawa bkn ade jual.. tubuh bdn bkn ade spare part..
kalau jd ape2 mesti lori/van tu kene.. padahal driver2 tu xkan notice pun motor tiber mencelah
Quote sambaldurian 16-11-2023 07:48 AM
Ajal mmg ditangan Tuhan, tp knp zmn skg mak ayah senang benar bg anak bwk motor (xde lesen / bwh umur). Apa xleh jln kaki ke keluar awal pagi ke apa. Barulah fit.
Quote KakBie 16-11-2023 03:39 PM
Takpe lah. Kurang satu masalah.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 06:42 PM GMT+8 , Processed in 0.053869 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top