Beijing: Seorang peniaga online di China mengundang perhatian netizen kerana kaedah uniknya mempromosikan produk jualan dalam masa hanya tiga saat tanpa menunjukkan sebarang reaksi wajah, lapor portal berita Must Share News kelmarin.
Zheng Xiangxiang menggunakan platform Douyin untuk mempromosikan pelbagai jenis produk. Dengan teknik luar biasanya itu, wanita tersebut berjaya menjana jualan sebanyak 100 juta yuan (RM64.7 juta) dalam masa hanya tujuh hari. Taktik pemasaran Xiangxiang amat mudah, iaitu pembantunya menghulurkan kotak mengandungi produk kepadanya, yang kemudian disambut wanita itu dan membukanya. Dia kemudian menyebut harga produk yang ditunjukkan sebelum menyimpan kembali dan menolak kotak tersebut. Semua pergerakan itu berlaku dalam masa tiga saat.
Menurut portal berita 8Days, meskipun kotak-kotak yang digunakan menyerupai kotak jenama mewah, produk yang dijual berharga kurang daripada 10 yuan (RM6.47). Sumber: Kosmo! Online |
dua_chzy replied at 14-11-2023 09:44 PM
Menda punya tektik? 65 juta? Sure Chinks ni takda memakai (i.e. pelaris)?
Sazreena replied at 15-11-2023 08:27 AM
Selain muka dan body lawa, dia berjaya menjawab persoalan yg paling utama dlm hal jual beli iaitu ha ...
allshares replied at 15-11-2023 09:05 AM
Bethol sgt. Angkat barang bagitau harga. Sudei kan senang. Product dia bnyk mcm2 plak tak mustahil ...
kepompong replied at 15-11-2023 09:44 AM
baju pesen gini ada pearl kat bahu mmg diminati org sana ke? nampak seksi? Sbb kat movie2 chinese ka ...
ADVERTISEMENT