PETALING JAYA – Seorang kakak rakam video serta ‘curi-curi’ melihat adiknya bongsunya yang buat pertama kalinya bekerja. Menerusimedia sosial @sopheakay, kakak sulung itu berasa susah hati kerana ia merupakan hari pertama adik bongsunya bekerja di situ.
Difahamkan, ketika kejadian adiknya dilihat sibuk menguruskan restoran manakala adik-beradiknya yang lain memerhati dari luar. Tambah Sophea, dia mempunyai enam adik beradik dan kesemuanya perempuan dan disebabkan itu, hubungan mereka sangat rapat walaupun jarak usia mereka berbeza. “Adik bongsu kami baru 18 tahun dan kakak sulung kami 44 tahun, perbezaan umur agak jauh. “Sebenarnya kakak kami tidak yakin untuk beri kebenaran kepadanya untuk bekerja. Jadi apabila kami melihat dia boleh mengendalikannya untuk hari pertama, kami terharu,” jelas Sophea.
Selain itu, Sophea menyifatkan adik bongsunya sebagai seorang yang introvert tetapi disebabkan keinginannya untuk bekerja, mereka bangga melihat adiknya itu sudah berdikari. Reaksi kakak sulung itu membuatkan ramai netizen terharu dan kebanyakannya faham akan perasaan itu. “Dalam hati kakak mesti terdetik yang adiknya sudah besar. Saya tengok pun nak menangis sebab boleh faham perasaan itu,” komen Sue Yanie. “Saya masih ingat masa mula-mula saya nak bekerja, ibu bapa saya sangat teruja sebab nak teman sekali,” tulis @jrome5011. –CARI Sumber: Kosmo
|
ADVERTISEMENT