CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anjing-Anjing Liar Serbu Hospital, Makan Mayat Para Syuhada

14-11-2023 04:24 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8780| Komen: 139

PETALING JAYA – Anjing-anjing liar dilaporkan mula memakan mayat-mayat di Hospital Al-Shifa, Gaza selepas pengeboman oleh Zionis Israel.

Al Jazeera melaporkam, detik sayu tersebut diceritakan oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Gaza, Dr. Munir Albursh.


Ujarnya, anjing-anjing liar berkenaan mula berderu-deru masuk setelah pekarangan hospital dibom oleh Zionis sebelum mula memakan jenazah para syuhada.

Foto: Al Jazeera

“Kami lihat dengan mata kami sendiri, bila Israel mengebom kawasan sekitar hospital, anjing-anjing liar mula masuk ke dalam hospital dan menjumpai mayat-mayat tersebut sebelum mula makan.

“Kami tidak boleh halang dan sepak anjing-anjing tersebut. Binatang itu terus makan jenazah para syuhada di pekarangan hospital.

“Adakah ini boleh diterima akal oleh kamu? Adakah ini diterima oleh negara-negara Arab? Adakah ini boleh diterima oleh negara-negara Islam? Kami adalah syuhada,” katanya sambil kedengaran sebak.


Sejak peperangan bermula pada 7 Oktober lalu, Israel membunuh sekurang-kurangnyaa 11,000 rakyat Palestin dimana 8,000 daripadanya adalah wanita dan kanak-kanak.

Sebanyak 28,000 rakyat Palestin juga dilaporkan cedera.

Terdahulu, Hamas melakukan serangan mengejut terhadap Israel termasuk serangan roket bertubi-tubi dan penyusupan ke Israel melalui darat, laut dan udara pada hari sambutan perayaan Yahudi.

Hamas berkata, operasi itu sebagai tindakan balas terhadap pencerobohan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur dan keganasan peneroka haram Yahudi yang semakin meningkat terhadap rakyat Palestin.

Rejim Israel kemudian melancarkan Operasi Pedang Besi terhadap sasaran Hamas di Semenanjung Gaza. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 14-11-2023 04:29 PM
Kami tak boleh halang, tak boleh spek, as in nak bagitau anjing tu pun kesian sebab kelaparan la kan?

Memang kesian dek. Tapi, leaders korang pun satu dek. Dah nampak rakyat Gaza sengsara camni, dia still la kan simpan tawanan perang Yisrohell tu. Ye la. Top leaders dok luar aman2 hari2 makan sedap. Rakyatnya pula hidup melarat.
Quote pengecatbintang 14-11-2023 04:32 PM
Edited by pengecatbintang at 14-11-2023 04:33 PM

sblm Hemes setang 7 Okt...

Hemes pikir tak kontingensi plan kalo Yis real balas balik kat populasi Gaza 2 juta orang?
la ni > 10,000 palestin meninggal dunia (majoriti kanak2)

Yisreal x sampai 1,500 orang kott

itu hari media Arab sendiri persoal tindakan Hemes ni

Quote pengecatbintang 14-11-2023 04:35 PM
Edited by pengecatbintang at 14-11-2023 05:35 PM
dua_chzy replied at 14-11-2023 04:29 PM
Kami tak boleh halang, tak boleh spek, as in nak bagitau anjing tu pun kesian sebab kelaparan la kan ...

apa sebab Hemes simpan lagi tebusan tu..

adakah sengaja nak pancing Yis real attack gaza?

atau

adakah nak bagi alasan (pretext) utk Yis real terus attack Gaza?
Quote slavehunter 14-11-2023 05:02 PM
pengecatbintang replied at 14-11-2023 04:35 PM
apa sebab Hemes simpan lagi tebusan tu..

adakah sengaja nak pancing Hemes attack gaza?

Ofcoz la alsan untuk teruskan bombing and killing Gazan.
Quote tripleid 14-11-2023 05:07 PM
Tak berlaku plak miracle ala2 tajuk cite Mastika..'Mayat para syuhada tak dimakan anjing'. gituu..
Quote LadyCarefree 14-11-2023 05:10 PM
pengecatbintang replied at 14-11-2023 03:32 PM
sblm Hemes setang 7 Okt...

Hemes pikir tak kontingensi plan kalo Yis real balas balik kat populasi  ...

Mana boleh question apa2 pasal tindakan hamas kalau hang Islam. Katanya.
Quote Atata 14-11-2023 05:17 PM
dua_chzy replied at 14-11-2023 04:29 PM
Kami tak boleh halang, tak boleh spek, as in nak bagitau anjing tu pun kesian sebab kelaparan la kan ...

Rakyat palestin yg ditangkap under akta tidak berkaitan dan held in prison bertahun2 pulak berapa ramai
Spoilt brat israelis, baru berapa org rakyat dia kena jd tebusan dah kecoh2, yg rakyat2 palestinin, kanak2 kena tarik paksa tiba2 tanpa salah masuk penjara pula tak masuk media.
Quote Atata 14-11-2023 05:19 PM
Penyokong Israel zionist be like
Diverting issue to put all the blames on hamas as always.
Root cause : Israel.
Complaints: None

Quote anony-mous 14-11-2023 05:21 PM
Atata replied at 14-11-2023 05:17 PM
Rakyat palestin yg ditangkap under akta tidak berkaitan dan held in prison bertahun2 pulak berapa  ...

Itu la. I rasa ni 1st dgr hamas yg start serangan. Selama ni bertahun2 yisrael laknak ni serang gaza . Lg2 musim ramadhan. Asal ramadhan je yisrael cari pasal. Ni baru kena sekali serangan dlu dah memekak2 mcm sial.
Quote Atata 14-11-2023 05:23 PM
anony-mous replied at 14-11-2023 05:21 PM
Itu la. I rasa ni 1st dgr hamas yg start serangan. Selama ni bertahun2 yisrael laknak ni serang ga ...

Bodo kan. I boleh keluarkan beberapa list serangan Israel tanpa ada apa2 provocation dari palestinian. Tapi lepas palestinian balas, terus tiba2 media kasi attention.
Quote pengecatbintang 14-11-2023 05:33 PM
Edited by pengecatbintang at 14-11-2023 05:37 PM
slavehunter replied at 14-11-2023 05:02 PM
Ofcoz la alsan untuk teruskan bombing and killing Gazan.

Hemes ambik tebusan masa 7 Oktober dan kemdian mgkn sembunyikan dalam area Gaza..

Yis real semua da tau jahat..

Hemes dok underground gaza..

so, Yis real dan semua seluruh dunia akan jangka high possibility sembungikan tebusan dlm underground Gaza

so, bole agak Yis real akan attack Gaza

pretext dah disediakan, Yis real guna sepenuhnya pre text ni

ini mudahkan keje Yis real





Quote whimsicalmusic 14-11-2023 06:26 PM
hidup lg ke tahanan tu sbb israhell sibuk bom sana sini? bkn diorg kisah pn psl tahanan tu, alasan nk flatkn gaza je
Quote pokokmeranti 14-11-2023 06:31 PM
Roket2 hamas knp x hentam utk kali kedua? Ada strategi lain ke?
Quote Decaffeinated 14-11-2023 06:34 PM
Kenapa Hamas tak tembak ja anjing2 tu?
Quote blue_blur 14-11-2023 06:37 PM
whimsicalmusic replied at 14-11-2023 06:26 PM
hidup lg ke tahanan tu sbb israhell sibuk bom sana sini? bkn diorg kisah pn psl tahanan tu, alasan n ...

sebab tu, pendapat kita..... nak beri peringatan ke sendiri atau orang lain senang, padahal bila berlaku, kita pun sama terhanyut.... kita merujuk kepada ni "fitnah hujung zaman"... kebenaran dalam penipuan, penipuan dalam penipuan, penipuan dalam kebenaran, etc....
Quote slavehunter 14-11-2023 06:44 PM
Decaffeinated replied at 14-11-2023 06:34 PM
Kenapa Hamas tak tembak ja anjing2 tu?

Kalau tembak nanti ko ada point meratib hari hari kat forum Hamas terrorist dengan anjing pun nak tembak tunjuk keganasan.
Quote slavehunter 14-11-2023 06:47 PM
pengecatbintang replied at 14-11-2023 05:33 PM
Hemes ambik tebusan masa 7 Oktober dan kemdian mgkn sembunyikan dalam area Gaza..

Yis real semua d ...

With open arms Yisreal teruskan pretext guna alasan  tebusan.    False flag.
Quote copy_paste 14-11-2023 06:49 PM
whimsicalmusic replied at 14-11-2023 06:26 PM
hidup lg ke tahanan tu sbb israhell sibuk bom sana sini? bkn diorg kisah pn psl tahanan tu, alasan n ...

dah tentu la ada yg mati,
Quote pengecatbintang 14-11-2023 07:11 PM
slavehunter replied at 14-11-2023 06:47 PM
With open arms Yisreal teruskan pretext guna alasan  tebusan.    False flag.

jika ini adalah WW3...

adakah ini yg disebut agent provocateur...

harap2 tidak...

jika ya...

pemimpin atasan yg dok kat luar Palestin mgkn ya

yang dok dan berjuang di Gaza adalah kerana Islam      

Lihat semua komen(139)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 06:33 PM GMT+8 , Processed in 0.078258 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top