Atu Zero pernah ditegur memakai pakaian yang sama di stesen televsiyen (TV). Namun katanya dia lebih selesa mengenakan pakaian yang sama. “Saya tak kisah jika orang nak cakap baju sama atau lebih kurang, sebab kita kat luar pun pakai baju sama sahaja. "Cuma itulah masing-masing punya pemikiranlah, kalau macam saya sendiri memang tidak kisah.
"Pernah juga orang tegur saya pakai baju sama di stesen TV berlainan, saya cakap beginilah kerja saya kadang sempat kadang terlepas pandang. "Macam baju yang saya dah pakai sebelum ini masuk TV, saya akan kumpulkan dan bawa balik kampung bagi pada siapa nak pakai supaya tidak membazir," katanya kepada mStar.
Dalam perkembangan lain, Atu bersama Fazley Yaakob, Imran Aqil dan Atita Haris merupakan selebriti yang mewakili Malaysia dalam perlawanan badminton Tepok Bulu 2023: Tribute to Istora yang bakal berlangsung Jumaat ini. -CARI Sumber: mStar
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|