CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Suka Main Golf Je, Shuib Tak Mengaku Suka Berhibur Dan Hidup Bermewah-Mewah

14-11-2023 03:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6264| Komen: 42

Shuib dituduh  hidup bermewah-mewah namun culas membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Namun katanya dia menjalani kehidupan seperti sebelum ini yang hanya menumpukan kepada kerja dan anak-anak selain bermain golf.


Foto: IG

“Kalau betul rapat dengan saya, tahu saya cuma pergi kerja dan aktiviti luar bersukan adalah bermain golf.

“Saya jalani hidup macam biasa. Ada masa memang ada pergi bercuti bersama keluarga.

“Itu penting. Tidak mungkin saya tidak boleh keluar. Dah kenapa kan?,” katanya dalam sebuah temu bual program hiburan.



Shuib menambah egelintir pihak sengaja menambah minyak dalam api pada kala dirinya terpalit dengan isu perniagaan minumannya.

“Tidak faham bila kata berhibur dan bermewah. Itu yang saya pelik kerana tengok kehidupan saya memang tiada pun.


“Benda memang sudah ada salah, jadi orang pun mula mahu tokok tambah cerita.

“Saya tahu diri saya. Kita pun pernah buat salah, jadi saya tidak mahu perkara saya berulang lagi,” jelasnya lagi.


Tuduhan liar tersebut mula tercetus apabila syarikat minuman yang diasaskan Shuib, Bubble Bee dikatakan gagal membayar caruman KWSP dalam tempoh yang ditetapkan susulan tular surat terbuka seorang individu tidak dikenali dalam aplikasi TikTok.

Tidak lama selepas itu, Shuib tampil mengakui bahawa Bubble Bee mempunyai masalah untuk membayar KWSP pekerjanya tetapi menafikan dakwaan tidak membayar langsung.



Tegasnya, pihak Bubble Bee telah membuat rundingan dengan KSWP untuk membuat bayaran caruman secara ansuran selepas mengalami masalah pengurusan kewangan dalam syarikatnya sebelum ini. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Antifake 14-11-2023 03:39 PM
Dari bulan 1 sangkut kan.. bukan sorang dua aje staff. Banyak tuu.. harap bole la selesaikan
Quote kaseh80 14-11-2023 03:42 PM
Sampah sarap Ngat
Anaiya org
Semoga melingkupppppp

Quote papadomku 14-11-2023 03:45 PM
Semoga cepatla setelkan isu kwsp staf ko. Kesian tu ramai yg sangkut
Quote fealefea 14-11-2023 03:46 PM
rentikan lifestyle ko, pasti boleh setel.
Quote Lily_Elizabeth_ 14-11-2023 03:49 PM
Sampai jadi coklat lah kulit muka dia punya nak divert story hihihi.
Quote Dysania@72 14-11-2023 03:49 PM
new money mesti gelabah nak menunjuk kekayaan walaupun mulut zikir acah2 zuhud
Quote Burong_Hantuk 14-11-2023 04:05 PM
munafikkk!!!!
Quote ainonymous 14-11-2023 04:13 PM
emmmm selayaknyaaaa... sejenis tak pandai berniaga pastu acah2 blame orang lain. ko gi gadai semua harta kau bayar kwsp yg tertunggak tu.
Quote I.K.A888990 14-11-2023 04:26 PM
ye je la ko
terpaling tak tahu psl gaji pekerja
Quote juruterra 14-11-2023 04:33 PM
golf tu mewah la...dressing ootd laki bini pun mahal(ke nampak je mahal)
Quote kucingsiti 14-11-2023 04:39 PM
ok soeb.. indirectly hang mengaku hang tak kompeten dan hang gagal.
Quote babelina 14-11-2023 04:49 PM
tgk la nanti post citer psl apa pula.. kemain laki bini punya brg semua branded kn.. ke fufu..
Quote Rogue98 14-11-2023 04:56 PM
Muka pun tak bersih ...makan duit orang banyak sangat tu. Jep pun dah cakap dulu jangan tamak. Elok2 rezeki dgn Sepahtu kau sebok nak berbiz. Nak cepat kaya kawan pulak dgn gang cuci duit. Gang Addykana kena tangkap duit kena rampas tu ada kena mengena ke dgn bubble takde duit?
Camner ek boleh untung 150m time COVID..
Quote cikatilia 14-11-2023 05:08 PM
muka atas tu mmg sesuai mcm tgh menganjing...
Quote kuchenta_81 14-11-2023 05:25 PM
Eleh dan dan la mengaku hidup sederhana ehh
Quote kuchenta_81 14-11-2023 05:26 PM
Hari tu before kawen, renovate rumah. Then beli rumah baru. Tu semua guna duit Shuib, bukan guna rumput padang golf ????
Quote MarryPottet 15-11-2023 12:04 AM
Saka2 masih tinggal kat rumah soeb ka?
Kalu bisnes dia merudum, apakah akan ada kejadian keluarga pak lalat 2.0?
Saka2 sekalian dipersilakan pindah dari rumah soeb dan bermulalah drama masing2 menyalak di socmed mempertahan hak mereka?
Sama2 kita nantikan kesudahan drama ketegangan keluarga pak rais pulak
Quote naina 15-11-2023 12:40 AM
kuchenta_81 replied at 14-11-2023 05:26 PM
Hari tu before kawen, renovate rumah. Then beli rumah baru. Tu semua guna duit Shuib, bukan guna rum ...

Dia renovate rumah baru ke rumah lama
Rumah lama yang dgn arwah ct Sarah tu sapa duduk
Quote pocongkiutss 15-11-2023 01:06 AM
Edited by pocongkiutss at 15-11-2023 01:08 AM

Sederhana kejadahnya..rumah puchong dia tu maintenance fee dia je bape sebulan tu..puiiiiii

Ko ingt kalau ko masa zaman berchenta sgn siti sarah dulu..watetek ni nak ke kat ko?? Sarah je yg ikhlas terima

Ei tolong la diam

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:30 AM GMT+8 , Processed in 0.056786 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top