CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Patutlah Kena Cancel," Individu Dakwa Zhiddin Aziz Tak Profesional, Perangai 'Diva' Hantar E-Mail

14-11-2023 12:26 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9768| Komen: 87

Zhiddin Aziz sebelum ini kecewa selepas Anugerah Perdana Belia Negara 2023 (ABPN) yang didakwa sepatutnya menjadi miliknya digugurkan saat akhir.

Muncul pula seorang individu tampil memuat naik satu gambar di aplikasi X yang memaparkan tata cara penulisan yang digunakan Zhiddin sewaktu menghantar gambar yang diminta pihak sekretariat APBN dari Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui e-mail.


Menurutnya gaya penulisan yang digunakan Zhiddin yang juga merupakan anak kepada pengacara popular era 90-an iaitu arwah Aziz Desa disifatkan sebagai tidak profesional.



"Kalau macam ni la gaya ‘diva’ reply e-mail, patut la kena cancel.

Aku akan reject awal-awal fresh grad kalau e-mail macam ni," ciapnya.



Di ruangan komen, seorang individu dilihat membidas pendapat lelaki berkenaan dengan mengatakan bahawa gaya penulisan yang digunakan Zhiddin adalah sesuai kerana menganggap pemintaan gambar yang dibuat oleh sekretaria APBN bukanlah satu urusan rasmi.

Menurutnya lagi, pihak KBS tidak sewajarnya melakukan sedemikian kepada Zhiddin sewaktu hari penyampan anugerah tempoh hari.






Tidak berdiam diri, lelaki berkenaan sekali lagi bersuara dan menyuarakan pendapatnya bahawa sesiapa sekali pun perlulah bersikap profesional dan menggunakan gaya penulisan yang lebih beretika dan berprotokol ketika membalas e-mail meskipun ia bukanlah berkaitan dengan urusan yang tidak rasmi.

Terdahulu, Zhiddin meluahkan rasa kecewanya selepas mendakwa menerima panggilan telefon daripada pihak penganjur mengenai pembatalan kategori Ikon Belia menerusi hantaran di Tikok.



Menurut Zhiddin dia turut berasa kesal apabila tiada sebarang penjelasan dibuat daripada pihak penganjur kepadanya.

Terbaharu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim memaklumkan bahawa pihaknya akan mengaturkan pertemuan bersama Zhiddin. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote laksmanabentan 14-11-2023 12:48 PM
apa contribution mamat nih?
mmg popular ekkk....
Quote laqoyah 14-11-2023 12:52 PM
Sememeh nyehh..Cik Kelepok ker?
Quote ninanoni 14-11-2023 12:52 PM
nak bersastra apanya..kalau org mintak gambar kita bagi je la gambar..kalau aku attach file je terus
Quote tripleid 14-11-2023 12:53 PM
muka pun dah serupa cam bapok lorong
Quote _kelly 14-11-2023 01:00 PM
sorry tak minat gen z terpaling sastera
Quote hudalarva 14-11-2023 01:32 PM
i tak minat dia ni... tapi i curious nak tau cara yg betul for reply email tu... reply direct mcm tu kena cop diva? how?
Quote Leonclay 14-11-2023 01:35 PM
Dilampirkan gambar seperti yang diminta. ????
Quote MisXoXo 14-11-2023 01:36 PM
Dahlah dik..nangis2 plak..dahle..ko teruskan idupmu..teruskan berkarya
Quote Denco 14-11-2023 01:44 PM
Laaa bodohnya kelempuk ni reply email. Klu budak sekolah lain cite la. Kurang² bg salam then ckp la terima kasih sbb memilih saya sbg finalis. Eloklah kena cancel
Quote _blackbird 14-11-2023 01:59 PM
aku tak paham part balas email gaya diva tu. apo yg diva nya. dah org minta gamba, bg je lah gambar nya kenapa pula nak kena bermukadimah bersastera bagai kira helok juga dia tukar nama file gambar tu letak nama penuh, ada yg bagi file name IMG_8888 gitu je.


pape pon aku masih tak tahu hujung pangkal anugerah dambaan pondan nih
Quote imransulaiman 14-11-2023 02:00 PM
Nama arwah ayah dia AZIZ ke AZID?
Quote cranell 14-11-2023 02:03 PM
kalau tulis,

dear sir,

as attached.

beradab tak mcam tu
Quote opie5662 14-11-2023 02:08 PM
hudalarva: i tak minat dia ni... tapi i c ...


Tgk pulak la ko email sapa. Klu kwn2 boleh la email Mcm tu. Email ni pengganti surat. If kalau dgn jabatan2 kerajaan org swasta melibatkan benda2 formal, tak boleh ke buat mcm format surat rasmi. Itu pon susah ke
Quote midori888 14-11-2023 02:09 PM
Denco replied at 14-11-2023 01:44 PM
Laaa bodohnya kelempuk ni reply email. Klu budak sekolah lain cite la. Kurang² bg salam then ckp la ...

agreed....
Quote opie5662 14-11-2023 02:10 PM
ninanoni replied at 14-11-2023 12:52 PM
nak bersastra apanya..kalau org mintak gambar kita bagi je la gambar..kalau aku attach file je terus ...

Bykan org suruh bersastera pjg2. Tak boleh ke karang sket ayat. Dasar gen z pemalas.
Quote sambaldurian 14-11-2023 02:15 PM
So cmne nk email. Kepada pihak ? Tuan puan ?disertakan gambar seperti dipinta. Nama , kategori .
Quote nuralisa 14-11-2023 02:22 PM
sambaldurian replied at 14-11-2023 02:15 PM
So cmne nk email. Kepada pihak ? Tuan puan ?disertakan gambar seperti dipinta. Nama , kategori .

aku rasa reply tu kena style gomen jugak.

"Tuan/Puan

Terima kasih diatas peluang yang diberikan oleh pihak KBS kepada saya bla..bla.. bla..
Dikemukakan bersama-sama ini gambar bla.bla..bla..."


Quote menjad 14-11-2023 02:26 PM
Jauhhhhh lagi perjalanan dik.anggap aje tak der rejeki. Move on. Yg sudah tuh sudah.
Quote Bergosip 14-11-2023 02:30 PM
ramai ke ahli forum yang tak bekerja? baca dari comment, ramai yang tak tau cara nak reply email


lain cara reply email rasmi dan tak rasmi. even nak balas email colleague pon kita akan taip "please find the attached file for your perusal"

Lihat semua komen(87)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 06:56 PM GMT+8 , Processed in 0.164244 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top