Budak usia dua tahun tak sengaja menelan lapan bilah jarum semasa bermain di ladang tempat ibunya bekerja. Thaiger News melaporkan, ibu kanak-kanak itu segera membawanya ke hospital dan apabila tiba sahaja di hospital, doktor terkejut apabila mendapati lapan bilah jarum berada di dalam perutnya di mana dua berada di sebelah kanan selaput perut, tiga di kiri, satu di dinding perut, dan dua di antara pundi kencing dan usus.
Dia kemudiannya terpkasa menjalani pembedahan segera yang mengambil masa dua jam untuk mengeluarkan semua jarum dengan jayanya. Sementara itu, ibunya mengucapkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kerana tanpa pembedahan tersebut, kanak-kanak itu akan menjadi lebih teruk. Menurut ibu kanak-kanak itu, jarum tersebut digunakan untuk memvaksin haiwan ternakan dan dia menganggap jarum itu telah ditinggalkan secara tidak sengaja oleh pekerja ladang.
Sumber: Thaiger News
|
ADVERTISEMENT