CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengantin Lelaki Melopong Rugi RM30 Ribu- Tunang Lesap Di Hari Nikah, Rupanya Isteri Orang Anak 2

14-11-2023 11:02 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 15704| Komen: 174

Seorang bakal pengantin lelaki kecewa bakal isteri tidak muncul pada hari pernikahan.

Wang hantaran berjumlah RM8,000 lesap dan terpaksa menanggung rugi apabila telah mengeluarkan segala kos persiapan perkahwinan bernilai ribuan ringgit.


Menerusi Facebook, lelaki berkenaan mendakwa mengenali wanita itu sejak 2021 dan melangsungkan pertunangan pada 12 Oktober tahun lalu di Kuching, Sarawak.


Foto: mStar

Dakwanya, mereka sepatutnya melangsungkan majlis akad nikah pada 10 November (Jumaat) dan majlis persandingan pada 11 November (Sabtu) di rumah pengantin perempuan di Matu, Mukah.

“Hari yang sepatutnya menjadi hari yang paling bahagia untuk aku tetapi jadi mimpi ngeri."

Dia yang menyertai rombongan keluarga seramai 22 orang tiba di Daro, Mukah pada petang Khamis untuk menginap di sebuah homestay yang ditempah oleh bakal pengantin perempuan.



Foto: mStar


Namun mereka terkejut apabila pemilik homestay memaklumkan tiada sebarang tempahan bilik diterima pada tarikh berkenaan.

“Aku pun telefon bakal pengantin perempuan berkali-kali tapi tiada respons. Disebabkan dah terlalu penat sangat, nak tak nak terpaksa juga bayar guna duit sendiri untuk homestay termasuk perbelanjaan lain yang sepatutnya diuruskan pihak pengantin perempuan.

“Waktu ni aku dah rasa lain macam dah, macam ada yang tak kena, sebab dia cakap semua dah diuruskan tapi aku cuba berfikir positif lagi dan berehat serta persiapkan apa yang patut untuk majlis kami keesokan hari,” ujarnya.

Pada hari yang sepatutnya berlangsung akad nikah, katanya, dia bersama rombongan yang membawa barang hantaran berkunjung ke rumah bakal pengantin perempuan tetapi hairan kerana tiada tanda-tanda ada majlis dibuat sebaik tiba di lokasi.

“Sampai je kat situ dah rasa pelik sebab macam tak ada apa-apa sambutan, kosong! Persiapan majlis langsung tak ada. Aku cuba telefon bakal pengantin perempuan dan bapa dia, dua-dua tak dapat telefon.

“Alamat betul, tapi rumah tak ada orang. Memang dah agak ada sesuatu yang tak kena. Kami putuskan untuk pergi ke rumah jiran sebelah dan rupanya tuan rumah sebelah tu adalah ibu saudara si pengantin perempuan.

“Kami beritahu tujuan datang dan tanya pasal pengantin perempuan. Kami bertambah geram dan terkejut apabila diberitahu nama sebenar dia lain. Lagi parah perempuan tu sudah berkahwin dan ada dua anak,” katanya.

Menyuarakan kekesalannya, lelaki berkenaan tidak menyangka dan percaya bapa kepada bakal pengantin perempuan juga bersubahat dalam penipuan ini.

“Ayah dia pun tak jujur dari awal. Kenapa seorang ayah sanggup biarkan anak dia bertunang dengan aku sedangkan dia sendiri tahu anak dia tu bini orang? Memang tak terkata, kecewa, marah, sedih semua ada, tak mampu dah aku nak cakap apa masa tu.

“Dengan kos kerugian persiapan perkahwinan lagi. Duit hantaran dah diberi juga, maruah keluarga aku lagi, mana nak letak? Kami datang dari jauh dan rasa tertipu,” katanya.

Susulan itu, dia bersama keluarga membuat laporan polis berhubung penipuan tersebut yang mengakibat kerugian berjumlah kira-kira RM30,000.

Namun tidak dijelaskan sama ada nilai kerugian itu termasuk wang hantaran RM8,000.

Berhubung persoalan ramai berhubung proses daftar nikah, lelaki berkenaan di ruangan komen mendakwa segalanya diuruskan oleh pihak perempuan.

“Dia cakap dah uruskan semua sebab nak akad nikah kat sebelah pihak perempuan. Persiapan pun dah dibuat untuk majlis katanya.

“Aku dah bagi semua dokumen berkaitan kat dia dan aku anggap semua dah selesai masa tu, tinggal nak kahwin je. Jadi, aku beranggapan dia dah buat,” katanya.

Malah, dia turut mendakwa wanita yang sepatutnya menjadi isterinya itu bertugas dalam pasukan badan beruniform.

“Kau dah malukan aku dengan keluargaku. Kau tu kerja badan beruniform, tapi kenapa perangai kau tak macam baju yang kau pakai tu? Kau dah mencemar dan merosakkan imej jabatan.

“Kami sekeluarga pun dia berani tipu apa lagi dalam jabatan. Harap ada tindakan yang tegas diambil ke atas anggota ini,” katanya lagi. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 14-11-2023 11:15 AM
Menarik citer ni
Quote cutieslilies 14-11-2023 11:27 AM
sian budak ni... keje imi katanya
Quote ctkusiam 14-11-2023 11:36 AM
saman jelah
Quote Skuau 14-11-2023 11:40 AM
apa mende ni... awal2 pagi..dh dpt 2 benang pasai 'pompuan jahat'().
Quote biskutraya 14-11-2023 11:42 AM
Tak penah jumpa family pompuan tu kt mukah? Atau dh ade datang tapi sume main wayang? Lama tu berkenalan.. takde syak aneh2 ke.. huhu
Nk g daro pun jauh gak dari sibu/bintulu..
Quote batmana 14-11-2023 11:59 AM
Berhubung persoalan ramai berhubung proses daftar nikah, lelaki berkenaan di ruangan komen mendakwa segalanya diuruskan oleh pihak perempuan.


ni apeke bangang pengantin lelaki, suh pmpn uruskan, ko tu OKU ke apa? hal borg lelaki la kene uruskan, amik butiran , tanya kadi , kebenaran smua

ni klu dh kawin, smua benda suh bini buat ke bahlul? nnti nk cerai, serah dokumen kt bini suh bini uruskan? yang ko goyang telur????



laki camni mmg tak layak dinikah, psl mengalahkan budak2
Quote edayildiz 14-11-2023 12:00 PM
adoii ada jgk mcmni
Quote sambaldurian 14-11-2023 12:14 PM
Klu betul tangkap sama dia. Biar x dpt pencen. La bekerja ke suspek ni. Boleh pulak catfish.
Quote cranell 14-11-2023 12:25 PM
sebab tu kena risik dulu sebelum tunang.
Quote myhairisbad 14-11-2023 12:45 PM
Hmm aneh2 ya tp benda dah jd.. macam love scam la ni kan. Habis lebur duit macam tu saja.
Quote otai_g 14-11-2023 12:49 PM
Lelaki bermadu now is real ya guys. Gratis.
Quote syamzana 14-11-2023 12:52 PM
masa tunang tu family member yg lain takde ke semua bersekongkol dah ayah pompuan pun sama naik menipu.
kesian plak.
nape blur pic tu, caner org nak kenal???
Quote laksmanabentan 14-11-2023 12:52 PM
sama jangan tak saman....
Quote malaygirl 14-11-2023 01:15 PM
Fuhhh next level dia punya scam ni. Sampai siap bertunang bagai. Bini orang anak dua lagi. Yang tu betul ke bapak perempuan tu? Ke entah sape2 orang tua dia upah jadi bapak dia. Kalau betullah bapak dia, boleh pulak pakcik tu bersengkokol dengan anak menipu orang
Quote brego 14-11-2023 01:25 PM
itu pasal kena test drive dulu sebelum kawen
Quote vespa_oren 14-11-2023 01:28 PM
brego replied at 14-11-2023 01:25 PM
itu pasal kena test drive dulu sebelum kawen

anak dua, jika test drive ada beza k
Quote vespa_oren 14-11-2023 01:29 PM
tapi perempuan nie lawa, memang xnampak mcm anak 2, xthulah kalo filter
Quote prettyuglybabe 14-11-2023 01:48 PM
rasa dulu pun ada juga kes macam ni..
Quote midori888 14-11-2023 02:00 PM
batmana replied at 14-11-2023 11:59 AM
ni apeke bangang pengantin lelaki, suh pmpn uruskan, ko tu OKU ke apa? hal borg lelaki la kene uru ...

kalu nak nikah kat negeri ppuan bukan ppuan ke kena uruskan document terakhir? meaning lelaki uruskan part dia, lepas tu serah kat ppuan.

Lihat semua komen(174)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 06:30 PM GMT+8 , Processed in 0.201768 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top