CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Abang Blazer Merah Mohon Maaf, "Saya Sayang Semua Orang, I Love Sabah"

10-11-2023 09:56 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6852| Komen: 55

PETALING JAYA –Terdahulu tular video seorang pengawal keselamatan bertindak kasar ke atas seorang penghantar makanan sehingga menimbulkan ketidakpuasan hati rakyat negeri Sabah.

Lelaki yang dikenali sebagai ‘Abang blazer merah’ itu tampil membuat permohonan maaf secara terbuka di media sosial semalam.


Katanya, dia tidak mahu perkara tersebut terus tular sehingga mengganggu kehidupannya.




“Saya dikenali sebagai Abang blazer merah ingin memohon maaf terhadap orang-orang Sabah atau pun sesiapa yang terasa atas percakapan saya seperti mana yang berlaku dalam video viral yang lepas.

“Saya tidak ingin perkara ini terjadi, saya juga tidak ingin perkara ini berlanjutan. Saya betul-betul minta maaf dari hujung hati ke hujung tangan. Saya minta maaf sekali lagi supaya benda ini tidak berpanjangan,” katanya.

Dalam pada itu, lelaki tersebut mengakui dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan mana-mana pihak termasuk rakyat Sabah.




“Saya tidak ada masalah dengan orang-orang lain, saya tiada masalah dengan orang-orang Sabah. Saya sayang semua orang. I love Sabah. Terima kasih juga kepada semua orang yang membantu kes saya,” jelasnya.

Terdahulu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid mengesahkan kertas siasatan berkait kes pergaduhan antara seorang penghantar makanan dan beberapa individu di sebuah premis perniagaan sekitar Persiaran Tun Razak, Kuala Lumpur pada 2 November lalu telah dilengkapkan.

Jelasnya, kertas siasatan terbabit diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) bagi tindakan selanjutnya. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shamsadis 10-11-2023 10:04 AM
terima sahajalah hukumannya, kerana tindakan anda pada hari tersebut melampau dan sudah ada bukti rekod video.

ada rekod jenayah agak sukar dapat kerja nanti...

muhasabah diri
Quote Bedah.Cun 10-11-2023 10:05 AM
Kenapa kao, bah?!!!
Quote Atata 10-11-2023 10:22 AM
Ignorance. Tiket Air Asia ke Sabah berapa ringgit je bruhhh.. sekali sekala cuba la dtg sabah bjalan2 so xde lah sampai kau x kenal slang2 yg wujud di sabah. Slang org KK lain, slang or Sandakan lain, Tawau lain, tp masih boleh cam itu sabah kalau kau tdk ignorance sgt. Bruhhh
Quote tripleid 10-11-2023 10:26 AM
I love Sabah
Quote sayurmayur88 10-11-2023 10:36 AM
ignorance, jarang bergauk dengan masyarakat yg diluar kebiasaan dia, jd macam ni lah.
beza sgt dgn layanan yg dberikan olh org sabah kpd org semenanjung yg dtg melawat/kerja kt sabah. Fakta!!
Quote pokokmeranti 10-11-2023 10:49 AM
shamsadis replied at 10-11-2023 10:04 AM
terima sahajalah hukumannya, kerana tindakan anda pada hari tersebut melampau dan sudah ada bukti re ...

jadi ahli politik, menang PRU dapat lah pencen senang2.
Quote s@s@ 10-11-2023 11:19 AM
sayurmayur88 replied at 10-11-2023 10:36 AM
ignorance, jarang bergauk dengan masyarakat yg diluar kebiasaan dia, jd macam ni lah.
beza sgt dgn l ...

orang semenanjung senang ke nk keje kat sabah?
melainkan pegawai gomen ja....
Quote sayurmayur88 10-11-2023 11:20 AM
s@s@ replied at 10-11-2023 11:19 AM
orang semenanjung senang ke nk keje kat sabah?
melainkan pegawai gomen ja....

iolls maksudkan layanan org2 sabah kpd org2 semannjung kt sabah
Quote Hanzeviera 10-11-2023 11:21 AM
Dah kena sound la tu dengan bebudak sabah. Terus mintak maap
Quote s@s@ 10-11-2023 11:24 AM
sayurmayur88 replied at 10-11-2023 11:20 AM
iolls maksudkan layanan org2 sabah kpd org2 semannjung kt sabah

sama la kat semenanjung pun... xdenya nak anti org sabah.
tgk komen netizen pasal kes blazer merah ni, xde pun yg sokong dia
Quote tungkai 10-11-2023 11:40 AM
Salah tetap salah. Kalau mati budak tu, maaf jugak ke?
Quote sayurmayur88 10-11-2023 11:41 AM
s@s@ replied at 10-11-2023 11:24 AM
sama la kat semenanjung pun... xdenya nak anti org sabah.
tgk komen netizen pasal kes blazer merah ...

kalau macamtu okay lah.
Quote I.K.A888990 10-11-2023 11:58 AM
mmg kau melampau bang masalahnya
buatnya budak tu tak bernafas kau buat mcm tu
Quote Bedah.Cun 10-11-2023 12:18 PM
Mekomer kat Sabah jangan judge kitorang kat Semenanjung polak. Weols neh takde pon sepot si bear blazer merah lahanat neh! Choiiii!
Quote anony-mous 10-11-2023 12:25 PM
Atata replied at 10-11-2023 10:22 AM
Ignorance. Tiket Air Asia ke Sabah berapa ringgit je bruhhh.. sekali sekala cuba la dtg sabah bjalan ...

I ada a few kwn sabahan tp minta maaf awal2 i agak susah nk cam loghat sabah. Selalu confuse dgn indon. Kena dgr lama sikit baru dpt tgkap
Quote mojarean_X 10-11-2023 12:25 PM
Dia ckp apa?
Quote anony-mous 10-11-2023 12:27 PM
s@s@ replied at 10-11-2023 11:24 AM
sama la kat semenanjung pun... xdenya nak anti org sabah.
tgk komen netizen pasal kes blazer merah ...

Owg sabah srawak mmg selalu rasa houlier than thou. Padahal kita xde ckp apa pon, x racist pon towards them. Kalau dkt fb, sarawakian plg anti dgn semenanjung. Lps tu mesti compare borneo aman xde racist2. Masih lg x faham beza isu kaum n isu agama
Quote grouper 10-11-2023 12:36 PM
Sbb takut kena pukul je mamat ni...dh takut baru nak minta maaf. Klau betul rasa salah awal2 dah minta maaf..sama mcm grab kena boikot baru nak derma ciput je kat Palestine
Quote Atata 10-11-2023 12:45 PM
anony-mous replied at 10-11-2023 12:25 PM
I ada a few kwn sabahan tp minta maaf awal2 i agak susah nk cam loghat sabah. Selalu confuse dgn i ...

Hahah.. kesian sabah kena anak tiri mungkin perlu ada sinetron sabah kat tv3 baru org dpt cam loghat sabah

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 03:18 PM GMT+8 , Processed in 0.206997 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top