CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

8 Anak 'Campak' Ibu Ke Rumah Orang Tua, Seorang Pun Langsung Tiada Datang Jenguk

9-11-2023 07:48 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6196| Komen: 105

Seorang wanita mendedahkan cerita mengenai seorang penghuni rumah kebajikan warga tua yang 'dibuang' oleh anak-anak sendiri selepas kematian bapa mereka.

"Anak dia ada lapan orang, tujuh orang dah bekerja dan berkahwin, seorang baru masuk kolej. Lepas suami dia meninggal, tak sampai sebulan anak-anak dia hantar makcik ni dekat rumah kebajikan orang tua atas alasan tak ada siapa nak jaga makcik ni.


"Semua duduk jauh. Makcik ni ada sakit saraf kaki... boleh berjalan cuma bergantung dengan tongkat. Macam tak logik alasan anak-anak dia bagi," kongsinya dalam satu video di TikTok.


Gambar Hiasan

Difahamkan makcik berkenaan sudah dua tahun menjadi penghuni di rumah kebajikan itu dan dalam tempoh tersebut, tiada seorang pun anaknya datang atau bertanya khabar.

Walaupun rasa rindu kepada anak-anak sering menggamit, kehadiran rakan-rakan senasib serta pelbagai aktiviti di rumah kebajikan tersebut sedikit sebanyak mengubati hatinya.


"Makcik tu beritahu dia doa dari jauh je semoga anak-anak dia sentiasa sihat dan dilindungi Allah selalu.

"Dia dah maafkan segala salah silap anak-anak dia. Semua yang jaga (staf) di sini baya-baya anak makcik. Semua dianggap macam anak sendiri.

"Nampak air matanya bergenang. Aku yang beria tersedu-sedu menangis," ujarnya.

Meskipun anak-anak makcik berkenaan langsung melupakan ibu mereka, namun tidak sedikit pun terkeluar perkataan yang buruk-buruk mengenai zuriatnya itu.

"Masa nak balik, dia peluk aku kuat. Siap cium dahi dengan pipi lagi. Makcik tu siap pesan jaga mak ayah baik-baik, banyak pahala kalau kita berjasa dan hargai mak ayah kita. Lagi satu jangan panggil makcik, panggil ibu. Ada masa jenguk lagi ya.

"Aku tak tahu apa yang dia dengan anak-anak lalui dulu. Tengok air muka dia, banyak yang dia pendam. Aku tak berani tanya lebih-lebih. Aku hanya diam bila dia bercerita.

"Baru dapat tahu yang ibu Wati meninggal dunia awal bulan Mac lepas. Meninggal dalam tidur. Sedekahkan doa buat Norsalmawati Salleh," akhirinya.

Perkongsian berkenaan meraih lebih 91,000 jumlah tontonan selain dibanjiri komen netizen yang turut sama meluahkan rasa sebak.

"Kesiannya... adik beradik husband berebut nak jaga mak mentua.

"Saya pegang ayat buat baik pada mak ayah, insyaAllah nanti anak-anak akan buat baik dengan kita," demikian antara komen netizen. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bottombikini 9-11-2023 07:51 AM
selalu rasa nak singgah visit rumah org2 tua ni tapi aku segan
Quote zehra2 9-11-2023 08:12 AM
Edited by zehra2 at 9-11-2023 08:14 AM

org yg tk pernah jaga org tua, mungkin tk faham cabaran nya menjaga mak bapak bila kita pun bergelut dgn kerja dan kehidupan kita.
aku selalu je gaduh dgn mak. tp itu ler mak tetap nk tinggal dgn aku dan aku pun tkde nk antar mak ke mana2 pun.
gaduh mcm mana pun, mlm mesti mkn sama2. melayan mak mkn.. sembang2.. gitu ler layan org tua
Quote cmf_premierleag 9-11-2023 08:29 AM
Makcik sumpah je la anak2 makcik tu jd hanjeng ke,babi ke
Gunakan kuasa sbg seorang ibu
Gituuu aku menghasut
Quote Atata 9-11-2023 08:32 AM
orang normal takkan tinggalkan org yg dia sayang. Kalau dah dia tinggal tu, sebab tak sayang lah tu. Kenapa anak boleh tak sayang emaknya...
Quote kalchi 9-11-2023 08:38 AM
Tapi knapa anak anak bole sampai jd begitu, kne tanya juga pd diri sndri. Ada kes jiran i, dia menatang anak bagai minyak yg penuh, sampaikan anak nk basuh pinggan pon dia tak bagi. So silapnya kt mana wlpn dia manjakan anak. Dia tak terapkan nilai nilai empati, rasa tanggungjawab dan hormat org tua. Anak ank ni dia akan elok bila didikan nya elok. Kalau da prangai sombong tak nak jaga mak ayah mcmtu ada la silap nya. Dan salu la ingt untuk bebuat baik Allah akan balas yg baik kt kita
Quote green~tea 9-11-2023 08:40 AM
Edited by green~tea at 9-11-2023 08:42 AM

Dah jaga mak OKU since sekolah rendah sampai umur i 32.. mmg susah.. menangis sendiri je... mujur i ada adik yang kami gilir2 jaga mak & pernah hire beberapa caregiver (lepas i start keje)...

Tp dalam berita ni i tak dpt nak connect or hadam kenapa 8 anak boleh buang mak... amek je la mak tu and hire caregiver
Quote green~tea 9-11-2023 08:44 AM
kalchi replied at 9-11-2023 08:38 AM
Tapi knapa anak anak bole sampai jd begitu, kne tanya juga pd diri sndri. Ada kes jiran i, dia menat ...

Terlalu tatang anak pun tak bleh sampai jadi spoilt brat.. terlalu tak cakna pula jadi dendam..

Terapkan nilai murni ni i rasa melekat dekat anak2.. bila kita selalu bercakap dengan dia kasi common sense
Quote mejaputih 9-11-2023 08:49 AM
wow semua 8 org tak penah dtg jenguk? ni kisah keluar dari ibu sendiri ye? leh cayer ke tu..takut ada dimentia...kena tanya pekerja situ ...
Quote AkokKocik 9-11-2023 08:58 AM
Edited by AkokKocik at 9-11-2023 09:02 AM

Aku xkomen pasal si emak ni tp ada mak yg masa muda pangai mcm mamajie, dh d antar rumah org tua baru insap...

ada mak yg mungkin lbh suka tinggal d rumah org tua, klu tinggal dgn anak, dsuruh jg cucu plak..

ada mak masa anaknya kcik, merajakn anak, bila dh besar, xkan raja nk jg hambanya...

ada mak tamak, nk reta arwah ayah utk dirinya sndri, anak terpaksa cari sndri...

mungkin....mungkin...stiap ada ujian hidup masing2....skrg ni xblh lagi nk kata, branak ramai, dh tua, senang.

Quote KamikuP 9-11-2023 09:18 AM
Hati hitam meolls syak yg masa muda mak ni tak jaga dan tak sayang anak.. mustahil sorang pun taknak jaga..
bau ikan sgt makcik ni - gitohh hatiku berkata
Quote prince_marhaen 9-11-2023 09:22 AM
...'dibuang' oleh anak-anak sendiri selepas kematian bapa mereka...


Firasat meols mesti ada sebab lain selain daripada sibuk, duduk jauh dan tak sempat jenguk.
Mungkin sebab hormatkan bapak masih ada, anak2 ada balik, lepas bapak tak ada baru theyols hantar mak theyols ke rumah orang tua.
Kalau ya sibuk pun, anak yang masuk kolej tu takkan takde cuti semester balik kampung kan, mesti ada sebab lain he/she tak nak amik tau jugak.

Atau kekadang orang tua ni dimetia, buat drama, walhal baru je jenguk, kata dah lama tak datang, macam makcik meols... anak2 ada je elok selalu jengah, ajak duduk sekali tak mau, nak duk umah sendiri lebih selesa, lepas tu drama lah siapa2 datang dia kata anak-anak takde jenguk, walhal baru semalam cousin meols datang siap amik bawak makan jalan2 beli barang dapur bagai. Sampai cousin meols malu ye bila orang kampung tanya macam diorang semua jahat.


Quote prince_marhaen 9-11-2023 09:24 AM
KamikuP replied at 9-11-2023 09:18 AM
Hati hitam meolls syak yg masa muda mak ni tak jaga dan tak sayang anak.. mustahil sorang pun taknak ...

hati meols pun sama, kena dengar cerita both sides...kadang yang up cerita pun drama lebih...terpaling melawat orang tua ye. Takkan lah SEMUA anak tak suka sheols...mesti ada something wrong somewhere, sedangkan kalau nak ignore, theyols dah ignore daripada bapak diorang ada lagi...
Quote aHoi83 9-11-2023 09:35 AM
Pada i didikan mak pak ni utk anak patutnya tak mempengaruhi kehidupan mendatang. Bila kita dewasa, kita kene cari ilmu sendiri n belajar utk hidup sendiri. Mak pak bagi basic dan yg lain pandai2 sendiri.
So kalo dewasa ni perangai ko serupa binatang, dah tkde kene mengena dah dgn didikan mak ayah. Terima jelah diri ko tu bangsat selagi ko yg tknak berubah.
Quote cutieslilies 9-11-2023 09:39 AM
kene dengar cerita 2 belah pihak.. zaman sekarang ni bukan leh caya sgt cete2 camni...

so x mau komen ..kang tersalah fitnah pulak...
Quote ifanonline 9-11-2023 09:40 AM
tak patut anak tak jaga mak, especially anak2 yg mempunyai rezeki lebih tu...upah maid ke, hire nurse ke, etc...kewujudan anak2 ni hasil dr gendongan ibu dlm perut selama 9 bulan...have you no heart?
Quote Herlina 9-11-2023 09:40 AM
Huhuhu...kesian makcik ni.
Sama penyakit mcm mak saya. Skrg duduk kat kampung dengan abang.
Tapi adik beradik mmg akan balik gilir2 jenguk mak dan pastikan kebajikan abang terjaga.

Jgn la wehhh buat mak begini. Lagi tua lagi la dia perlukan perhatian anak2. Bab cepat sentap ke, terasa hati ke, berkeluh kesah ke...dah nama pun org tua, layan je selagi dia masih hidup. Dah tak de esok sedih wehhh sebab kita dah hilang salah satu antara doa mustajab...'doa seorang ibu'
Quote Bedah.Cun 9-11-2023 09:49 AM
So soalan makcik2 bawang di kenduri, eiii kenpa ngkau belum kawin lagi? Kang sape nak jaga ngkau masa tua? Relevan lagi ker idok?
Quote glump 9-11-2023 10:05 AM
Dulu Masa arwah mak ada ,kami adik beradik sellu balik sebab sangat rapat dengan dia. Bila dia pergi,ayah kawin lagi ..terus jarang balik tapi semua balik bila mak tiri sakit n meninggal. Sekarang ayah sendiri lagi diusia dekat 80an. Masih drive jalan2 tapi dia kata sunyi. So kawan2 dia suruh kawin lagi ..kami adik beradik kata ..sekarang jaga dia sorang ikut mana appointment doktor dia ada,kalau ada mak tiri lagi dah kena jaga appointment utk 2 orang.dah tu ayah tu dah lupa2.kesian kat bakl bini dia nnti. mak tiri yg dulu anak2 Tak kisah mak depa sakit ,kami yg kena jaga.
Quote capwayang 9-11-2023 10:06 AM
..dulu-dulu boleh la terkesan dengan story cenggini tapi sekarang ni dengan ketiadaan bukti-bukti bergambar (censored muka) family kan iols anggap sheols hasanah untuk raih simpati pelawat yang datang kecuali dia berkahwin takde atau anak mati dulu so takde orang jaga..

Lihat semua komen(105)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 03:19 PM GMT+8 , Processed in 0.204915 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top