CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PDRM Kumpul Maklumat Ejen Mossad

8-11-2023 06:43 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3074| Komen: 15

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumpul maklumat sekiranya terdapat sebarang aktiviti membabitkan ejen perisikan Mossad di negara ini, susulan kelantangan Malaysia berkaitan isu Palestin.


Ketua Polis Negara Tan Sri Razaruddin Husain berkata, keselamatan dan ketenteraman negara adalah di bawah bidang kuasa polis mengikut Seksyen 3 Akta Polis 1967.



"Kita (PDRM) akan mengumpulkan sebanyak mana maklumat melalui risikan termasuk isu ejen Mossad, sabotaj ekonomi atau espionage (pengintipan).


"Sekiranya kita mempunyai maklumat itu, tangkapan akan dibuat," katanya dalam sidang media di Bukit Aman di sini, hari ini.


Terdahulu, media melaporkan PDRM memberi jaminan akan mempertingkatkan kawalan keselamatan susulan banyak ugutan diterima kerana lantang bersuara dalam isu Palestin.


Pada 24 Oktober lalu, Anwar menegaskan tidak takut dengan ugutan dan tekanan negara barat kerana pendiriannya yang lantang memperjuangkan nasib rakyat Palestin.


Beliau sama sekali tidak akan tunduk kepada sebarang ugutan bagi memperjuangkan kebebasan buat Palestin daripada penindasan serta pembunuhan oleh rejim Zionis.



Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sazreena 8-11-2023 07:38 PM
Benda ceni xyah announce or buat statement. Buat keje kena clean. Nanti kalau isrohell tau kita berjaga-jaga, konfem dorang guna cara lain lak. Bukannya xde ejen kat sini. Tu hari punya kes org ingat lagi.
Quote mojarean_X 8-11-2023 08:23 PM
Dlm ni ada ejen mossad x?
Quote sharlenetexas 8-11-2023 08:31 PM
mojarean_X replied at 8-11-2023 08:23 PM
Dlm ni ada ejen mossad x?

Buat kerja tak clean?

Quote apam 8-11-2023 09:14 PM
Ejen tak pasti pulak. Tapi sedara lost tribe yahudi bangsa terpileh ummah akir zaman ada rasanya.
Quote Tinot7 8-11-2023 09:39 PM
mojarean_X replied at 8-11-2023 08:23 PM
Dlm ni ada ejen mossad x?

Takkan ada acik porem keje agen mossad?
Quote slavehunter 8-11-2023 09:46 PM
Dalam negara ni mesti ada punya.
Quote Atata 8-11-2023 10:25 PM
mojarean_X replied at 8-11-2023 08:23 PM
Dlm ni ada ejen mossad x?

Ada2..  ejen tersakiti mosad
Quote kakacantikkan 8-11-2023 10:30 PM
agen mossad xda dlm ni..agen dajjal ramai
Quote Atata 8-11-2023 10:32 PM
apam replied at 8-11-2023 09:14 PM
Ejen tak pasti pulak. Tapi sedara lost tribe yahudi bangsa terpileh ummah akir zaman ada rasanya.

Wakakakkakaa
Quote brownstone 8-11-2023 11:19 PM
Ejen mamasab ramaiiiiii...eh tiberrrrr
Quote manop 30-3-2024 06:11 AM
slavehunter replied at 8-11-2023 09:46 PM
Dalam negara ni mesti ada punya.

Kannnn.....entah2 geng acik Sittah
Quote plywood 30-3-2024 07:12 AM
apam replied at 8-11-2023 09:14 PM
Ejen tak pasti pulak. Tapi sedara lost tribe yahudi bangsa terpileh ummah akir zaman ada rasanya.


Quote cranell 30-3-2024 09:25 AM
Yg lagi risau ialah ISIS. Skrg diorang aktifkan balik sel ni.
Quote slavehunter 30-3-2024 08:37 PM
manop replied at 30-3-2024 06:11 AM
Kannnn.....entah2 geng acik Sittah

Boleh jadi , buat2 jadi pejuang akhir zaman padahal spying jer.

Quote kakikuDibibirmu 30-3-2024 08:47 PM
sharlenetexas replied at 8-11-2023 08:31 PM
Buat kerja tak clean?

Unclean animal dalam bahasa Melayu tak kosher

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 03:17 PM GMT+8 , Processed in 0.061632 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top