CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bapa Rogol, Cabul Tiga Anak Kandung Sejak 2012 Berdepan Penjara 654 Tahun

8-11-2023 04:39 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3973| Komen: 46

Muar: Seorang buruh ladang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas 34 pertuduhan rogol dan cabul tiga anaknya sejak 2012 sehingga bulan lalu hingga menyebabkan seorang daripada mereka kini hamil tujuh bulan.


Bagaimanapun, tertuduh berusia 41 tahun itu hanya mengaku bersalah atas 27 pertuduhan sebaik kesemua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Irwan Suainbon.

Baki tujuh lagi pertuduhan dia mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.


Tertuduh dihadapkan dengan 20 pertuduhan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan dan Seksyen 16 (1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 iaitu merogol dua anak kandungnya yang kini berusia 17 dan 18 tahun.

Selain itu, dia turut didakwa dengan 10 pertuduhan mengikut Seksyen 14 (b) yang dibaca bersama Seksyen 16 (1) akta sama dan satu tuduhan bagi Seksyen 14 (a) manakala baki tiga lagi pertuduhan, mengikut Seksyen 377D kanun sama.


Tujuh daripadanya yang tertuduh mengaku tidak bersalah ialah lima bagi Seksyen 376 (3) manakala masing-masing satu pertuduhan mengikut Seksyen 14 (a) dan Seksyen 377D.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa merogol dua anaknya sejak mereka berusia sembilan dan 10 tahun di enam lokasi berasingan dalam daerah ini.

Kejadian rogol dan cabul membabitkan anak keduanya yang kini hamil tujuh bulan mula berlaku pada 2012 ketika mangsa berusia lapan tahun dan ia berlarutan sehingga Jun tahun ini.

Anak sulungnya pula dirogol dan dicabul ketika mangsa berusia 10 tahun sejak 2015 dan kali terakhir pada 15 Disember 2022.

Seorang lagi anaknya yang kini berusia 12 tahun pula dicabul ketika berusia enam tahun dengan kejadian terakhir berlaku pada Oktober lalu.

Semua kejadian itu berlaku di enam lokasi berasingan memandangkan tertuduh dan ahli keluarganya kerap berpindah.

Bagi kesalahan mengikut Seksyen 376 (3) dia boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun serta 10 sebatan bagi setiap pertuduhan dan juga tambahan hukuman bagi Seksyen 16 akta sama, penjara lima tahun dan juga dua sebatan.

Seksyen 14 (a) dan 14 (b) pula, tertuduh boleh penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan serta tambahan hukuman Seksyen 16 (1), penjara lima tahun serta dua sebatan sementara Seksyen 377D penjara sehingga dua tahun.

Berdasarkan pengakuan bersalah tertuduh bagi 27 pertuduhan itu, dia boleh dikenakan penjara maksimum 654 tahun dan sebatan 150 kali.

Menurut fakta kes, kejadian itu terbongkar apabila ibu saudaranya mendapati perubahan fizikal terhadap anak kedua tertuduh sebelum menjalani ujian pemeriksaan dan mendapati dia sedang hamil.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, tertuduh ditahan pada 28 Oktober lalu dan juga didapati positif dadah.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah memutuskan tiada tawaran ikat jamin diberikan pada tertuduh dan menetapkan 16 November ini untuk penyediaan fakta kes, menjatuhkan hukuman serta sebutan semula kes tertuduh yang tidak mengaku salah.


Sumber: Harian Metro



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 8-11-2023 04:43 PM
Oh.. Ni lg sekor saiton.
Harap meninggal cepat.
Mcm² seksaan dlm kubur sedang menanti.
Masuk jel & sebat jubo is never going to be enough!
Quote ujio 8-11-2023 04:45 PM
Jahanammm punya bapak..
Omaknyyaaa manaa...?
Quote Kitty_catz 8-11-2023 05:30 PM
santau je la mamat ni sblm nak santau si nentanyahu tu
Quote razzia 8-11-2023 05:54 PM
banyak betul jantan gila sex elok potong ja
Quote Minami2013 8-11-2023 05:59 PM
Moga berulat penis dia sampai bernanah sampai mampus terseksa. Bodoh punye bapak
Quote doubleA 8-11-2023 06:14 PM
Bangsat neraka je tempat kau
Quote kemaruk 8-11-2023 06:25 PM
654 tahun?

Masa tu chatgpt dah menguasai bumi
Quote cashewnut 8-11-2023 07:06 PM
Sebb tu depa ni perlu dikasi. Jangan bagi duduk penjara rugi duit cukai. Sebab mangsa yang kena rape ni sampai mati depa tanggung
Quote ina_na 8-11-2023 07:08 PM
Campak ke Sg Rejang je senang..jenis setan mcm ni x yah nk membazirkan duit bg mkn kat penjara...
Quote Perwira2022 8-11-2023 07:09 PM
Tiba2 aku merasa PMX terlalu mulia.... Sekurang kurangnya dia hanya meliwat tanpa menyebabkan mana2 lelaki mengandung.
Quote Ayda89 8-11-2023 07:38 PM
Harap reput la anu kau dalam penjara
Quote Ayda89 8-11-2023 07:41 PM
Kesiannya ya Allah budak2 tu….. Nangis la i baca berita2 macamni….. Semoga dipermudahkan urusan depa…..
Quote dio5774 8-11-2023 07:43 PM
tak masuk akal hukuman pun.. elok kes rogol jentik je kote dia setiap hari dengan getah,sampai tak berfungsi lepas tu tembak kepala. buang duit je penjara2
Quote Belibis 8-11-2023 07:53 PM
ina_na: Campak ke Sg Rejang je senang. ...

Jauh sangat sungai rejang tu..sungai muar pun boya bersepah..
Quote tikusmontok 8-11-2023 08:00 PM
Takpayah la bela natang ni, bazir duit tax payer jer, rendam dlm asid abis citer.
Quote Skuau 8-11-2023 08:42 PM
Perwira2022 replied at 8-11-2023 07:09 PM
Tiba2 aku merasa PMX terlalu mulia.... Sekurang kurangnya dia hanya meliwat tanpa menyebabkan mana2  ...

Quote shernazz 8-11-2023 08:43 PM
Ni gila namanya..
Kalau simpan pung membazir je..
Elok Mati jelah
Quote faraway1 8-11-2023 09:37 PM
Gila betul..

Patut di seret kat jalan raya sebagai hukuman
Quote hanamunir 8-11-2023 10:55 PM
ya Allah setiap pertuduhan hanya mampu beristighfar..
macam mana la budak2 tu hidup dalam ketakutan..
gilerr apa merogol dari 2015 until 2022?
sedap nye kauuu sebat anak-anak kandung sampai 3 orang?
pedo muchhh?
ni tak patut hidupp laaaa..
tolong la banduan dalam penjara buat something kat bapa durjana ni..
gelap nye masa depan budak 3 orang tu..
sampai hati merogol anak umur 6 tahun, 8 tahun, 10 tahun..
apa la perasaan dan emosi budak2tu sekarang..
berat nye dugaan..
seorang bapa patut protect the daughters la lahanattt..

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 03:18 PM GMT+8 , Processed in 0.084560 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top