CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-17, Fazley Dedah Alami Kejadian Mistik Pada Hari Persandingan

7-11-2023 05:39 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 6541| Komen: 78

Sempena ulang tahun perkahwinan yang ke-17, cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mengimbau tragedi yang berlaku ketika majlis persandingannya dengan isteri, Datin Azrene Ahmad 17 tahun lalu. 


Menerusi perkongsian di Instagram, kata Fazley, mereka melalui pelbagai peristiwa pelik dan insiden yang memeritkan sepanjang hampir dua dekad mendirikan rumah tangga.



“Masih teringat semua kereta-kereta tetamu di toreh tajam dengan pisau dan batu kerana menghadiri majlis kami. Pelbagai lagi perkara mistik yang turut kami tempuhi ketika itu.


“Satu perjalanan yang hebat. 17 tahun dengan empat anak bukan satu perjalanan yang mudah. Kami melalui pelbagai liku-liku hidup yang pedih, perit dan siksa dari awal perkahwinan sebelum tiba hari ini.


“Syukur kepada Allah, semua yang dicuba berjaya digagalkan. Tuhan tetap merahmati dan mengizinkan kita untuk bersama sehingga sekarang,” kongsinya.


Fazley sebelum ini juga pernah beberapa kali mendedahkan berdepan dengan pelbagai cubaan untuk meruntuhkan rumah tangganya malah isterinya pernah keguguran 13 kali selama hampir dua dekad berkahwin.



Dalam perkongsian sama, Fazley turut berterima kasih kepada isterinya kerana tetap setia dan kekal berkasih selama usia perkahwinan mereka.


“Terima kasih adik sayang, kerana menjadi sahabat baik, pasangan hidup yang paling memahami dan ibu kepada anak-anak kita yang hebat.


“Selamat ulang tahun perkahwinan kita yang ke 17 tahun dan selamat mendaki Everest Base Camp. Abang menanti kepulanganmu bersama anak-anak kita,” katanya.


Untuk info, Fazley dan Azrene mendirikan rumah tangga pada 7 November 2007.


Sumber: Utusan, IG Fazley Yaakob



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote whimsicalmusic 7-11-2023 05:48 PM
tiap2 thn mcm ni kan?
Quote Dolmat 7-11-2023 05:50 PM
Takde modal lain ke asyik criter flasbackkkk hanats....

Ntah2 korang bersakaaaaa sibat asyik tak abis2 mistik2!!!
Quote hareeeesah 7-11-2023 05:50 PM
Babahahaha on repeat sampai ajm. Xde modal lain
Quote damian_lee 7-11-2023 05:51 PM
dejavuhhhhh
bosannn
Quote Nizleen86 7-11-2023 05:52 PM
Tak habis2..move on la suruh wife ko sama2 mohon ampun maap kat mak dia.
Quote sleepandream 7-11-2023 06:00 PM
dolu a day after PRU14, heols banyak pos pasal nek ros khen...
katanya nek ros tak restu theyols kawen...
Quote caprisonne 7-11-2023 06:03 PM
100 kali nak ulang cerita yg sama ke pajeri?

Always poyo kan.
Quote fido_dido 7-11-2023 06:08 PM
skala menguap.. dah berapa puluh kali dok cite yg sama je
Quote Rogue98 7-11-2023 06:14 PM
17 tahun kahwin citer sihir jugak yg kau ingat. Takde nafsu kat bini ke?
Quote annehuda 7-11-2023 06:15 PM
Yelah bg korg menguap tp cer kalau korg kene sabotaj mcm tu skali ape perasaan korang? Kereta tetamu kene toreh, kalau korg jadi tuan rumah tak malu ke wei?
Quote annehuda 7-11-2023 06:16 PM
Setelah ape yg terjadi pd keluarga mak mertua die mungkin itu yg dinamakan Allah bayar cash
Quote I.K.A888990 7-11-2023 06:17 PM
mcm mcm je la pakcik misai
Quote aina_shaira 7-11-2023 06:28 PM
Nape semua forumers tak suka dia ek? Tak pernah ada komen2 murni pun kat dia, semua kecaman je
Quote Diamondmoney 7-11-2023 06:31 PM
Tiap2 thn repeat la sial ni. Bosan
Quote lady_suria 7-11-2023 07:32 PM
bini kau gugur doktor kata mistik ker
alahaiiiii sodih
kata belajar tinggi sangat
semua benda kau kaitkan dgn sihir
Quote MsIda 7-11-2023 07:40 PM
Macam astro asyik ulang tayang cerita....ceritalah pokcik ooi setiap kali aniberseri, harijadi sampai ajm
Quote missyL 7-11-2023 08:07 PM
aina_shaira replied at 7-11-2023 06:28 PM
Nape semua forumers tak suka dia ek? Tak pernah ada komen2 murni pun kat dia, semua kecaman je

Ntah la
Tp tgok muka pon annoying hahahahaha

Maaf la iols pn menyampah ngn die hahahahah
Quote katnissE 7-11-2023 08:10 PM
Halllooooo tiap tahun kena ulang cerita sama ke????
Quote sharlenetexas 7-11-2023 08:28 PM
Makin tua makin nonoque. Patutlah kakmah tak berkenan mereka kahwin.


Lihat semua komen(78)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:57 AM GMT+8 , Processed in 0.050398 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top