Sharifah Amani, 37, mengakui dapat banyak pengalaman selepas setahun mendirikan rumah tangga. Masa bujang dia hanya banyak mendengar kisah orang mahupun cuma belajar menerusi buku sahaja, namun pengalaman sebenar sebagai seorang wanita yang sudah bersuami adalah berbeza.
“Diam tak diam setahun sudah saya berkahwin. Alhamdulillah seronok. Saya fikir ada banyak yang perlu kami bertolak ansur. Banyak perkara saya belajar, selama ini saya baca daripada buku dan tengok dalam filem sahaja. Sekarang, saya sendiri melaluinya. Sebenarnya, susah juga ya. “Jadi iya, perkahwinan adalah sesuatu yang mengagumkan. Kita sebagai manusia hendak berurusan antara satu sama lain pun susah, apatah lagi dengan seseorang yang tinggal bersama, insan yang berjanji untuk sehidup semati. “Tetapi Alhamdullah, saya dikurniakan lelaki terbaik dalam hidup kini. Dia adalah imam, suami dan kawan. Ada susah dan cabarannya, tetapi perkahwinan itu menyeronokkan. Jadi saya bersyukur,” katanya kepada Utusan.
|
missyL replied at 6-11-2023 05:51 PM
Tu la bagos nye kawen sekufu
Die dua2 pn jenis Liberal ok sgt
Semoga kekal akhir hagar korang
miszclassique replied at 6-11-2023 10:22 AM
Tapi yg model seksi tu bercerai juaa, sekufu jugak tu
Alicia amin ke apa tu
bukan_ustazah replied at 6-11-2023 09:28 PM
Ada tea pasal med ni tapi nanti kantoi i siapa.
Dolmat replied at 6-11-2023 10:29 PM
Nampak wangi cute couple walaupun si kecik cili api Amani is a smoker.. dari si Tom dgn laki dia mat ...
bukan_ustazah: Ada tea pasal med ni tapi nanti kantoi i siapa.
ADVERTISEMENT