Satu video tular di TikTok menyaksikan seorang pelajar perempuan mengakui tertekan dengan rakan sebiliknya pengotor. "Pertama sekali, geram sebab orang tengah tidur buka lampu secara tiba-tiba tanpa rasa bersalah. Lepas tu tak pandai kemas katil setiap kali bangun tidur. Telekung dan sejadah pun tak boleh sangkut balik selepas solat.
"Bakul pakaian dan beg kelas dibiarkan bersepah depan almari orang. Tuala tak pandai sangkut selepas mandi. Meja belajar bersepah dengan alat solek. "Tak ada langsung rasa nak kemas sebelum pergi kelas," keluh gadis itu mengenai sikap jelik rakan sebiliknya. Di kapsyen, gadis itu berkata dia sudah cuba menegur tetapi usahanya diibaratkan mencurahkan air ke daun keladi. "Saya dah tegur ye, tapi dia cakap memang dia tak suka mengemas dan dekat rumah pun memang dia macam ni. Sebagai seorang perempuan terutamanya, tolong la jangan begini, kalau malas macam mana pun cuba jadi pembersih. "Tak tahan hari-hari nak kena hadap, dah la bilik ni sempit je. Kalau dah bersepah macam ni, lagi bilik ni terasa sempit. Tuala basah dibiar macam tu je, berbau bilik ni. "Lagi satu untuk makluman, kolej kediaman saya ni konsep unit, dalam tu ada banyak bilik, dekat tengah ada ruang tamu. Di situ, ada cermin besar, sepatutnya kalau nak bersiap pergi luar, bukan buka lampu dalam bilik. "Paling geram perempuan ni pun jenis mengata belakang juga, bukan terus nak cakap dekat saya kalau ada masalah," luah gadis tersebut. Di ruangan komen, ada sesetengah warga maya yang mengatakan gadis itu seharusnya lebih bertolak ansur. "Selagi hanya bersepah dekat bahagian dia sahaja, tak kacau tempat orang, saya rasa tak ada masalah. Benda santai je jangan nak mengaibkan sangat. "Lah kalau kelas pagi, tak akan nak bersiap dalam gelap pula. Buka lampu bilik pun nak kena minta izin ke?," kata sebahagian warga maya. Tidak kurang juga ada warga maya yang mempertahankan luahan wanita itu. "Tak kisah la itu tempat dia sahaja ke apa, tapi kalau dah kongsi bilik sekali, keadaan bersepah boleh ganggu emosi dan buat kita rasa rimas. "Jadi tolong bertoleransi, fikir orang lain juga, jangan pentingkan diri," kata warga maya memberi teguran. -CARI Sumber: mStar
|
dua_chzy replied at 6-11-2023 05:21 PM
Btw manusia zaman sekarang suka sangat ngadu kat socmed kan. Ambik gamba, mengumpat di socmed, etc.
ADVERTISEMENT