CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Netizen Gelar Aksi NPC Di TikTok Umpama Pengemis Moden

5-11-2023 07:38 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4150| Komen: 27

Petaling Jaya: Sejak kebelakangan ini, semakin ramai pengguna TikTok meniru aksi non-playable character (NPC) atau watak bukan pemain menerusi siaran langsung di platform itu.

NPC merujuk kepada mereka akan muncul di hadapan kamera dan membuat pergerakan yang unik bergantung pada hadiah yang diberikan penonton.



Ramai netizen yang mengkritik aksi tersebut selain menggelar mereka sebagai pengemis moden.

Setiap hadiah yang diberikan mempunyai nilai yang boleh ditukar dalam bentuk wang dan difahamkan ada yang menerima ribuan ringgit dengan hanya satu siaran langsung.

Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian Public Health Malaysia di Facebook, ramai berpendapat mereka yang terlibat dengan NPC keterlaluan dan seolah-olah terdesak untuk mencari wang.

Daripada 11,719 pengguna media sosial yang menyertai tinjauan itu, hanya 460 daripadanya tidak menyokong pendapat ini.


“Bukan setakat pengemis moden, tetapi sudah macam tidak betul. Tidak ada faedah dan manfaat,” ulas Rara.

“Menjadi masalah apabila ramai yang sanggup beri hadiah hanya untuk melihat gelagat mereka,” tulis Hafiz Rahim.

Ada pula yang berpendapat bahawa ini adalah satu trend semasa dan tidak akan membawa sebarang kesan buruk.

“Tak setuju. Mereka masih dikira penghibur untuk golongan yang mudah terhibur dengan trend ini.

“Tidak seperti pengemis jalanan yang lain. Mereka mungkin digelar pengemis sebab nampak seperti melakukan kerja mudah. Kalau senang cubalah buat siaran langsung NPC sendiri,” jelas Sawal Shaari.

“Kalau trend tersebut tidak memberi sebarang kesan kepada kita, tidak apa-apa,” tambah @retardednasyen. 


Sumber: Kosmo! Online




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote antikorok 5-11-2023 07:43 PM
Hamba duwet ke hamba teknologi?
Quote krustykrab 5-11-2023 07:50 PM
Ok lah tu since kita kan nk boikot mcd kepci dll tu. Staf yg terkesan boleh la ceburi bidang ni. Harap yg dok kempen boikot tu jgn lupa sokong diorg ni.
Ni pun salah satu kerjaya jugak, yg penting tak de kaitan dgn yisroel terkutuk tu. Kan kan kan...
Quote _kelly 5-11-2023 08:16 PM
yang duk tambah view sambil bagi hadiah tu lah terpaling bodoh tapi takpe la, duit masing2
Quote kitaserupaaa 5-11-2023 08:28 PM
Utk org yg xde tiktok mcm aku, mmg aku ni ketinggalan sungguh la term2 tiktok ni. IG aku pun dh lebih setahun x update. Anggap la dorg ni mcm street performer gitu tapi di alam tiktok
Quote tumpanglalu74 5-11-2023 08:47 PM
Ape beze dengan P. Ramlee yang terkinje2 jadi pelbagai NPC dalam pilem2 itamputeh pastu pulohan ribu manusia beli tiket??  Zaman tu ade henfon dakkk?  Takdak..  Ape yang ade tuan2 puan2.  Wayang aje.  Maka teknologi itu la yang dipakai P. Ramlee untok kutip duit..  

Salah ke???
Quote mejaputih 5-11-2023 08:50 PM
Bg iols selagi x memudaratkan ok je..tiktok ni bukan produk yahudi kan?
Quote Belibis 5-11-2023 08:58 PM
kitaserupaaa: Utk org yg xde tiktok mcm aku, ...

Sama la kita...tak paham lamsum bab2 tiktok,ig..fb pun dah 10 tahun bungkus..
Quote Antifake 5-11-2023 09:16 PM
tumpanglalu74: Ape beze dengan P. Ramlee yang ...
Ada beza gak kak.. filem P Ramlee ada hiburan ada sindiran ada pengajaran. Kalau dah NPC pon lagak macam kena syndrome turrets.. dah kenapa. Depends lah duit depa. Yang bagi banyak2 tu hati2 lerr takut silap2 money laundering.
Quote AbukRokok 5-11-2023 09:24 PM
zaman ko dah berlalu...biar zaman generasi baru
Quote tumpanglalu74 5-11-2023 10:39 PM
Antifake replied at 5-11-2023 09:16 PM
Ada beza gak kak.. filem P Ramlee ada hiburan ada sindiran ada pengajaran. Kalau dah NPC pon lagak  ...

Itu akaun dia.  Itu hak dia.  Kalo tak suke ko pegi la tengok bende lain.  

Ngaku je la BBNU sekarang busuk hati sesame sendiri.  Busuk hati tengok BBNU lain dapat duit.  Keluar masok bilik interview pon muke tak laku2 gak nak dapat koje.

Jalan paling mudah nak puaskan hati ialah cipte isu2 merapu janji jatohkan orang.  
Quote Suchi 5-11-2023 10:48 PM
Ada juga lalu tp skip je sbb cam pelik.
Ada yg selalu baring tidur kat luar umah tu.
Pastu ada 3 org pompuan indon dah mcm acik2 bila org bg gift je depa pun nari2.
Mcm2 lagi laa pastu ramai juga yg live sambil letak anak memasing yg kurang upaya ke, yg sakit bagai semua ada.
Taktau la nk cakap apa, selalu skip sbb takut
Quote Antifake 5-11-2023 10:52 PM
tumpanglalu74 replied at 5-11-2023 10:39 PM
Itu akaun dia.  Itu hak dia.  Kalo tak suke ko pegi la tengok bende lain.  

Ngaku je la BBNU seka ...

Dats wai la ai x masuk.. lalu2 gitu aje. Akaun dia dia punya pasalla. Jangan pulak orang kecam nak hangin tol tak kak
Quote Antifake 5-11-2023 10:54 PM
Suchi replied at 5-11-2023 10:48 PM
Ada juga lalu tp skip je sbb cam pelik.
Ada yg selalu baring tidur kat luar umah tu.
Pastu ada 3 org ...

Lagi scary tengok yindon punya live kan.. laki tido sebelah pon bole live. Tu belum beruk kena belacan. Seriously mmg sekarang malu tu dah tak ada dalam hati manusia
Quote itik_magic 5-11-2023 11:00 PM
mejaputih replied at 5-11-2023 08:50 PM
Bg iols selagi x memudaratkan ok je..tiktok ni bukan produk yahudi kan?

bukan. China punya kot.
Quote midori888 5-11-2023 11:07 PM
ada TT tapi tak minat tgk live org...
Quote Bdbddbb 5-11-2023 11:35 PM
Mge2 konten biar bgi manafaat. Nnti adalah kot yg tnye ustaz Azhar biar bgi pnjelasan. Aq pn xtau okay ke dak
Quote makadek 5-11-2023 11:39 PM
Serius aku tk paham camne la tukang bg gift ni mudah terhibur bg macam2.. Aku dpt coin tggu treasure box je. Sekali je aku beli gift harga 5rm dn bg rose je.. Tp kan bila selalu berkuntum kt live sapa2 kdg mtk lagu. Depa layan kita tk bg gift serba salah plak
Quote yururi 5-11-2023 11:57 PM
npc tu berusaha hiburkan org utk dapat duit. langsung tak sama dgn pengemis. yg kecam tu mesti bipoti
Quote shida81 6-11-2023 12:04 AM
Zmn skang byk yg pelik2..mcm zmn ak muda dulu mk ak ckp bdk2 zmn ak pelik2..dunia berputar... X suka ak scroll laju2..

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 03:06 PM GMT+8 , Processed in 0.049796 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top