CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peserta Uzbekistan Johan Pidato Bahasa Melayu

5-11-2023 01:04 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1556| Komen: 1

Georgetown: Pelajar dari Uzbekistan Gulzoda Utkurova diumumkan sebagai Johan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) (kategori antarabangsa) Piala Perdana Menteri 2023 dalam pusingan akhir di Dewan Tunku Syed Putra, Universiti Sains Malaysia malam tadi.


Penuntut Tashkent State University of Oriental Studies (TSUOS) itu menewaskan naib johan yang juga rakan senegara dan seuniversiti Sarvinoz Akramova Abdulvohid Qizi serta pelajar China Sun Zichang dari Beijing Foreign Studies University (BFSU) di tempat ketiga, dengan pidato bertajuk "Bahasa Menjulang Bangsa."

Johan (dari kiri) Gulzoda Utkurova (kategori Antarabangsa), Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah (kategori Alam Melayu) dan Carla Goncalves De Oliveira Sarmento (kategori Antarabangsa di Malaysia) yang memenangi Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri 2023 di Universiti Sains Malaysia. FOTO BERNAMA


Gulzoda, 19, berkata beliau mempelajari Bahasa Melayu sejak dua tahun lepas menerusi gurunya di Uzbekistan serta Internet atau YouTube selain buku terjemahan.

"Ini pertama kali saya menyertai pertandingan pidato bahasa Melayu dan sangat gembira serta langsung tidak menyangka akan menang di Malaysia.. terima kasih kepada semua pihak yang membantu saya.

"Saya sangat suka bahasa Melayu kerana bahasanya indah dengan kosa kata dan tatabahasa yang sangat jelas malah bahasa Melayu di Malaysia antara yang senang untuk saya pelajari, di Uzbekistan tidak ramai rakyat Malaysia jadi saya banyak berlatih bahasa Melayu melalui Internet dan buku terjemahan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah.

Turut hadir Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang merasmikan pertandingan.

Bagi kategori pelajar antarabangsa di Malaysia, pelajar Universiti Malaysia Sabah Carla Goncalves de Oliveira Sarmento, 33, dari 'Timor-Leste' muncul pemenang.

Carla yang juga pelajar ijazah doktor falsafah dalam jurusan kimia berkata beliau mengambil masa lima tahun untuk menguasai bahasa Melayu dan ini kali kedua beliau menyertai pertandingan tersebut.

"Kali pertama pada 2021 dan hanya sampai peringkat 10 teratas sahaja. Saya terus belajar bahasa Melayu bagi menguasai pelbagai kosa kata dan pemahaman dan akhirnya malam ini menang," katanya.

Abuelgasim Saadeldin Mansour Mohamed dari Sudan yang sedang menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dipilih sebagai naib johan, manakala pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) Faizal Muhammad dari Bangladesh meraih tempat ketiga.

Bagi Kategori Alam Melayu, tempat pertama dan kedua masing-masing menjadi milik peserta negara Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Ivanatasha Abdul Majid dari Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Tempat ketiga dirangkul wakil Brunei Abdul Mujib Awang Sh'minan dari Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA).

Johan bagi setiap kategori membawa pulang wang tunai RM10,000 berserta piala pusingan dan piala iringan manakala naib johan menerima RM8,000 dan tempat ketiga RM5,000.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 5-11-2023 03:14 PM
Wow..  camne dia leh belajar ye.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 04:56 PM GMT+8 , Processed in 0.037776 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top