CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Rider', Pengawal Gaduh Kerana Mahu Hantar Makanan

3-11-2023 10:19 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 17496| Komen: 32

Kuala Lumpur: Polis menerima laporan berhubung kejadian pertengkaran penghantar makanan dan pengawal keselamatan di sebuah bangunan di ibu kota, seperti tular di media sosial hari ini.

Menerusi dua rakaman video berdurasi tiga minit 15 saat dan dua minit 15 saat menunjukkan berlaku perselisihan faham antara dua lelaki itu.



Berdasarkan hantaran pada video berkenaan, penghantar barangan itu dinafikan masuk ke dalam bangunan tetapi penerima bertegas supaya penghantar masuk ke bangunan berkenaan.

Penghantar itu dikatakan memarahi pengawal terbabit menyebabkan dia memanggil rakan sekerjanya untuk mendapatkan bantuan sebelum tercetus pergaduhan.

Pergaduhan berlaku antara penghantar dan seorang lelaki memakai jaket merah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Superintendan Nazron Abd Yusof berkata, pihaknya sudah membuka kertas siasatan berhubung kejadian itu.


"Polis sudah mengenal pasti saksi kejadian dan memanggil mereka untuk diambil keterangan.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan," katanya.

Beliau menggesa orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes itu dan tidak mengganggu siasatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menyalurkannya dengan menghubungi Hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di talian 03-26002222.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chandrahusin 3-11-2023 10:38 PM
Dh mcm wrestling dikeja kan bdk rider tu
Baru jaga hsbc trx dh belagak
Security officer/polis bantuan ofu aku baik2 polite je berurusan dgn staff/public
Quote sambaldurian 3-11-2023 11:53 PM
Tau la zmn skg ni zaman malas. Yg tukang order tu pun xtau ke menara ni boleh terima barang ke x , ada tempat khas ke. Dh tau security trx ni nk jd terpaling secure ( wlupun cleaner asal russia dh 2-3x terlepas g menara atas tu) turun jela bwh. Btw guard2 ni bengong jgk, terpaling jgk, ada aritu ak g kt bangunan yayasan selangor tu boleh pulak main phone. Siap advise dtg lps kol 3, sbb nk ckp staff yayasan selangor x masuk ofis lps kol 2. Sapa punya kontrak la tu.tolong educate guard2 anda.
Quote Carcosa 4-11-2023 01:33 AM
Aku tgk video ni byk kali. Akak yg diorang dok puji2 tu lah yg patut kena tibai. Ngko lembut2 punnn, otak kau mana?? Ko yg suruh budak LalaMove tu naik lah, masuk je lah. Ko baru sehari ke kerje situ betina?? Kau dah tau, guard sejenis bangang tau ckp CAN, CANNOT, U GO. tu je. Lagiii kau pemalas nak turun. Kau gemok ke gundu?? Kan dah budak Lala tu kena hempap dgn babi maroon gemok.
Yg budak Lala tu pon satu. Dok jerkah2 Guard tu, kata org luar lah apa lah. Dah kenapo? Awak tu dah la mcm Osman Kering. Kalau dgn guards, mmg kena auto gaduh ke apa??
Ah lantak lah korang semua. HSBC je pun.
Quote Nizleen86 4-11-2023 01:56 AM
Edited by Nizleen86 at 4-11-2023 01:58 AM

Patut la guard tu tak tolong pun masa rider kena hempap dgn ahli sumo. Rupanya rider sudah maki guard dulu. Nasib Brader pakai suit yg leraikan takut mati rider tu karang jadi kes lain. Yg paling patut disalahkan minah yg order tu. Apa2 pun minah tu patut kena luku kepala skali.
Quote imransulaiman 4-11-2023 10:00 AM
Minah tu yang salah! Sekian.
Quote Purplehaz 4-11-2023 11:06 AM
Guard bekas bandu1 kot.

Mesti guard tu hambur rider dulu, rider pulak maki balik.

Inilah dinamakan Buku temu ruas.
Quote lostnfaun 4-11-2023 11:49 AM
Tp suara minah tue lembut, macam cantik orangnya kot. Hahaha
Quote shernazz 4-11-2023 12:44 PM
So lalamove rider tu apa cite?
Dah Jadi kes polis..
Kalau rider kena gantung..Habis la..
Pompuan tu Aman Aman jr order rider lain suruh Naik lagi..
Quote apam 4-11-2023 01:16 PM
Balagak betul guard melayu tu ye.
Quote tungkai 4-11-2023 01:55 PM
Kot ye pun rider marah guard, takkan la sampai lock leher rider tu ala2 polis kat US sana. Rider tu terrorist ke?
Quote otai_g 4-11-2023 01:58 PM
chandrahusin replied at 3-11-2023 10:38 PM
Dh mcm wrestling dikeja kan bdk rider tu
Baru jaga hsbc trx dh belagak
Security officer/polis bantua ...

Tgk kat mn video bang? Security tu belasah rider ker? Kuat sgt ke security tu?
Quote chandrahusin 4-11-2023 02:36 PM
otai_g replied at 4-11-2023 01:58 PM
Tgk kat mn video bang? Security tu belasah rider ker? Kuat sgt ke security tu?

Tengok kat FB
Meh cuba paste link sini
https://fb.watch/o5DWTU1Fhv/
Aku pun tak pandai sgt nak share2 benda2 ni
Kena lock leher rider tu bhai
Quote edoraixora 4-11-2023 02:54 PM
Poyo betul mamat blazer merah tu kan
Nak bagi mati ke apa budak lala tu
Sikit2 dah lah
Quote I.K.A888990 4-11-2023 02:58 PM
dah tahu rider tak boleh naik hang pi jgk srh budak tu naik dah knp?..
Quote syamzana 4-11-2023 02:58 PM
lostnfaun replied at 4-11-2023 11:49 AM
Tp suara minah tue lembut, macam cantik orangnya kot. Hahaha

biasa yg suara sedap.lembut lemak manis ni muka mmg out body pun gundu
byk kali dah i terkena

btw, iols salahkan minah ni hanattt ko nak jugak bdk tu naik takkan tatau rules bangunan tu caner???

dah la manusia skrg ni semua bekeng2, pantang silap sikit...maki pastu tibai.
Quote kakikuDibibirmu 4-11-2023 03:38 PM
Ingat buku dengan ruas, ingat burger benjol, apa punya turrrrrr..., inilah akibatnya kalu buku bertemu dengan ruam lampin, itupun ada hati nak interview jadi cikgu katanya! Pepatah Jawa ada mengatakan crab wants to teach its children how to walk in straight line, edayildiz tersenyum sinis
Quote prettyuglybabe 4-11-2023 03:48 PM
patut kena maki pompuan tu..
kau punya pasal, rider yang susah..
rider pun satu jugak..
parking motor serupa bapak kau punya bangunan..
kalau pompuan tu suruh naik, gi je la parking kat designated lot..
parking depan gitu mana-mana bangunan pun akan halau..
kau nak buat kerja kau, guard pun buat kerja dia jugak..
Quote Skuau 4-11-2023 04:07 PM
mende cam ni merlukan keseragaman dan pemahaman yg sama antara rider,pelanggan dan pemilik atau penjaga premis.
Quote dua_chzy 4-11-2023 04:09 PM
Penerima tu yang patut dihumban ke penjara. Hapa punya selfish la kau!

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:12 PM GMT+8 , Processed in 0.051082 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top