Jakarta: Seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki memperkosa seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun. Memetik laporan Jateng Tribunnews, suspek yang berusia 27 tahun itu mengaku melakukan perbuata terkutuk itu kerana tidak tahan dengan mangsa yang terlalu comel. Suspek melakukan jenayah itu di bilik tidur rumahnya. Sebelum kejadian, suspek terlebih dahulu mengajak kanak-kanak itu ke rumahnya dan mengumpan untuk menonton YouTube. Disebabkan mereka berjiran, ia memudahkan mangsa untuk ke rumah suspek.
Setibanya di bilik tidur, suspek membiarkan mangsa menonton YouTube sehingga tertidur dan ketika itulah, suspek mula melepaskan nafsu serakahnya terhadap mangsa.
Perbuatan itu diketahui oleh keluarga mangsa selepas anak kecil itu mengadu sakit ketika membuang air kecil. Apabila ditanya, mangsa memberitahu bahawa suspek ada melakukan sesuatu pada kemaluannya. Menurut sumber, mangsa sudah dua kali diperkosa suspek di tempat yang sama.
Susulan daripada itu, keluarga mangsa telah tampil membuat laporan dan suspek telah ditahan untuk membantu siasatan. Sumber: Oh Bulan
|
ADVERTISEMENT