CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mesin Tiket Rosak- Nak Beli Manual Staf KTM Alor Setar Tak Layan, Kaunter Tutup Awal Sebelum Waktu

1-11-2023 11:08 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4943| Komen: 50

Seorang ibu kecewa dengan sikap kakitangan di sebuah stesen kereta api yang didakwanya tidak mesra pelanggan.

Dia bersama dua anak kecilnya tiba di stesen KTM Alor Setar pada pukul 10.17 malam untuk mengambil tren terakhir ke Kangar yang dijadualkan pukul 10.43 malam.


Gambar Hiasan

"Sampai di stesen pukul 10.17 malam dan terus ke mesin nak beli tiket. Tapi mesin ketiga-tiganya hang dan tak dapat nak beli tiket.

"Saya pergi kaunter, depa (mereka) dah tutup pintu roller tu. Tapi staf ada lagi di dalam tu. Saya ketuk beritahu 'mesin hang saya nak beli tiket nak balik Kangar dengan anak-anak ni... tak boleh ke saya beli manual di kaunter ni saja?

"Lepas tu dia kata 'tak boleh, kaunter tutup dah 10.30 malam'. Walhal time tu baru pukul 10.20 malam. Saya sampai situ pukul 10.17 malam hangpa memang dah tutup pintu roller tu.

"Rasa nak teriak (menangis) semua ada... dengan barang lagi, anak-anak lagi. Gamaknya tak ada rasa simpati langsung ke tengok saya dan anak-anak kecil," luahnya di media sosial.





Tambah wanita tersebut, dalam kekalutan mengejar waktu, dia cuba mencari pertolongan sehingga akhirnya muncul seorang kakitangan lain di stesen berkenaan.

"Katanya sistem dah update. Kanak-kanak punya tiket kena scan Mykid. Tapi cip Mykid anak saya mesin tak boleh baca... tak dapat beli.

"Saya tanya, macam mana saya nak balik kalau tiket beli untuk saya saja? Dia kata beli harga dewasa punya sajalah.

"Saya bukan berkira... persoalan saya, kata kaunter tutup pukul 10.30 malam tapi saya sampai 10.17 malam dah tutup pintu roller kaunter.

"Yang kedua, hangpa tak ada rasa tolak ansur ka dengan saya?" luahnya kecewa.

Dakwa wanita tersebut lagi, sudah dua kali dia berdepan pengalaman kurang enak di stesen yang sama.

"Sebelum ini saya naik tren pukul 8.43 malam, ada seorang staf wanita jaga dekat mesin tiket. Muka tak manis cakap kasar. Ayat dia kata dekat saya kuat-kuat di khalayak ramai 'anak tu kena tiket... kena tangkap bayarlah RM30'.

"Semua orang tengok saya. Lepas tu dia jalan masuk ke tempat scan tiket tu sambil berleter dan tunjuk saya dengan anak dekat kawannya (staf lain).

"Sudah tiada nilai murni di kalangan orang kita. Mohon tindakan daripada pihak sepatutnya," kongsinya lagi.

Luahan tersebut yang dikongsikan di laman Facebook Saya Anak Perlis mengundang perhatian warga maya.

Di ruangan komen, ada di antara mereka yang mencadangkan supaya wanita berkenaan membuat aduan kepada pihak yang berkenaan agar tindakan susulan boleh diambil. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wirazam 1-11-2023 11:14 AM
Adoiii KTM nih...takde competitor pun..that's why service Makin terukkkkk...
Ticket ets manjangggg sold out...tak reti reti buat planning utk cater demand ke???
Quote wirazam 1-11-2023 11:15 AM
Harap top management KTM saiasat perkara ini ye...jgn dok leka duduk kat kerusi empuk je
Quote kelip2_07 1-11-2023 11:16 AM
Edited by kelip2_07 at 1-11-2023 11:17 AM

benda dh lama
dh la stesen mcm zaman purba..staff kt stesen bj konyok xiron..selekeh
Quote prettyuglybabe 1-11-2023 11:38 AM
dia beli tiket ets ke komuter?
kalau komuter tak boleh pakai tng ke?
kalau ets, tiket kan boleh beli online?
kenapa ye sanggup susahkan diri semata-mata tak nak guna teknologi?
Quote Rajawali 1-11-2023 01:14 PM
KTM ni kerajaan ke swasta??...rasa nak maki ni..sbb tutup kaunter awal
#typikalorangmesia
Quote kitaserupaaa 1-11-2023 01:21 PM
Zaman skrg eticket ni cuba try beli online. Ktm pun sila la upgrade ticketing equipment
Quote itik_magic 1-11-2023 01:22 PM
prettyuglybabe replied at 1-11-2023 11:38 AM
dia beli tiket ets ke komuter?
kalau komuter tak boleh pakai tng ke?
kalau ets, tiket kan boleh beli ...

x suma org pandai guna teknologi atau dlm akaun xde duit nk beli online atau line tipon xde atau top up xde atau data xde. sbg pemberi perkhidmtn kena ambil kira juga benda ni.
Quote uori 1-11-2023 01:40 PM
betul apa yang dia cerita ni, semedang je tutup kaunter tu. mesin pulak asyiklah jem. sudahlah nak bayar kena guna kad, ramai je orang2 tua berkuntum depan mesin minta belas kasihan sape2 bagi pinjamkan kad sebab nak beli tiket. aku penah tolong lebih 5 kali bayarkan guna kad aku, pastu dorang bayar cash kat aku sebabnya, kaunter tu tak pernah nak buka walau ada orang. tapi pekerja2 kat luar tu memang baik, kaunter tu je taktau buka ikut time mana, semedang tutup
Quote hyie 1-11-2023 01:46 PM
website dia sangat memeningkan yach...apps dia pon sama. Nasib baiklah meols bukan pengguna tegar. Taun lepas saja2 je try.
Quote she 1-11-2023 02:13 PM
prettyuglybabe replied at 1-11-2023 11:38 AM
dia beli tiket ets ke komuter?
kalau komuter tak boleh pakai tng ke?
kalau ets, tiket kan boleh beli ...

Komuter sayammm
ETS takdop jadual malam

Macik setuju
Ada apps KTMB
Situ boleh rancang perjalanan dan beli tiket

Entah lah dekkkk
Quote Skuau 1-11-2023 02:50 PM
she replied at 1-11-2023 02:13 PM
Komuter sayammm
ETS takdop jadual malam


sils rujuk komen hyie di atas...
Quote ifanonline 1-11-2023 02:53 PM
service bangsa melayu gini lah...
Quote Prickford 1-11-2023 02:55 PM
Teruk KTM skang. Skang nak tiket kena pakai apps kat phone. Sistem pon hauk lagi. Nak scan time on off train pon beratur panjang berjela sbb sistem tak smooth. Kalau semua nak dirobotkan, elok terminate staff2 yg hauk tu. Dah la tak mesra pelanggan. Tu belum lg staff terlebih mesra. Gatal merenyam pulak. Geli!
Quote prettyuglybabe 1-11-2023 03:59 PM
she replied at 1-11-2023 02:13 PM
Komuter sayammm
ETS takdop jadual malam

oo.. ETS malam berhenti loqstaq tu tak amik penumpang ye..baru tau
Quote glump 1-11-2023 04:40 PM
Aku pun Tak faham kenapa kat TBS tu Kat kaunter ke kat mesin semua kena pakai duit tunai sahaja. Awat Tak boleh pakai kad debit ke credit card ke utk beli
ticket bas.
Quote kakikuDibibirmu 1-11-2023 04:45 PM
Keretapi Ketuanan Melayu,  hadap jahlah
Quote kechikchomel 1-11-2023 04:51 PM
prettyuglybabe replied at 1-11-2023 11:38 AM
dia beli tiket ets ke komuter?
kalau komuter tak boleh pakai tng ke?
kalau ets, tiket kan boleh beli ...

kalau TnG boleh guna sekali/sorang je kan untuk satu kad tu?
kalau sorang dah touch in, yg lain tak boleh touch in guna kad yg sama
Quote akmal 1-11-2023 04:55 PM
Mmg Tak mesra pelanggan petugas ktm aras KFC kl sentral .I Tanya berkenaan ticket student..punyalah kerek cara jawabbb..
Quote akmal 1-11-2023 04:55 PM
Pagi td ktm Seremban buat Hal..delay..xde announcement pun kt stesen

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 05:06 PM GMT+8 , Processed in 0.143236 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top