CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Inflasi, Pengangguran Menurun, Tiada Keperluan OPR Naik Kukuhkan Ringgit

31-10-2023 06:11 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1188| Komen: 3

Kuala Lumpur: Kerajaan berpandangan tiada keperluan bagi Bank Negara (BNM) menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) sebagai langkah untuk memperkukuhkan nilai ringgit.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata ketika ini kadar inflasi dan pengangguran menunjukkan trend penurunan tatkala nilai pelaburan pula menunjukkan peningkatan.



Dengan kenaikan OPR, Anwar yang juga Menteri Kewangan mengakui beliau bimbang kerana ia boleh memberi kesan terhadap peniaga kecil.

Katanya pada bulan lalu, kadar faedah naik kepada 5.5 peratus di Amerika Syarikat (AS), tetapi Malaysia kekal dengan OPR sedia ada.

"Terdapat pandangan dalam kalangan pakar ekonomi bahawa untuk mengukuhkan ringgit, kita perlu meningkatkan OPR, tetapi kita memerlukan alasan untuk mewajarkannya.

"Adakah kerana inflasi? Tetapi inflasi sudah menurun. Jadi, adakah kerana pengangguran, sedangkan pengangguran berkurangan. Adakah kerana kita tidak boleh membawa pelaburan, tetapi pelaburan meningkat (di negara kita).


"Kita hanya naik (OPR) apabila keadaan ekonomi menuntut sedemikian.

"Jadi sekarang ini tiada keperluan itu (menaikkan OPR), kerana ia beri kesan kepada ringgit," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail (PN-Kubang Pasu) berhubung langkah menangani penyusutan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Sebagai antara langkah untuk mengukuhkan semula nilai ringgit, Perdana Menteri berkata, beliau yakin dengan pendolarisasi yang merujuk kepada langkah mengurangkan kebergantungan kepada dolar AS dalam perdagangan.

Katanya, langkah itu adalah penyelesaian jangka pertengahan dan panjang bagi mengukuhkan semula nilai ringgit.

Pada masa ini, beliau berkata, hampir 2.5 peratus perdagangan dengan China dilakukan dengan menggunakan ringgit dan renmimbi.

"Kita juga sudah berbincang dengan negara Arab untuk memulakan pendolarisasi bagi mempertahan nilai ringgit," katanya.

Anwar berkata, walaupun nilai ringgit semakin merosot pada masa ini, ia bukan satu-satunya mata wang yang menghadapi situasi sedemikian, sebaliknya turut membabitkan penurunan nilai yen dan renminbi.


Sumber: BH Online








Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kitty_catz 31-10-2023 06:35 PM
sedangkan pengangguran berkurangan


acer buang hat keja gig... kurang ka tinggi?

tp keja la jugak kan... buat tak sure la ada sumbangan tax ke tak golongan gig ni
Quote Belibis 31-10-2023 07:56 PM
Hint nak naik la tu...

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 05:01 PM GMT+8 , Processed in 0.184183 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top