CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dibuang Dari 'Group' Whatsapp, Lelaki Bunuh Rakan

31-10-2023 12:58 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1569| Komen: 8

Jakarta: Seorang lelaki tergamak membunuh rakannya hanya kerana berang dibuang daripada kumpulan WhatsApp

Media tempatan Tribunnews melaporkan, insiden itu berlaku di Kampung Bojongmalaka, Baleendah, Bandung, Jawa Barat pada 29 Oktober lalu.



Mangsa, Adrian, 29, meninggal dunia dengan kecederaan akibat ditikam pada bahagian dada oleh suspek, Toto Toyiban, 36.

Ketua Polis Bandung, Kusworo Wibowo memaklumkan kes itu terbongkar selepas penemuan mayat pada 29 Oktober kira-kira jam 4 petang waktu tempatan.

"Ada tiga luka kesan tikaman iaitu di dada kiri menembus ke jantung, lengan dan jari kanan," katanya dalam satu kenyataan pada 30 Oktober.

Menurut Kusworo, identiti suspek diperoleh hasil siasatan di tempat kejadian.

Suspek pula ditangkap kira-kira 7 jam selepas kejadian, di rumahnya yang berada di Kampung Cibodas, Kampung Malakasari daerah Baleendah.


Kusworo berkata, kejadian itu berpunca daripada perbalahan di kumpulan WhatsApp diberi nama geng motor XTC Beer 188.

Ia dipercayai berpunca daripada kata-kata suspek yang dianggap mangsa sebagai ejekan.

"Sehingga keesokan harinya, suspek dikeluarkan oleh mangsa daripada kumpulan WhatsApp berkenaan, " katanya.

Kusworo berkata, suspek mengaku sakit hati dan tidak dapat menerima dirinya dibuang daripada kumpulan WhatsApp berkenaan.

"Kemudian suspek berjumpa dengan mangsa dan bertanya mengapa dirinya dibuang. Ketika bertemu, berlaku perbalahan dan perang mulut antara suspek dan mangsa.

"Akhirnya suspek mengeluarkan pisau iaitu senjata yang dibawa setiap hari ke mana saja seterusnya menikam mangsa," katanya.

Menurut Kusworo, kecederaan itu yang mengakibatkan mangsa meninggal dunia.

Berikutan itu, suspek didakwa dan kemungkinan berdepan hukuman penjara selama 15 tahun jika sabit kesalahan.


Sumber: Harian Metro





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 31-10-2023 01:11 PM
No wonder lah negara konoha ni byk murtad
Quote I.K.A888990 31-10-2023 05:42 PM
sbb whatsapp je kau membunuh
apoooo bang membara sgt kemarahan kau tu
Quote Kitty_catz 31-10-2023 06:21 PM
ehh puak2 boyan ni mmg betul la, taksub gile ngan wasap


wasap tu mcm official channel.. meols ada ritu hire budak contract ni repair jamban.. smer main wasap2 je kalau call dia tak angkat.. kan wasap call.. dah la hauk namatey
Quote mojarean_X 31-10-2023 09:54 PM
Kitty_catz replied at 31-10-2023 06:21 PM
ehh puak2 boyan ni mmg betul la, taksub gile ngan wasap



Kampung Bojongmalaka, Baleendah, Bandung, Jawa Barat

Boyan x dok pulau jawa chuols. Boyan ada pulau dia sendiri dan mereka jarang2 g pulau jawa kecuali nk naik kapal terbang g malaysia.

Quote Kitty_catz 1-11-2023 08:58 AM
mojarean_X replied at 31-10-2023 09:54 PM
Kampung Bojongmalaka, Baleendah, Bandung, Jawa Barat

Boyan x dok pulau jawa chuols. Boyan ada pu ...

boyan tu meols stended panggei puak2 ummah konoha kaka  
Quote mojarean_X 1-11-2023 09:00 AM
Kitty_catz replied at 1-11-2023 08:58 AM
boyan tu meols stended panggei puak2 ummah konoha kaka

Ohh giteww rupanya
Quote sayurmayur88 1-11-2023 12:12 PM
seperti biasa, perkara2 pelik ni sama ada ;
1. China
2. India
3. Indo
Quote denvelsamit23 15-11-2023 08:44 PM
The news headline you've shared, which translates to "Thrown out from WhatsApp Group, Man Kills Friend," points to a tragic outcome stemming from what seems to be a virtual altercation with real-world consequences. It serves as a stark reminder of the potent impact that online interactions can have on our emotions and actions. In the digital realm, where WhatsApp display pictures (dp) can often serve as a symbol of our identity, like a whatsapp dp for teachers that embodies their professional persona, it's crucial to navigate online communities and communications with empathy and mindfulness. This incident underscores the importance of fostering digital etiquette and conflict resolution skills, which are as essential in virtual spaces as the respect and authority a teacher's WhatsApp dp commands in educational circles.


Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 05:03 PM GMT+8 , Processed in 0.106263 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top