CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Kami Bukan Babysitter," Guru Larang Ibu Hantar Anak Ke Sekolah, Dakwa Kelakuan Tak Berdisiplin Dan Agresif

31-10-2023 09:09 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5457| Komen: 82

Seorang ibu terkejut apabila guru melarang anaknya datang ke sekolah kerana didakwa berkelakuan luar kawalan dan agresif.

“Esok tak payah bagi anak puan datang ke sekolah. Hari-hari pukul budak... murid-murid datang ke sekolah nak belajar dengan tenang bukannya macam anak puan.


“Dia mengacau dalam kelas sahaja, cikgu-cikgu nak mengajar dengan aman pun tak boleh.

“Kami ni cikgu-cikgu puan, tugas mengajar bukannya jadi babysitter nak tengok kelakuan anak puan,” kata guru terbabit.




Kanak-kanak tersebut juga didakwa sering menunjukkan tingkah laku yang tidak berdisiplin.

Malah katanya, anak kepada wanita terbabit tidak boleh ditegur kerana akan mengamuk selain menghempas apa sahaja barang yang ada di dalam kelas.

“Dia memang tak boleh belajar bersama murid lain, dia tidak boleh ditegur, tak menghormati guru dan tidak berdisiplin,” tambah guru tersebut.


Di kapsyen, ibu berkenaan menjelaskan perkongsian yang dibuat bukanlah untuk menyalahkan guru tersebut sebaliknya mencari solusi dan pandangan bagi membantu anaknya.


Gambar Hiasan

“Jangan salah faham ya, saya tak salahkan cikgu-cikgu yang mengajar anak saya... cuma nak tanya parents yang ada anak hyper macam ni.

“Macam mana cara handle dan rawatan terbaik. Saya sebagai ibu nak yang terbaik dan mahu anak bersekolah seperti biasa,” luahnya di laman TikTok.

Wanita yang berasal dari Kuantan di Pahang ini mengakui berasa sedih apabila anaknya tidak dapat dihantar ke sekolah seperti kanak-kanak sebayanya.

Malah katanya, dia perlu mendapatkan surat perakuan daripada doktor berhubung tingkah laku anaknya yang dikatakan ‘tidak normal’.

“Sekarang jadi susah, anak tak boleh ke sekolah... kena dapatkan surat doktor. Jumpa pakar terapi, kos RM150 sejam.

“Dia baru sahaja sudah tidak ke sekolah, jumpa terapi pada Sabtu lalu. Pihak terapi minta supaya kami datang semula kerana masih tidak mengetahui punca masalah anak.

“Nak pergi klinik kerajaan, tak ada di Kuantan ni. Perjumpaan kedua nanti, mereka akan bagi surat rujukan untuk bertemu doktor pakar,” katanya kepada mStar.

Tambah wanita itu, dia bagaimanapun pelik dengan situasi yang berlaku di sekolah anak sulungnya itu.

Mana tidaknya, hanya seorang guru sahaja sering mengadu tentang tingkah laku anaknya yang baru berusia lapan tahun itu.

“Saya takut anak betul-betul ada masalah, tapi di sekolah KAFA (kelas agama dan fardu ain) dia okay sahaja. Sekolah kebangsaan yang ada masalah dengan cikgu tu seorang.

“Sebab apabila jumpa cikgu sains atau matematik, semua cakap dia okay dan cepat faham. Cuma cikgu bahasa Melayu yang dia ada masalah.

“Di sekolah lama pun berlaku situasi macam ni, anak ada masalah dengan guru kelas dia sahaja,” tambahnya yang pernah membawa anak berjumpa pakar kanak-kanak pada usia tiga tahun.

Namun katanya, pada masa tersebut doktor mengesahkan anaknya adalah normal dan tidak mengalami masalah kesihatan.

Di ruangan komen, rata-rata warga maya memberikan kata-kata perangsang kepada wanita ini selain berkongsi pandangan masing-masing.

Pun begitu kebanyakannya mengesyorkan supaya anaknya dimasukkan ke kelas pendidikan khas supaya dapat terus belajar.

“Kena masuk sekolah khas ni... nanti ada cikgu memang berpengalaman untuk handle anak puan. Insya-Allah dipermudahkan semuanya.

“Hantar terapi. Masukkan sekolah khas, saya punya anak saudara yang ada hyper dan ADHD. Memang luaran nampak normal tapi sebenarnya tak.

“Bagus awak ni sebab terima tanpa melenting. Jangan takut untuk pandangan kedua, semoga yang mudah-mudah sahaja untuk anaknya,” ujar beberapa warga maya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shalalat 31-10-2023 09:17 AM
kalau dah level pukul murid lain, wajib untuk mak ni stop being denial dan check anak betul2 instead of nak cakap cikgu kelas anak dia je yg problematic. kalau parents lain tau anak diorang jadi mangsa, cikgu kelas jgk kena jawab
Quote Suchi 31-10-2023 09:26 AM
Biar betul kat kuantan takda klinik kesihatan.
Hosp gomen pun ada kan.
Quote mimi_ayu 31-10-2023 09:36 AM
Suchi replied at 31-10-2023 09:26 AM
Biar betul kat kuantan takda klinik kesihatan.
Hosp gomen pun ada kan.

Tu la pasal..pelik btul kk xde kt kuantan..
Hospital uia pun ada kt ctu..
Kwn sek ank ada yg mcm ni..
Kena gigit la..kertas kena conteng la..
Mslhnya ank cikgu kt ctu gak
Ms g sek hr tu jmp cikgu, cikgu sndr ckp xblh nk buat apa..dh penat tegur..jgn buat kwn2..
Cikgu ckp ank iols klu dh geram sgt dia bls blk..
Quote VespaSilbe 31-10-2023 09:43 AM
Mengong kapla otak iols bila baca banyak kali.. baidewei dah gugel ada je department psychiatrist mental kat hospital Kuantan.. kena p banyak session nak diagnosed kan.. bukan sekali je
Quote talapia 31-10-2023 09:55 AM
mimi_ayu replied at 31-10-2023 09:36 AM
Tu la pasal..pelik btul kk xde kt kuantan..
Hospital uia pun ada kt ctu..
Kwn sek ank ada yg mcm n ...

kadang ada budak memang mcm tu..  ada masalah macam2.. kacau kawan.. kalau kawan tak layan.. lagi dia tak puas ati. anakku mmg aku ajar lawan balik kalau cakap xjalan.

ada aritu anakku kata kawan lelaki tampar dia.. sebab ada si kawan lain bagi dia coklat. Budak tu nak coklat tu.. tapi anakku dah abiskan. Bengangla dia... member dia bagi kt budak pompuan. haha..
dia tampo anak aku. eh.. tak diam.. selamba anak aku tampo balik. terpinga2 budak yg tampo tu.. agaknya dia tak expect anak aku balas kot. budak pompuan badan kecik darjah 1.. tampo dia.

rasain lo. kadang klau kes buli... bebudak yg senyap..nangis.. memang selalu jadi mangsa.
ngadu kt cikgu pon kadang x jadi apa. solutionnya? pertahankan diri sendiri
Quote lil_honey 31-10-2023 09:58 AM
stop in denial, hantar anak untuk diagnos.
patut awal2 pembesaran dah boleh detect. masa pra sekolah takkan tak dpt detect?
Quote opie5662 31-10-2023 10:14 AM
Suchi: Biar betul kat kuantan takda k ...


Belambak wehhh kk kat kuantan...
Quote rospinki 31-10-2023 10:29 AM
aku tak pelik ada anak2 peragani mcm setan kt umah pijak semut tak mati tapi belakang mcm musibat. lagi2 skolh lelaki anak aku ckp mcm2 geng ada. nk pegi skolah ke nak jadi samseng..haritu kejap je pesen rambut ala2 berjurai kejap2 dok kemas nk nmpk macho samseng taik kucen terikut2 dalam diam aku suh bapak dia bawak gi kedai dah dia kata aku pedajai dia tapi dia sdri kena cerdik nk handle benda buli kaki gado budak2 lain. sanggup dia tak pakai jam sebab tak suka budak2 jahat tu tanya. aku sokong cikgu cakap mcmtu..makpak kena ajar anak tu dari rumah bukan hrp cikgu ajar diorg. bengong
Quote syamzana 31-10-2023 10:30 AM
ols byk jugak alami mslh anak special case ni. nak komen tp malas nak taip

nati rajin iols edit.
Quote adila39 31-10-2023 10:35 AM
kesian mak dia, laki dia mana?

I think to be fair mintak izin utk pantau anak kat sekolah, let say tak puas hati or tak caya..biar la dia stalk anak dia kat kelas tgk mcm mana tanpa bgtau anak.

Or , bawa ke psikologist to diagnose then survery sekolah khas

pokok pangkal jangan give up akan keep on ada trial and error until jumpa solutions..

Alhamdulillah, anak anak kita tak la ada isu mcm ni but never comfortable..so i hope cikgu cikgu jgn la takde lgsg simpati and mak pak pun jgnla lembab or blur lama sgt
Quote prettyuglybabe 31-10-2023 10:40 AM
mak pak jenis denial ni..
dah dan kuantan takde kk hospital gomen bagai..
Quote dua_chzy 31-10-2023 10:41 AM
talapia replied at 31-10-2023 01:55 AM
kadang ada budak memang mcm tu..  ada masalah macam2.. kacau kawan.. kalau kawan tak layan.. lagi  ...

Aiols pun ajar anak gini. Depan2 aiols ritu ada budak jantan gundu ejek anak aiols bau taik. Tapi security guard dengar so security tegur budak tu. Hapa da anak aiol tak buat apa2 kat dia sekadar lari comel2 pi tempat aiols, tetiba dia gelak tuding jari cakap anak aiols bau taik. Aiols ajar anak aiols kalau budak tu ejek lagik, cakap ja dia gemuk macam babi. Tapi anak aiol cakap, budak mana? Dia tak perasan pun budak tu ejek dia. Kesian anak aiols yach.
Quote Binodino 31-10-2023 10:43 AM
Di kapsyen, ibu berkenaan menjelaskan perkongsian yang dibuat bukanlah untuk menyalahkan guru tersebut sebaliknya mencari solusi dan pandangan bagi membantu anaknya.


Boleh je kan tanya directly tanpa up message dari cikgu tu kat medsos? Tujuan sebenar up message cikgu tu sebab nak orang hencap cikgu tu, kan? Bukan untuk cari solusi masalah anak.

Kalau betul nak cari solusi masalah anak tu, boleh je mintak cikgu refer anak tu untuk sesi kaunseling kat sekolah dulu. Kat sekolah mesti ada cikgu kaunseling kan?

Lepas tu bagi alasan kat kuantan takde KK? Seriously? Then kata kena refer therapist, tapi kena bayar rm150 per session sementara nak tunggu refer ke pakar. Nak raih simpati netizen ke ni?

Sorrylah, tak mampu nak husnuzon dengan mak2 jenis macam ni. Semua benda nak up kat medsos kononnya nak mintak pendapat. Kau takde ahli keluarga, sahabat handai yang terdekat ke untuk mintak pendapat? Randomly asking for opinion from strangers macam tu
Quote otai_g 31-10-2023 10:43 AM
Btl lah cikgu tu kata Tu. X kan sbb anak ko sorang yg prob habes mengacau bdk2 lain yg nk belajar. I support cikgu.
Quote dua_chzy 31-10-2023 10:43 AM
Kelas anak aiols ads sorang budak gini. Harraz namanya. Selalu kena rotan and marah cikgu kata anak aiols.

Ritu ada mak budak ngamuk, pi marah2 kat group WhatsApp dengan ayat lebih kurang macam ayat cikgu dalam screenshot tu. Sebabnya anak dia kena pukul di kepala masa tengah basuh tangan lepas kelas PSV. Nasib baik cikgu pandai cover. Aiol syak budak Harraz tu yang buat. Anak aiols kata budak tu memang suka pukul budak lain.
Quote dua_chzy 31-10-2023 10:44 AM
Tapi betul la. Susah weols nak kontrol anak2 kat sekolah sebenarnya. Sebab tu kena pasang mata2 dalam kelas. Har. Tapi kengkadang mata2 pun takleh pakai.
Quote margo20 31-10-2023 10:51 AM
Anak aku pesen kacau org jgk tp yg dia kenal jela nasib baik cikgu tadika dia tak pernah komplen dia usik budak lain
Quote msdummy.2018 31-10-2023 10:55 AM
Suchi replied at 31-10-2023 09:26 AM
Biar betul kat kuantan takda klinik kesihatan.
Hosp gomen pun ada kan.

Ada..tp mgkn puan tuh specific tuk kes special mcm nih kottt...susah weh dr kk nk push tuk pakar..sb kalo misi nmpk ank ko normal jer..dia suruh balik
Quote supernaturalee 31-10-2023 11:09 AM
“Nak pergi klinik kerajaan, tak ada di Kuantan ni. Perjumpaan kedua nanti, mereka akan bagi surat rujukan untuk bertemu doktor pakar,” katanya kepada mStar."


R u effing kidding me b???

Lihat semua komen(82)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 05:19 PM GMT+8 , Processed in 0.076471 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top