CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Amaran Akhir! Tak Bayar RM10,000, Man Raja Lawak Akan Dedah Nama Penyanyi Duit Banyak Tapi Berhutang!

30-10-2023 08:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9748| Komen: 33

Man Raja Lawak tidak teragak-agak mendedahkan nama seorang penyanyi sekiranya masih gagal membuat bayaran penuh RM10,000 pada lewat malam Isnin.

Kata Man, penyanyi tersebut sebelum ini sudah beberapa kali mengelak membuat bayaran selepas berjanji akan selesaikan hutang tersebut pada 22 Oktober lalu.


Foto: IG



"Dia janji nak bayar pada 22 Oktober, sehari selepas itu saya ada bertanya namun lambat dia balas. Pada 24 Oktober juga saya ada minta dan dia masih lambat balas mesej. Dia mengelak untuk bayar hutang.

"Banyak alasan yang dia gunakan sebelum ini. Apa yang saya tahu dia terima banyak undangan menyanyi dan saya pernah hubungan seorang penganjur yang memaklumkan pihak mereka telahpun membayar wang persembahan kepada penyanyi itu.

"Jadi kenapa dia mengelak untuk membayar hutang saya? Duit banyak tapi hutang saya tidak nampak bayang," katanya kepada mStar pada Isnin.




Menurut Man, penyanyi itu sudah membuat separuh bayaran berjumlah RM5,000 pada petang Isnin selepas dia memuat naik status di laman sosial.

Tambahnya lagi dia juga tidak mengenali rapat penyanyi itu dan hanya berjumpa ketika sama-sama terlibat dalam beberapa acara.



"Kami hanya jumpa di beberapa acara. 1 Oktober lalu saya terima mesej dari dia untuk meminjam wang. Pada awalnya saya sangka scammer, kemudian dia hantar video mengesahkan dirinya.

"Saya pun pelik juga apabila dia mahu pinjam duit sebab tidak pernah tahu penyanyi itu ada masalah kewangan. Walaupun cuba elak, saya tetap berikan juga," ujarnya.



Menurut Man lagi bukan dia sahaja yang pernah memberi wang kepada penyanyi tersebut.

"Saya dapat tahu dia ada hutang dengan orang lain juga. Dah lima tahun dia tidak jelaskan hutang itu," jelasnya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Pak.dolla 30-10-2023 08:44 PM
pinjam seratus nur nilam sari....viral lirik lagu ni hahaha...
Quote Suchi 30-10-2023 08:52 PM
Man ni dulu masa menang apatah dia ada sedekah juga kan duit dia kat org
Jenis tak berkira kot sbb tu la org pun suka nk meminjam ngn dia
Quote 3chanceno 30-10-2023 08:57 PM
Gelak meols baca pasal sapa Jumpa Sabar dia

Sapa nie yg perangai suka pinjam $ nie? Clue tak de nak teka sapo, melainkan penyanyi
Quote ReginaGeorge 30-10-2023 09:00 PM
Jeng jeng jeng tak sabar nak tau..
Quote gigahertz 30-10-2023 09:44 PM
Suchi: Man ni dulu masa menang apatah dia ada sedekah juga kan duit dia kat orgJenis tak berkira kot sbb tu la org pun suka nk meminjam ngn dia

dia ada dapat RM 50k pastu dia dermakan bagi orang.
Quote heythere123 30-10-2023 10:15 PM
Suchi replied at 30-10-2023 08:52 PM
Man ni dulu masa menang apatah dia ada sedekah juga kan duit dia kat org
Jenis tak berkira kot sbb t ...

haah, kalau baca heols tulis tu pon nampak tak berkira. Cuma heols nak hak heols balik je, dah bagi pinjam elok2 boleh pulak buat taknak bayar gitu.
Quote maroon_nerd 30-10-2023 10:44 PM
Adoii.. Clue sikit sangat. Tak boleh nak teka2. Jem jap otak.
Quote miznora 30-10-2023 10:55 PM
Bang bagi clue. Kami nak teka ni sapa artis duit banyak takmo bayar hutang tu. Kami kan mode acik bawang



Quote JahLupa 30-10-2023 11:13 PM
Zaman ni jam yg tukang bagi pinjam pulak segan nak mintak balik duit sendiri. Yg meminjam tu x de segan silu peram duit org pastu haplod joli sakan sana sini. Duit orang x bayau. Yahudi punye pangai
Quote sambaldurian 30-10-2023 11:30 PM
Ko x rapat xyah bg. Aku ada kenalan nk pinjam , aku ignore kn je. Sbb bagi aku gaji dia lg tinggi dr aku, ada kerja ofis,xde anak lg. Ada adik-beradik why bother pinjam2 me. nk berhutang cari bank bkn ahlong.
Quote kerani_je 31-10-2023 12:42 AM
Katanya artis tu yg buat show sama2 dia dekat event unisel..Ada 6 artis sume nya time tu..Sumber tiktok..Bella astilah, ronnie,  sarah suhairi,  black,  hazami

Tp clue lebih kpd artis hitam tu la
Quote kerani_je 31-10-2023 12:43 AM
Klau artis hitam tu mmg terkezut jgk la sbb nmpk mewah je..klau si ronnie atau hazami xtau la sbb mmg nmpk xde job sgt..kot btul susah..
Quote doubleA 31-10-2023 03:50 AM
Baiknya bagi pinjam 10k, kalau iols belum tentu berani nak bagi. Kalau 100 boleh la halalkan ni 10k tu
Quote Suchi 31-10-2023 08:06 AM
gigahertz replied at 30-10-2023 09:44 PM
dia ada dapat RM 50k pastu dia dermakan bagi orang.

Masa tu menang maharaja lawak kot lupa dah
Ngam lepas dia bg duit tu tak silap covid melanda dan pkp bagai
Risau plak iols dia plak kang tak cukup duit
Sbb setau iols dia bkn senang sgt orgnya, asalnya keje posmen je.
Pastu lepas menang raja lawak pun takde la pemes sgt mcm yg lain tu.
Pernah terserempak ngn dia kat Kenanga Wholesale dia duk belek2 nk beli jubah.
Maybe nk beli tuk wife dia la kot, iols cam terkejut skit la nampak retis shopping kat kenanga ja.
Quote Suchi 31-10-2023 08:10 AM
heythere123 replied at 30-10-2023 10:15 PM
haah, kalau baca heols tulis tu pon nampak tak berkira. Cuma heols nak hak heols balik je, dah bag ...

Org yg tak berkira mmg akan jadi sasaran peminjam walaupun ko tak rapat sgt ngn dia.

Mcm man ni laa dia tak rapat sgt pun ngn peminjam tu tp dgn selambanya member tu pinjam duit dia.
Quote ketupatnasi 31-10-2023 09:08 AM
dah langsai lom hutang?
usaha la langsaikan sikit demi sikit.
sian kawan tu cari rezeki....dah la kawan tu bukan jenis hot spot hero rebutan slot tibitigasuku..  
Quote cawanmilosuam 31-10-2023 09:12 AM
aku suka la man ni blakon wpun muka dia pecah seribu.. aku minat dia blakon.. hahaha
Quote Manusiabesa 31-10-2023 09:14 AM
Sedih tgok muka man. Xtau nk kena repair kt mana . Muka dia muka selenge hahaha. Mujur rjin bkerje ada gk peluang dlm industri. Klo x.. erm nth lee. Yg pnting duit kepok² ye.
Quote 3chanceno 31-10-2023 09:15 AM
kerani_je replied at 31-10-2023 12:42 AM
Katanya artis tu yg buat show sama2 dia dekat event unisel..Ada 6 artis sume nya time tu..Sumber tik ...

Kalau  Hitam tu menawan, dia ada tunjuk mewah kehidupan dia. Sisp ada bot. Bisnes katanya bagus, tapi meols tak tahu bisnes apa lah.

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:31 PM GMT+8 , Processed in 0.295145 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top