Seorang tukang cuci berasa dirinya seolah-olah diperlecehkan hanya kerana berjaya menyiapkan tugasnya dalam masa yang singkat. Bukan sahaja dipandang rendah oleh pelanggan, bayaran yang diterima juga tidak penuh seperti dijanjikan selain terpaksa menunggu lebih tiga jam untuk mendapatkan upah.
"Sudah tiga jam saya tunggu bayaran daripada tuan rumah ni. Saya cleaner. "Tolong jangan pandang rendah terhadap cleaner... saya orang Malaysia, jadi cleaner demi rezeki halal. Bukan meminta-minta duit percuma," luahnya di Facebook. Menurutnya lagi, rumah yang dibersihkan adalah jenis teres dua tingkat yang penuh dengan sampah sarap. Ketika proses pembersihan,dia terpaksa mengangkat dapur gas yang berat untuk dibuang ke dalam tong RoRo. Malah katanya, setelah dikumpul, tong RoRo itu juga penuh dengan sampah sarap dari rumah tersebut.
Loading FB Post... "Saya dan suami bersihkan rumah dua tingkat yang penuh dengan sampah, satu RoRo sampah. Kena angkat pula satu dapur gas berat dan buang dalam tong tu. "Boleh bayangkan tak rumah dua tingkat, kami bersihkan sampai licin sampah-sampah tu penuh satu RoRo," tambahnya lagi yang reda perlu menggunakan banyak tenaga. Wanita yang dikenali sebagai Mimi ini berkata, perkongsiannya itu bukanlah untuk meraih simpati masyarakat sebaliknya berharap supaya pekerja pembersihan sepertinya tidak dipandang hina. "Saya hanya mahu masyarakat jangan sesekali merendah-rendahkan kerja tukang pembersihan," luahnya sayu. Dakwanya, dia hanya menerima upah selepas empat jam menunggu tuan rumah terbabit. Bagaimanapun, mereka tidak menerima bayaran penuh seperti yang dijanjikan sebelum memulakan kerja. Katanya, upah yang diberikan hanya sekadar cukup untuk mengisi minyak kereta, makan dan minum mereka sekeluarga pada hari tersebut. "Saya dan suami buat kerja tanpa makan apa-apa selama empat jam. Tiga jam tunggu bayaran daripada tuan rumah. "Tuan rumah masuk periksa keadaan selepas cuci dan dia cakap semua okay. Masa ni, tuan rumah cakap akan bayar secara pemindahan tunai dalam talian (online transfer)," katanya kepada mStar. Menurutnya lagi, tuan rumah memberikan alasan membayar hanya separuh upah disebabkan masa yang diambil untuk melakukan kerja-kerja pembersihan adalah singkat. Terkejut dengan alasan tersebut, suaminya kemudian bersuara dan merungut tentang 'perjanjian' bayaran yang telah dibuat lebih awal. Pada masa sama, mereka turut menjelaskan tugasan dapat disiapkan lebih awal kerana sudah biasa melakukannya dan mengikut langkah-langkah yang pembersihan yang betul. "Suami saya bersuara juga pada tuan rumah 'mana boleh macam ni'... kami buat kerja berat bukan ringan-ringan. "Cepat siap sebab kami tahu langkah-langkah kerja ni, nak siap cepat supaya tak buang masa," tambahnya. Bagaimanapun, kata-kata mereka hanya dipandang sepi sebelum tuan rumah berlalu pergi. Perkongsiannya mendapat perhatian warga maya dengan kebanyakannya meluahkan rasa simpati terhadap pasangan ini. "Ada juga orang macam ni, tak ada hati perut... nanti dah viral dia putar belit cerita pula. Semoga dipermudahkan urusan sis. "Lapor polis dulu dan tunjukkan bukti perbualan. Saman, baru dia ada akal. "Saya rasa nak buat kerja apa pun sekarang kena minta deposit dahulu. Kesiannya, semoga urusan sis sekeluarga dipermudahkan," ujar beberapa warga maya. -CARI Sumber: mStar
|
kotakbaju replied at 30-10-2023 09:04 PM
Kenapa rumah tu penuh sampah sarap? Tuan rumah kumpul sampah ke tak penah buang? macam mana la bo ...
ADVERTISEMENT