Sharnaaz Ahmad dah tak nak bergaduh dengan Azhar Sulaiman berkenaan isu Palestin dan Israel. Sharnaaz memilih untuk tidak menghiraukan pandangan yang dilontarkan Azhar berkenaan konflik peperangan yang sedang melanda negara berkenaan.
Kata Sharnaaz, meskipun dia telah menegur Azhar secara berlapik, namun aktor berkenaan tetap berdegil dengan pendiriannya. "Orang dah tegur cara habis berlapik, kalau tengok dah macam Usop Wilcha dah punya lembut. Tak! Tetap dia nak post juga. "Lantak kaulah bang. Pendapat kau kan. Kau layanlah apa dalam kepala kau. Aku doakan kau enjoy dengan perhatian yang kau cari ni ya bang," katanya di Insta Storynya pada Isnin. Dalam hantaran sama, Sharnaaz turut menitipkan pesan supaya orang ramai dapat terus memboikot setiap produk yang mempunyai kaitan dengan Israel. "Yang mana dah beli, simpan dan makan bagi habis, jangan beli lagi selepas ini. "Jangan bazir pula. Kali ini hidup keras sikit," ujarnya. Sebelum ini, Azhar pernah memuat naik satu hantaran yang mempertikai strategi digunakan ketua pejuang Hamas di Palestin bagi menentang Israel. Hantaran itu bagaimanapun mendapat kecaman teruk bukan sahaja daripada netizen, malahan juga rakan artis antaranya Sharnaaz. Menurut Sharnaaz, pendapat yang dibuat oleh Azhar itu menunjukkan seolah-olah dirinya tidak cerdik malah turut menyamakannya dengan ‘budak-budak TikTok’. Sharnaaz turut mendedahkan bahawa dia sudah mula hilang rasa hormat terhadap pelakon seniornya itu. Azhar kemudiannya memuat naik satu hantaran video di Instagram untuk menyatakan pendiriannya yang sebenar. Menurut pelakon itu, dia memberikan sokongan terhadap Palestin bagaimanapun masih mempersoalkan tindakan Hamas yang menyerang Israel. -CARI Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT