Seorang ibu hamil mengalami keguguran gara-gara bergaduh mulur dalam pengangkutan awam. Difahamkan ia berpunca daripada ibu hamil tersebut yang berang apabila salah seorang penumpang wanita merakam pakaiannya yang sedikit terdedah secara curi-curi ketika berada di dalam tren.
Dalam pendedahan dibuat oleh @rismafitri menerusi laman TikTok, wanita ini sempat merakamkan detik-detik wanita berbadan dua itu terjerit-jerit marah ketika di dalam gerabak. "Ceritanya ada ibu hamil yang pakaiannya terbuka duduk di gerabak wanita. Tapi ada seorang kakak (penumpang lain) dilihat terus merakam dirinya. "Akhirnya ibu hamil ni tak boleh terima. Tapi memang teruk (tindakan) si kakak tu, padahal sama-sama perempuan," katanya memberikan penjelasan dalam video. Selepas video pertengkaran itu menjadi tular di media sosial, wanita hamil itu menghantar mesej secara peribadi kepada Risma.
Katanya, sejurus keluar dari tren, dia mengalami pendarahan teruk mengakibatkan kandungannya keguguran dipercayai terlalu tertekan berikutan perang mulut itu. Lebih memilukan apabila wanita hamil ini memaklumkan sudah menunggu selama dua tahun untuk mendapatkan cahaya mata. "Saya yang dalam video viral tu. Sayangnya saya stres dan keguguran. Saya bagi video (keguguran) tu dekat suami tapi jangan sebarkan ye. "Saya tunggu kehamilan ni dua tahun. Turun dari kereta, darah keluar banyak. Marah, kecewa... semua bercampur baur," ujarnya yang turut diberikan video keguguran itu sebagai bukti. Tegasnya, ibu hamil itu lagi dia bagaimanapun tidak kisah video kekecohan di dalam tren menjadi tular supaya dapat menjadi pengajaran buat orang ramai di luar sana. Dalam pada itu, wanita hamil itu turut mengakui bahawa dia sepatutnya tidak memakai baju tersebut kerana agak tidak sesuai dipakai di khalayak. Namun, pada hari kejadian dia memilih untuk memakainya kerana keselesaan ketika mahu pulang ke kampung suaminya di Rangkas menaiki KRL dari Tanah Abang, Jakarta, Indonesia. Untuk rekod video warga Indonesia dikongsikan ini meraih lebih 5.6 juta jumlah tontonan setelah disiarkan dan pemilik memaklumkan kejadian sudah lama. Rata-rata orang Malaysia turut memberikan komen menunjukkan tanda simpati terhadap ibu hamil itu selepas mengalami keguguran. "Kasihan ibu hamil tu. Semoga sihat-sihat saja ya puan. "Ibu hamil tu penat. Terus emosi tak stabil. Hormon naik turun. "Saya sebagai ibu hamil, pakaian itu nombor satu untuk keselesaan buat aktiviti. Apatah lagi mood ibu hamil itu tak boleh dikawal," antara komen netizen. -CARI Sumber:mStar
|
ADVERTISEMENT