CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Selalu 'Meroyan', Datuk Aishah Dilabel Perengus

30-10-2023 07:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5092| Komen: 18

Datuk Aishah terus dikecam netizen yang tidak menyenangi setiap perkongsian dimuat naiknya.

Tindakannya yang terlalu kerap meluahkan perasaan tidak puas hati mengenai perkara membabitkan program realiti, All Stars Gegar Vaganza (ASGV) disertai menyebabkan 'tentera bawang' membanjiri ruang komen semata-mata untuk mencaci dirinya.


Foto: IG

"Ramai orang salah dan menganggap saya lantang sebagai sombong atau 'perengus'. Jujurnya, saya malas nak bising-bising pada usia begini

"Namun, saya ada prinsip harus dipegang dan disebabkan itu, saya rasa tak boleh nak beri muka. Suka atau tidak, saya tetap akan meluahkan sesuatu.

"Walaupun sedar sikap mempertahankan pendirian boleh buat netizen serang semula, tapi saya tak kisah.

"Saya tidak takut menyuarakan pendapat. Hanya kerana semua orang melakukannya, tidak semestinya ia betul.

"Anda kena pertahankan diri jika merasakan apa yang dilakukan itu adalah perkara betul," katanya kepada BH Online.


Kata Aishah, dia tidaklah terkesan sangat, ada masanya layan juga mereka yang memberikan komen kerana sudah anggap seperti anak-anak.

"Namun, ada juga yang biadap dengan menggunakan bahasa kesat kepada orang yang lebih berusia.

"Memang malang kerana terpaksa berdepan dengan situasi seperti ini. Kalaulah boleh kembali ke zaman tiada media sosial, mesti hidup lebih tenang.

"Hantar sahaja surat seperti zaman dulu-dulu. Siap letak bedak, katanya sambil ketawa.

Penyanyi Janji Manismu itu berkata, dia tidak akan mengambil komen dilemparkan sebagai sesuatu yang serius.

"Saya sudah 38 tahun berada dalam industri, jadi saya tidak perlu buktikan apa-apa.

"Apa yang saya belajar, kalau dia haters (pembenci), dia tetap haters. Buatlah apapun, dia tetap benci.

"Jika mereka adalah peminat, maka mereka akan setia bersama anda. Tak mengapalah kalau saya ada 10 peminat sahaja, saya tetap akan menyanyi untuk pengikut saya itu," katanya. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bottompro 30-10-2023 08:28 PM
CahRoyan . Kertu, buruk dan sentiasa negative.  Hahaha
Quote sharlenetexas 30-10-2023 08:30 PM
Grumpy old woman. Jom kak echah nyanyi lagu Sensation. Dance on down. Marilah menari.


Quote ReginaGeorge 30-10-2023 08:31 PM
Haah. Betul jugak… memang perengus lepas ni jgn lah join mana2 pertandingan. Ni kalau jadi nenek ni mesti cucu tak suka dekat
Quote exclusive_vvip 30-10-2023 08:47 PM
xde makna la dia dah tua2 ni baru nak jd perengus ke garang ke apa..rasanya dr zaman muda pun gitu..cuma takde socmed time tu..masa iols skolah rendah penah tgk  berita dlm majalah psl wedding dia dgn laki first..wartawan tak dijemput masa wedding dia tu..tapi ada wartawan gi terjah jgk..dlm gmbr yg wartawan snap tu, mmg nampak dia marah..pengantin marah..tapi camne pun, kekadang I sokong je dia meroyan..contoh kes dgn tokbidah dulu tu
Quote hyie 30-10-2023 09:42 PM
kalau bahasa jawa, perengus tu macam bau tengik gitu. Dalam BM, ni fes taim jumpa
Quote cahaya_almas 30-10-2023 09:59 PM
Cepat panas baran ke?
Quote tripleid 30-10-2023 10:21 PM
Nerakazen leh gi mamm..tokcah tetap living legend!
Quote DianaSaksen 31-10-2023 01:57 AM
Contoh macam Michael ang
Tengok lah ig dia
Semua benda nak dijadikan konten
Quote MistrezHermanaz 31-10-2023 08:46 AM
exclusive_vvip replied at 30-10-2023 08:47 PM
xde makna la dia dah tua2 ni baru nak jd perengus ke garang ke apa..rasanya dr zaman muda pun gitu.. ...

ye, ikutkan dr dulu lagi dia dh lantang, cuma zaman tu xde socmed..wartawan pun boikot kn kes kawen first dulu, dia nk meluah kt mana..pastu kene gam pulak sbb masuk PAS
Quote prince_marhaen 31-10-2023 09:52 AM
daripada dulu dia dah grumpy & suka merentan.....terpaling rasa diri dia another level...sebab tu wartawan dulu kuasek nak cover cerita dia... skrg ni dah ada socmed boleh nampaklah how she merempan 24/7.. tu yg senang wartawan cedok cerita..nak IV memang idok lerr.. belum tanya dah buat muka hanjengggg
Quote cikatilia 31-10-2023 10:19 AM
terpaling betul....
bawak2 la diam.. naik BP tu kang
Quote makadek 31-10-2023 10:27 AM
Masa dia muda aku kecik lg. Tgk dia nanyi kt dlm tv pesal dia tak cantik idum pesek tp bole jd penyanyi.. Ramai suka eran aku
Quote addamnor 31-10-2023 10:35 AM
Edited by addamnor at 31-10-2023 10:39 AM

Mmg sheols grumpy person pun. Its proven tru her life marriages.. none of her marriages is successful.. Its shows who she is.. ada shj yang tak kena tentang pasangan hidup beliau, thats why end up bernikah cerai sampai 4x tak ketemu bahagia walaupun usia bau tanah
Quote addamnor 31-10-2023 10:42 AM
cahaya_almas replied at 30-10-2023 09:59 PM
Cepat panas baran ke?

Bukan cepat panas baran, sejenis tak puas hati dgn semua benda, unless it fits into her privileges.. itu tak kena ini tak kena
Quote tipah89 31-10-2023 11:11 AM
tengok pun tahu jenis kerek n grumpy nenek ni... sembang pun xnak kalah. mcm narc pun ye.
Quote Hypothetically 31-10-2023 11:26 AM
Being vocal n stand up to what is not right at the right time is ok, tapi bila nyanyian sendiri tak sedap kena lah terima kelemahan sendiri, tak semestinya kita mesti betul setiap masa.
Quote marchikobonzo 31-10-2023 01:35 PM
Dia ni jenis stick to her principles..jangan nak pijak2 dia..ada baiknya jugak, so orang tak la kotak katik kan dia, tp dimata orang nampak dia ni hot tempered & grumpy
Quote sleepandream 31-10-2023 01:45 PM
komen2 dia ada point... idokler sheols memaki ke apa mcm diva AA...
walaupun sheols selayaknya tersingkir...

hat kalau semua astro buat tu betul... takdenye sheols nak bising2..
penaja farm fresh pun bengang dgn layanan astro... ko raser?

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:08 PM GMT+8 , Processed in 0.077552 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top