CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nasi Kandar Lauk Babi Boleh Timbulkan Kekeliruan Pada Penggemar Makanan Itu - PRESMA

30-10-2023 12:47 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5405| Komen: 88

Kuala Lumpur: Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) kesal dengan hantaran klip video yang mempromosi nasi kandar dengan hidangan babi yang tular di media sosial.) 

Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata, tindakan itu dianggap bentuk penghinaan kepada industri nasi kandar di Malaysia yang diketahui dipelopori pengusaha restoran Muslim sejak puluhan tahun lalu.


Menurutnya, video itu juga boleh menimbulkan kekeliruan orang ramai terutama pelanggan dan penggemar nasi kandar.

"PRESMA beranggapan ia akan menimbulkan kekeliruan kepada pelanggan serta penggemar nasi kandar di negara ini sekaligus memberikan gambaran negatif kepada menu kesukaan ramai ini.

"Justeru, PRESMA ingin menegaskan, hidangan nasi kandar di semua premis milik ahli PRESMA di seluruh negara dijamin halal dan bebas daripada bahan dilarang di dalam Islam," katanya dalam satu kenyataan.




Dalam masa sama, PRESMA menasihatkan kepada semua pencipta kandungan supaya lebih sensitif dengan hasil kreatif yang dihasilkan.

"Kepada mana-mana pencipta kandungan perlu lebih sensitif dan perlu mengambil kira soal makanan yang selama ini dikaitkan dengan orang Islam," katanya.

Video yang dimuatnaik itu sudah mencecah lebih 200,000 tontonan dan lebih 5,000 tanda suka.

Sementara itu, terdapat pengguna media sosial lain turut memuat naik video sama dengan menulis keterangan meminta orang Islam berhati-hati.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote msdummy.2018 30-10-2023 12:47 PM
Videooo mana??
Quote Samerosie 30-10-2023 02:10 PM
Kat Malaysia ni melayu islam mudah confused ye?  Tulis situ nasi kandar lauk babi pun takanlah bodoh sangat gi makan jugak. Suruh guna bahasa melayu bila guna gini lah jadi nya.  Nasi lemak sambal babi, nasi campur lauk babi dgn katak...pun boleh confused ka? Selama2 nye lah melayu kena di mother hen kan.
Quote opie5662 30-10-2023 02:11 PM
Aku x confuse pon.. Sbb die dh bg tau pork nasi kandar.... Apr yg bitter sgt x dpt mkn nasi kandar tu... Belambak kot nasi kandar takde babi yg wujud. Susah tul melayu ni
Quote pokokmeranti 30-10-2023 02:14 PM
nasi kandar tu bukan khusus atau terikat dengan 'islam'....ke mcm mana? dia non muslim nak makan babi...nak buat mcm mana. melainkan yg sinonim dgn budaya melayu/islam. contohnya tak kan nak buat lemang kuah rendang babi...ke mcm mana?

elok je kat malaysia makan bakso...sedangkan bakso tu asal usulnya dari babi.
Quote kucingitam 30-10-2023 02:19 PM
kari babi ke? babi masala?
Quote bynroslan 30-10-2023 02:29 PM
Keliru apanya? dah namanya Pork Nasi Kandar, lain la kalau lauk ada babi tu dia bagi nama khusus yg takde perkataan babi contohnya Nasi Kandar Special. Apa dia ni ingat orang melayu tak reti baca ke? tak reti tengok persekitaran sebelum main order je nasi kandar? Tengok gerai pun dah tau ini bukan macam gerai2 jual makanan halal, nama gerai pulak Pumbaa's (watak warthog dalam Lion King)
Quote salimrock 30-10-2023 02:34 PM
bayangkan kalo pertubuhan malaysia dulu indonesia dan filipna masuk...lagi la konfius ummah islam melayu semenanjung..
Quote Thunderclouds 30-10-2023 02:36 PM
2023 pon masih bodoh nk keliru bagai.
Tu pasai dok kuyup kna kencing manjang.
Quote Skuau 30-10-2023 02:42 PM
Ada perkara TU...hanya TIDAK PERLU JER...Sudah MEMADAI untuk kita mengecap KEAMANAN di dunia ini....
Quote SWORKS27 30-10-2023 02:57 PM
tulis je la nasik lauk babi...x payah nak kandar2 kan sangat kalau kau dah tahu, perkataan nasik kandar tu lumrahnya digunakan utk makanan yg HALAL2 saja...
memang la x da masalah..x da Istilah or hukum dosa pun nak guna perkataan tu..
tapi, sengaja je nak cari masalah, create isu bab2 camgini...
sebabnya, ada lagi spesis manusia melayu yg Bodoh.. yg aku Nampak, spesis pompuan melayu kaki OOT la..pakai tudung, mekap tebal, pakai sendat2 kain singkat..selamba beratur kat kedai2 non muslim..sebabnya situ tulis PORK FREE......
Quote kelapaparut 30-10-2023 03:56 PM
mcm isu hotdog dulu la, jakim punye pasal terus jualan auntie anne merudum. semue bende nak sensitif. hotdog tu bukan anjing panas hokkeyy
Quote kelapaparut 30-10-2023 03:58 PM
SWORKS27 replied at 30-10-2023 02:57 PM
tulis je la nasik lauk babi...x payah nak kandar2 kan sangat kalau kau dah tahu, perkataan nasik kan ...

kan dia da tulis pork nasi kandar.. xreti membaca ke
Quote TomyamPuteh 30-10-2023 04:07 PM
Ada kawan aku tanya. Kicap makan bab tak? Aku kata mmg depa melahap pun. Dh depa tak leh mkn lemb, depa hantam la cik bab.
Quote kepompong 30-10-2023 04:08 PM
SWORKS27 replied at 30-10-2023 02:57 PM
tulis je la nasik lauk babi...x payah nak kandar2 kan sangat kalau kau dah tahu, perkataan nasik kan ...


ye i setuju ngan apa u tulis... memang sengaja cari pasal lah kan

ada sorang anak kawan i nak belanja kat dimsum baru dpt gaji,  grad uitm ... doktor pompuan pakai tudung, dia bukan hijabista mekap tebal pun... i pun bukak ig terklik kat pork dimsum ke pork bun gitu la. i kata ehhh ada pork! Dia kata .. eh tak tak cawangan jb punya halal dia ckp kat i ada branch halal ada yg tak ... i was like. macamana manufacturing dia kat kilang yach boleh plak ada yg halal ada yg tak . i lupa nama kedai dia sebut tu The Dimsum Place atau Dolly Dimsum






tatau lah kalau i ni tak urban ke apa. tapi kembang yach tekak
Quote sharlenetexas 30-10-2023 04:11 PM
Ada je yg buat nasi kerabu babi bakar.


Quote Purplehaz 30-10-2023 04:25 PM
Next time...

Nasi lemak daging rendang babi
Satay babi
Masak lemak daging babi salai
Asam pedas daging tetel babi
Singang babi
Padprik babi
Daging kunyit babi

Apa lg
Quote ifanonline 30-10-2023 04:27 PM
SWORKS27 replied at 30-10-2023 02:57 PM
tulis je la nasik lauk babi...x payah nak kandar2 kan sangat kalau kau dah tahu, perkataan nasik kan ...

pengikut israel zionis laknatullah ada di mana2...makin membiak pula di malaysia
Quote Purplehaz 30-10-2023 04:27 PM
Yg non Muslim sensitif la sikit penggunaan BM utk papar lauk non halal yg dijual ..nama lauk yg sudah sinonim dgn msykt Muslim ni.
Quote kelapaparut 30-10-2023 04:47 PM
Purplehaz replied at 30-10-2023 04:27 PM
Yg non Muslim sensitif la sikit penggunaan BM utk papar lauk non halal yg dijual ..nama lauk yg suda ...

sbb tu non bumi non muslim xnak ckp bm , sbb melayu semue bende sensitif. kat sarawak geng2 iban semue naik angin dgn melayu, kitab bible dieorg pun kne block sbb dlm bm, nak panggil nasi babi makanan ruji ye pun xboleh melayu kat smnnjung sensitif sgt. malaysia ni berlegar bukan dlm dunia melayu je, org non muslim pun pakai bm jugak. even nasi kandar tu pun originated dr india yg sembah dewa hindu segala bagai so minda melayu kne bukak sket.

Lihat semua komen(88)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 05:31 PM GMT+8 , Processed in 0.065356 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top