Seorang lelaki maut dipanah petir ketika tidur di dalam rumahnya di wilayah Tak, Thailand. Thaiger melaporkan, lebih menyayat hati apabila mangsa, Jitpol, 47, disambar petir ketika berbaring di atas tilam sambil disaksikan oleh isteri dan dua anak perempuannya.
Pasukan penyiasat memeriksa rumah mangsa yang dibina daripada kayu dan beratapkan zink, antara yang ditemukan adalah tilam di atas lantai, baju milik mangsa dan syiling 7 baht. Menurut anak sulung Jitpol yang bernama Kwan Khao, 16, keempat-empat ahli keluarganya biasa tidur di dalam satu kelambu. Pada hari kejadian, berlakunya hujan lebat beserta guruh dan kilat, menyebabkan dia beralih tempat tidur berhampiran bapanya. Jitpol sedang menjawab pertanyaan anaknya apabila kilat menyambarnya sebanyak dua kali. Dia kemudian rebah terlentang di atas lantai. Isteri Jitpol cuba membantunya dengan melakukan urutan sebelum meminta bantuan jiran mereka.
Walaupun sudah dibawa ke hospital, Jitpol gagal diselamatkan. Kakak Jitpol yang bernama Suporn, 68, berkata, dia telah bermimpi mengenai tragedi itu dua hari sebelum insiden berlaku. - CARI Sumber: mStar
|
kotakbaju replied at 30-10-2023 09:09 PM
Sebab itu iols rasa takut dan seriau dengan kilat2 ni. Ntah napa.
ADVERTISEMENT