Sebuah sekolah di bandar Bolshoy Kamen di Rusia memasang sistem pengawasan kamera di dalam bilik air perempuan. Tindakan itu menyebabkan pihak pengurusan sekolah dikritik hebat oleh ibu bapa dan pelajar.
Oddity Central melelporkan, bertambah pelik apabila ia tidak dilaksanakan di bilik air lelaki. Difahamkan, kamera yang dipasang bukanlah satu sebaliknya tiga buah yang diletakkan di setiap penjuru yang mana rakamannya disalurkan terus kepada pengawal keselamatan. Menurut wakil sekolah terbabit, penggunaan kamera pengawasan berkenaan adalah untuk memastikan pelajar tidak bergaduh, merokok atau terlibat dalam aktiviti lain yang tidak dibenarkan di sekolah. Mereka juga menegaskan bahawa pengawasan tidak melibatkan tandas, oleh itu ia secara teknikalnya bukan pencerobohan privasi. Meskipun ramai yang mengkritik penggunaan kamera tersebut di dalam bilik air, namun ada juga yang memihak kepada pengurusan sekolah.
Bagi mereka pengawasan menggunakan kamera dapat menghindarkan pelajar daripada merosakkan sekolah yang baru diubah suai, budaya membuli rakan, merokok atau penyalah gunaan dadah. - CARI Sumber: mStar
|
Oddity Central melelporkan, bertambah pelik apabila ia tidak dilaksanakan di bilik air lelaki.
Menurut wakil sekolah terbabit, penggunaan kamera pengawasan berkenaan adalah untuk memastikan pelajar tidak bergaduh, merokok atau terlibat dalam aktiviti lain yang tidak dibenarkan di sekolah.
ADVERTISEMENT