Ipoh: Tujuh lokasi titik panas fenomena kepala air dikenal pasti di Perak dalam menghadapi musim Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula bulan depan hingga Mac 2024. Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Seri Abdul Wahab Mat Yasin, berkata lokasi terbabit ialah Sungai Bil Behrang, Sungai Dang, Sungai Kampung Ruah Batu 7, Sungai Lata Kijang, Sungai Lata Iskandar, Sungai Ulu Slim; dan Sungai Trolak.
"Kita akan memasuki musim MTL dan menerima taburan hujan tinggi berbanding kebiasaan," katanya berucap dalam program Karnival Keselamatan Kebakaran peringkat JBPM Perak di sini, hari ini. Hadir sama Pengarah JBPM Perak, Sayani Saidon dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Sandrea Ng Shy Ching. Seiring perkembangan cuaca semasa, Abdul Wahab menasihatkan orang ramai berhati-hati melakukan aktiviti di air sepanjang musim MTL.
Sumber: BH Online |
ADVERTISEMENT