Petaling Jaya: Syarikat NSK Trade City Sdn Bhd (NSK) tampil memohon maaf secara terbuka selepas tular salah satu cawangannya didakwa menjual daging katak. Menerusi satu kenyataan, pihak NSK berkata, mereka sedar ia adalah isu serius dan tindakan telah pun diambil serta-merta.
“Kepada pelanggan kami dan umat Islam, kami memohon maaf atas insiden yang berlaku pada 24 Oktober, baru-baru ini. “Kami faham tahap keseriusan isu ini dan tindakan telah diambil serta-merta. Amaran keras juga telah diberikan kepada pekerja yang terlibat. “Pihak NSK memohon maaf sekali lagi dan akan memastikan sebaik-baiknya, supaya tidak akan berlaku lagi kesilapan tersebut,” kata kenyataan itu. Terdahulu, orang ramai terkejut setelah melihat gambar sepinggan kaki katak yang dijual bersebelahan ikan dan ayam tular di laman Twitter, baru-baru ini. Menurut hantaran sama, kaki katak tersebut dijual secara terbuka di sebuah pasar raya terkemuka di Selangor.
Sumber: Kosmo! Online |
Farnor replied at 29-10-2023 06:41 PM
Bukan ada ke jenis katak yg boleh di makan? Yg kecik2 tu..lupa apa namo binatang tu?
Skuau replied at 29-10-2023 07:25 PM
pernh dgr juga...ada jenis dia...bkn asal katak...
delia3003 replied at 29-10-2023 05:44 PM
Yuck! Lepas ni terus tak boleh pandang daging puyuh tanpa terbayang daging k*t*k
ADVERTISEMENT