CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Elon Musk Ikrar Beri Bantuan Akses Internet Di Gaza

29-10-2023 04:08 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5232| Komen: 12

Tindakan rejim Israel memutuskan akses internet dan komunikasi di Semenanjung Gaza sejak Jumaat lalu, menyebabkan ramai penduduk Palestin dan sukarelawan dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kemanusiaan terputus hubungan dengan dunia luar.


Bagaimanapun, jutawan dan Ketua Eksekutif SpaceX, Elon Musk, menyatakan kesediaannya menyediakan akses komunikasi kepada organisasi bantuan kemanusiaan diiktiraf antarabangsa yang kini berada di Gaza.



Beliau memuat naik ciapan itu melalui aplikasi X (sebelum ini dikenali sebagai Twitter), semalam.


Menurut hantaran di aplikasi X, beliau berkata akan bertindak sedemikian selepas rangkaian telekomunikasi di Semenanjung Gaza lumpuh sepenuhnya.


"Starlink akan menyokong sambungan kepada organisasi bantuan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa di Gaza," katanya. 


Alexandria Ocasio-Cortez 


Ia jaminan Musk sebagai balasan kepada satu ciapan Ahli Kongres Amerika Syarikat, Alexandria Ocasio-Cortez yang mengkritik tindakan Israel memutuskan rangkaian komunikasi di Gaza sebelum serangan darat dilaksanakan Jumaat lalu bagi menyekat kemampuan pejuang Hamas menyusun dan membuat serangan.


Starlink adalah ialah sistem buruj satelit yang bertujuan untuk menyampaikan liputan internet global, yang sangat sesuai untuk kawasan luar bandar dan terpencil secara geografi dengan sambungan internet sukar diperolehi atau tidak wujud.


Susulan pemberitahuan tersebut, Menteri Telekomunikais Israel telah mengeluarkan kenyataan bahawa Israel akan memutuskan segala kerjasama dengan Starlink.


Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Kesihatan di Gaza mengesahkan angka korban di wilayah itu telah meningkat kepada 7,703 mangsa termasuk lebih 3,500 kanak-kanak setelah rejim Zionis memperhebatkan kempen pengeboman sejak beberapa hari lalu.



Sumber: Getaran


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 29-10-2023 06:03 PM
heshe tak pro-zionis ke sister?

berbaloi gitu usaha ummahX bersatu tag heshe untuk bagi bantuan Starlink kat Gaza sana
Quote limesherbet 29-10-2023 06:14 PM
      N              
Quote nw111 29-10-2023 06:16 PM
Blh support beli tesla heols
Quote limesherbet 29-10-2023 06:17 PM
hyie replied at 29-10-2023 06:03 PM
heshe tak pro-zionis ke sister?

berbaloi gitu usaha ummahX bersatu tag heshe untuk bagi bantuan Sta ...

Itu lah the power of social media...circulating bagi impact..tapi acik² forum masih ramai yg defensive taknak share around...doa je cukup katenye.

Er hello...USAHA, doa, baru tawakal

Usaha taknak...dia trus doa



Quote Suchi 29-10-2023 07:00 PM
hyie replied at 29-10-2023 06:03 PM
heshe tak pro-zionis ke sister?

berbaloi gitu usaha ummahX bersatu tag heshe untuk bagi bantuan Sta ...

Kat fb ramai je skeptikal ngn heols
Depa tetap tak suka dan merasakan ada kerang disebalik kuey teow
Quote Nizleen86 29-10-2023 07:57 PM
Ada give and take juga ni. Ada la habuan utk abam elon tu.
Quote Samerosie 29-10-2023 09:18 PM
Ini normal ye bam elon punya perangai, dua2 belah dia ngap.  Dgn ukraine pun dia buwt gini ujung2 china bising (ally russia kan), takut kilang tesla kena tutup, bam elon ckp kat president ketot dah tak boleh tanggung dah kos starlink ke ukraine berentikan.  Melompat2 la ketot marah.
Quote naina 30-10-2023 12:16 AM
Nampak tak kuasa duit
Dia tak kisah pun mana2 dia suka dia tolong je
Lantak p lah kuasa besar dunia sekali pun
Dengan Israel pun dia tak takut
Ikut suka dia lah dia punya duit
Kuasa ekonomi Yahudi kalau lumpuh memang Dorang takut sgt
Memang patut boikot..seru2 mana2 orang berduit ni tengoklah dia akan berpihak yang paling ramai.
Quote manopBKK 30-10-2023 12:24 AM
hyie replied at 29-10-2023 06:03 PM
heshe tak pro-zionis ke sister?

berbaloi gitu usaha ummahX bersatu tag heshe untuk bagi bantuan Sta ...

Adek Ayie oi… as long as there is money being made diaorg ni support je mana pun. Theyols mana de ada konsep syurga neraka….

Quote Zazama 30-10-2023 01:00 AM
Something fishy.
Quote zuriey 30-10-2023 08:28 AM
Time ni la nak tunjuk hero kan
Kang kena boikot pula
Quote Dwdrum 30-10-2023 08:34 AM
Elon musk in atheist...definition humanity lain dari acik forum nusantara....heshe bukan pro hamas sama juga bukan pro democrat/biden... Mahu beli X dahulu ber gasak dengan gang democrat

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 05:20 PM GMT+8 , Processed in 0.047879 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top