CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Puluhan Ribu Berarak Di Britain, Perancis, Switzerland Untuk Palestin

29-10-2023 01:40 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 6710| Komen: 2

London: Puluhan ribu penunjuk perasaan pro-Palestin berarak di Britain, menyertai ribuan lagi di Perancis dan Switzerland, menggesa gencatan senjata ketika tentera Israel meningkatkan serangan darat di Semenanjung Gaza.


Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran ribuan lagi orang awam boleh maut ketika serangan tanpa henti oleh Israel yang memberi perlindungan kepada tentera daratnya untuk meningkatkan pertempuran di Gaza.

Penunjuk perasaan membawa sepanduk dan bendera Palestin di London. - Foto AFP

Israel melancarkan kempen pengebomannya selepas pejuang Hamas melancarkan serangan di penempatan Israel dekat sempadan Gaza pada 7 Oktober lalu.


London menganjurkan perhimpunan besar-besaran menyokong rakyat Palestin pada hujung minggu buat kali ketiga berturut-turut.

Kira-kira 100,000 orang menyertai 'Berarak Untuk Palestin' di London, menurut media Britain yang turut melaporkan pergelutan dengan polis.

Polis Metropolitan London mengerahkan lebih 1,000 pegawai untuk mengawal perarakan itu dan menahan seorang penunjuk perasaan kerana disyaki menyerang seorang pegawainya dan seorang lagi kerana membuat kenyataan berbaur perkauman serta ugutan untuk membunuh.

Menyatakan sokongan kepada rakyat Palestin dibenarkan di Britain tetapi memuji Hamas diharamkan.

Penunjuk perasan menyertai acara “Perarakan Untuk Palestin’ di Dortmund, barat Jerman. - Foto AFP

Perhimpunan lain yang diadakan semalam adalah di Manchester dan Glasgow, Scotland, manakala ribuan penunjuk perasaan mengambil bahagian dalam perhimpunan di Perancis semalam.

Penunjuk perasaan di Paris mengingkari larangan mahkamah yang dikeluarkan atas alasan ketenteraman awam.

Sekumpulan polis menyekat penunjuk perasaan di tengah ibu negara, antaranya pegawai rasmi kerajaan selain Ahli Parlimen.

"(Keperluan) gencatan senjata adalah mendesak untuk menghentikan pembunuhan wanita, kanak-kanak dan lelaki," kata Timbalan Datuk Bandar Corbeil-Essonnes di selatan Paris, Elsa Toure.

Mahkamah Pentadbiran di Perancis mengeluarkan larangan berhimpun atas alasan 'mengganggu ketenteraman awam' berikutan peningkatan sentimen anti Yahudi di negara itu.

Namun, penunjuk perasaan mengingkarinya, dengan hampir 4,000 berarak di Marseilles manakala di Switzerland, penganjur berkata 7,000 orang berkumpul di Zurich selain 2,000 di Lausanne, 1,800 di Geneva dan lebih seribu di Bern. - AFP


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 29-10-2023 01:48 PM
Omputih ni kalau mau kan gencatan senjata demi membantu civilian yang jadi mangsa peperangan memang aku yakin tiada agenda lain.

Quote laqoyah 29-10-2023 09:06 PM
Bagussssss..semuga tok bidin-amurica diperludahkan

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 05:30 PM GMT+8 , Processed in 0.035121 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top