CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Kita Akan Tunjukkan Pada Dunia Israel Adalah Penjenayah Perang' - Erdogan

29-10-2023 01:22 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 7420| Komen: 10

Istanbul: Turkiye mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Israel sebenarnya adalah negara penjenayah perang, tegas Presidennya, Recep Tayyip Erdogan.

Erdogan juga turut mengkritik sikap hipokrit kuasa Barat yang memberikan sokongan kepada Israel selain media mereka yang membenarkan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan ke atas Gaza.



Presiden Turkiye itu berkata demikian ketika berucap di hadapan ratusan ribu rakyat Turkiye yang berhimpun dalam solidariti "Great Palestine Rally' di Lapangan Terbang Ataturk, Istanbul.

Erdogan menegaskan, sikap pilih kasih itu dilakukan Barat kerana rasa bersalah mereka terhadap kekejaman yang dilakukan terhadap kaum Yahudi ketika Perang Dunia Kedua.

"Turkiye tidak mempunyai masalah untuk menyatakan pendirian mengenai apa yang berlaku di Gaza kerana kita tidak terhutang budi kepada Israel.

"Ini berbeza dengan kuasa Barat yang sentiasa terhutang budi dengan negara Zionis itu kerana kekejaman yang pernah mereka lakukan dulu," katanya.


Ketika pembunuh beramai-ramai sedang dilakukan tentera zionis di Gaza, Erdogan mempersoalkan berapa ramai lagi nyawa kanak-kanak, wanita dan warga emas yang perlu dikorbankan sebelum gencatan senjata dapat dilakukan.

"Ketika Turkiye sedang dalam persiapan menyambut ulang tahun penubuhan Republik Turkiye yang ke-100 hari ini (Ahad), kita tetap berduka cita dengan apa yang dialami rakyat di Gaza," katanya.


Perhimpunan mega di Istanbul itu menyaksikan solidariti rakyat Turkiye dari pelbagai latar belakang termasuk selebriti Yusof Islam.

Erdogan juga menegaskan pejuang Hamas adalah kumpulan pembebasan yang melancarkan pertempuran untuk melindungi tanahnya, kumpulan Mujahidin yang berjuang untuk melindungi bumi dan rakyatnya.

Tambah beliau, Israel mungkin disokong Barat kerana berhutang banyak dengan regim Zionis itu, tetapi Turkiye tidak berhutang apa-apa dengan Israel.

Pada masa yang sama, Erdogan juga meluahkan rasa sedih dengan sikap Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) yang menutup mata terhadap pembunuhan kejam kanak-kanak dalam konflik Israel-Palestin.

Turki turut menyifatkan tindakan negara-negara di luar rantau yang menyatakan sokongan kepada Israel, seolah-olah 'mencurah minyak ke dalam api'.

Justeru, Erdogan berkata Turki bersedia menjadi salah satu penjamin kepada pihak Palestin dengan sokongan kemanusiaan, politik serta ketenteraan.

Sementara itu, Israel hari ini bertindak memanggil pulang kakitangan diplomatik di Turkiye selepas ucapan Erdogan itu semalam.

Kedua-dua negara itu baru sahaja bersetuju untuk melantik semula duta masing-masing selepas rundingan sejak tahun lalu.

Menteri Luar Israel, Eli Cohen, berkata tindakan itu diambil berikutan nada kenyataan dari Turkiye, yang memerlukan hubungan sedia ada dinilai semula.

Malah, Israel turut memanggil pulang kakitangan kedutaannya dari beberapa negara serantau sejak serangan Hamas terhadap Israel pada 7 Oktober lalu.

Sehingga kini sekurang kurangnya 7,326 rakyat Palestin dibunuh tentera Zionis di mana 70 peratus daripadanya merupakan wanita dan kanak kanak. - AGENSI


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slavehunter 29-10-2023 01:46 PM
Semalam during game bola di Glasgow, Celtic playing pun semua rakyat Scottish kibar bendera Palestine.
Quote Decaffeinated 29-10-2023 01:54 PM
Turkiye 100 tahun?

btw Ummah tanah air bila nak nganjing Erdogan berdrama macam bangnon siap ada Cat Steven join lagi

Quote manopBKK 29-10-2023 02:01 PM
sibok la closeted gayah paria kat atas ni… merata muka tak cukup caffein dok men cirit sane sini x puas hati dgn palestin ….sian nengok jiwa kacau
Quote Decaffeinated 29-10-2023 02:07 PM
manopBKK replied at 29-10-2023 02:01 PM
sibok la closeted gayah paria kat atas ni… merata muka tak cukup caffein dok men cirit sane sini x  ...

Sibuk lah pondan multinick takut guna nick biasa ni. Nak reply direct telur dah kepit komen pun sipi2.
Quote anony-mous 29-10-2023 02:08 PM
Plg x berguna sekali ialah negara2 arab. Dah kena beli dgn US. Bangsa plg laknat
Quote slavehunter 29-10-2023 02:20 PM
manopBKK replied at 29-10-2023 02:01 PM
sibok la closeted gayah paria kat atas ni… merata muka tak cukup caffein dok men cirit sane sini x  ...

Paria punya comment semua nak trash ummah jer , and yet kata dia seorang civil and bermodal.

Hati tersakiti sokongan untuk Palestine disemua negara.

Scottish pun raise Palestinian flag, even Jason statham pun.
Quote MissYouSayang 29-10-2023 07:23 PM
Erdogan tak takut kena ugut ka
Quote airmineral 30-10-2023 08:59 AM
tadi dgr kt TT zamir kata september aritu erdogan baru nak berbaik2 dgn israel?
sblm2 tu aku baca kapal turki hantar brg ke israel juga

erdogan ni boleh dipercayai ke x? atau gunting dlm lipatan?
Quote AbukRokok 30-10-2023 09:42 AM
sembang erdog

sweden lulus masuk NATO imbalannya dpt deal updgrade F-16
Kaan pun ntah jd realiti ke x.. kos pengeluaran lagi mahal dri F35
nak beli F-35 kne musnahkan S400

Quote AbukRokok 30-10-2023 09:47 AM
cuba try seludup dron bayraktar ke misil ke....ini tak asyik asyik iran iran iran

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 05:20 PM GMT+8 , Processed in 0.043031 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top