CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Harga Bawang India Naik Sehingga AS$800 Setan

29-10-2023 01:12 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 8925| Komen: 58

New Delhi: India mengehadkan eksport bawang dengan mengenakan harga eksport minimum sebanyak AS$800 (RM3,823) setan.

Harga jualan minimum itu berkuat kuasa pada hari ini dan akan dikekalkan sehingga hujung tahun 2023, menurut kenyataan Kementerian Hal Ehwal Pengguna.



"Langkah itu diambil untuk memastikan bekalan bawang yang mencukupi bagi pengguna domestik pada harga berpatutan berikutan kuantiti stok bawang daripada musim tanaman 2023 semakin berkurangan," katanya.

Kerajaan juga memperoleh tambahan 200,000 tan bawang untuk meningkatkan stok penimbal.

India mengenakan 40 peratus duti eksport ke atas bawang pada Ogos.

Harga bawang di wilayah Delhi meningkat sehingga 50 peratus sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Ia dijangka melonjak lebih 40 peratus bulan depan daripada paras semasa, menurut laporan media tempatan.


Sumber: Bernama



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote otai_g 29-10-2023 01:13 PM
Bad sign. Apa bnd masakan kat msia ni yg x pki bawang. Get ready people utk kenaikan harga makanan buat kali ke berapa ntah
Quote vespa_oren 29-10-2023 01:48 PM
Bawang india ini bawang rose tu kan
Memang dah mahal harga bawang tu tempat aku skrg
Quote antikorok 29-10-2023 01:57 PM
Bersedia yach. Entah2 sup tomyam nasi goreng semua tu bakalan naik rega mencanak serope pergi haji balik hari dah lepas ni
Quote Decaffeinated 29-10-2023 02:03 PM
Kesian mat sabu, habis mengemis beras lepas ni kena mengemis bawang pula

Quote LadyCarefree 29-10-2023 02:19 PM
setan pun membawang
Quote ultra78 29-10-2023 02:39 PM
Malaysia ni apa benda yang tak import?
Quote ketambangkang 29-10-2023 03:45 PM
Harga Bawang India Naik Sehingga AS$800, Setan!!!!!!!!!
Quote lightheaded67 29-10-2023 03:57 PM
hahaha iye eh, kalau baca laju laju mmg ckp setannn
Quote kakikuDibibirmu 29-10-2023 04:16 PM
lightheaded67 replied at 29-10-2023 03:57 PM
hahaha iye eh, kalau baca laju laju mmg ckp setannn

P. RamleeBerapa senang beta punya hati, beta lah yang digelarkan Setan Aminurrasyid.
Tuan Director Ahmad NisfuCut! Bukan setan syaitan! Sultan!




[youtube]MawOFEh4XqI[/youtube]
http://youtu.be/MawOFEh4XqI
Quote lightheaded67 29-10-2023 04:39 PM
kakikuDibibirmu replied at 29-10-2023 04:16 PM
{:ml ...

haha everhijau klaka acik pramlee.. smpi skrg org duk pakai kata2 dari cerita beliau
Quote wikedsaikel 29-10-2023 04:54 PM
Tajuk tu aku baca ada tanda koma sebelum word Setan
Quote Perawankota 29-10-2023 05:25 PM
Aku ingat pasal syaitan… sekali setan= 1 tan
Quote zuriey 29-10-2023 05:35 PM
Aku pakai bawang merah besar tu
Senang nk kopek
Bawang besar pun naik harga ke

Quote glump 29-10-2023 05:59 PM
Kat tempat ku byk tempat dah jual bawang china,Pakistan n Holland je.
Quote kakikuDibibirmu 29-10-2023 06:05 PM
Perawankota replied at 29-10-2023 05:25 PM
Aku ingat pasal syaitan… sekali setan= 1 tan

Mi wantan pulak berat dia satu tan
Quote zuuu 29-10-2023 07:08 PM
Nak kena standby tanam bawang sndri ke apa ni???
Quote mizzmimi 29-10-2023 07:18 PM
Ye.. tempat iols pun dah mahal.. lepas naik rege ni bape la..
Quote makadek 29-10-2023 07:20 PM
Aku pakai bwg besar jer pn 1kg 4rm
Quote limesherbet 29-10-2023 07:23 PM
vespa_oren replied at 29-10-2023 01:48 PM
Bawang india ini bawang rose tu kan
Memang dah mahal harga bawang tu tempat aku skrg

Bukan bawang ros..ros tu yg kecik² manis...bwg india yg sama size atau kecik skit dari bawang holland..kita banyak guna bwg ni

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 05:24 PM GMT+8 , Processed in 0.078996 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top