CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Audi Dipandu Suspek Bunuh Rempuh Pagar Istana Johor

28-10-2023 01:54 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3764| Komen: 9

Dalam kejadian pada pukul 5.30 pagi itu, seorang lelaki warga asing berusia 20-an bersama dua wanita berada dalam keadaan mencurigakan di dalam kereta tersebut di Jalan Tanjung Puteri di sini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, ketika pegawai dan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah memeriksa kenderaan itu, pemandu memecut laju sehingga ke Jalan Tun Dr. Ismail.

KEADAAN kemalangan membabit sebuah kereta jenis Audi yang terbabas melanggar dua buah kenderaan dan merempuh pagar Istana Besar di Kilometer 2.3 Jalan Skudai-Pantai Lido, Johor Bahru awal pagi semalam.

“Apabila sampai di hadapan Istana Besar, pemandu Audi gagal mengawal keretanya lalu merempuh dua buah kereta iaitu Proton Persona dan Perodua Aruz sebelum melanggar pagar Istana Besar.

“Polis berjaya menangkap suspek bersama dua wanita serta merampas beberapa peralatan termasuk hulu pisau berwarna kuning, satu mata pisau, tiga buah telefon bimbit dan masing-masing dua baju dan seluar,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Raub berkata, hasil siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek dipercayai terlibat dalam kejadian pergaduhan yang membawa kepada kematian seorang lelaki berusia 25 tahun akibat ditikam dengan senjata tajam.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan dalam kejadian pada pukul 3.41 pagi semalam, seorang lelaki ditemui mati dengan kesan beberapa tikaman di hadapan sebuah premis di Johor Bahru.

Mengulas lanjut Raub berkata, hasil pemeriksaan ke atas mangsa mendapati lelaki itu mati dengan sembilan kesan tikaman termasuk pada bahagian dada, perut, rusuk serta bahagian belakang badan.

Hasil semakan mendapati seorang suspek memiliki dua rekod jenayah berkaitan dadah selain ketiga-tiga suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Ujarnya, motif pergaduhan tersebut masih lagi dalam siasatan.

Tambahnya, ketiga-tiga suspek kini dalam proses permohonan reman di Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini.


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orkid_amani 28-10-2023 04:36 PM
Langgaq pangaq istana mmg tempah ticket fast lane laa.. laaaajuuu la polis buat kerja..berkait banyak kes ni..bunuh..pandu laju..langgaq 2kereta..rosak kn pagar istana..bawak senjata tajam.. positive dadah..jenuh
Quote mejaputih 28-10-2023 04:40 PM
Warga asing ni dari negara mana?
Quote Buritan 28-10-2023 05:00 PM
mejaputih: Warga asing ni dari negara man ...


Singapore ke pun.. takkan yindon leh bwk audi
Quote me12345 28-10-2023 05:06 PM
JB ni kot tak pengedar dadah , pelacuran ni..
Quote tumpanglalu74 28-10-2023 05:21 PM
Jin yang jage pagar yestane tu pon pikey takde hari lain ke nak langgor?  Baru je umum tuan dia jadi jagong..
Quote antikorok 28-10-2023 05:22 PM
Ummah terpaling feswerkantri fefeeling OKB dpt beli umah sejota lemon kat Jaybeh ke tuuuu?
Quote Supersirap 28-10-2023 06:04 PM
Semoga mendapat hukuman yang setimpal
Quote gigahertz 28-10-2023 06:40 PM
mejaputih: Warga asing ni dari negara mana?

expat singapore tu.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 05:29 PM GMT+8 , Processed in 0.116056 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top