CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Hamil Lega Diselamatkan Dari Sindiket Penipuan Pekerjaan, Bimbang Dipaksa Gugurkan Janin

28-10-2023 11:58 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3616| Komen: 23

Sepang: "Mujur saya segera diselamatkan. Jika terlambat pasti sindiket yang menculik kami akan memaksa saya menggugurkan bayi di dalam kandungan," kata Sally (bukan nama sebenar) yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar.


Mangsa berasal dari Johor Bahru itu adalah antara tiga individu dikurung sindiket di Myanmar sebelum selamat dibawa pulang ke tanah air semalam.

Mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) dari Bangkok, Thailand jam 4.30 petang diiringi ahli jawatankuasa Pertubuhan Kemanusiaan Malaysia (MHO), Azirul Shafiq.


Sally yang kini mengandung lima bulan memaklumkan berlepas ke Bangkok, Thailand bersama suami, John (bukan nama sebenar) 30-an pada 16 Oktober lalu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bahru.

Turut bersama mereka adalah seorang lagi mangsa, Vincent,28, yang pernah bekerja di sebuah kilang di Singapura.


"Keseluruhan kos perjalanan ditanggung oleh ejen sindiket dikenali melalui laman Facebook.

"Kami tertarik dengan gaji tinggi diiklankan pihak sindiket yang menawarkan RM15,000 dengan tambahan komisyen sebanyak 25 peratus setiap bulan sebagai pegawai khidmat pelanggan di Thailand.

Katanya, dia dan suami mengambil keputusan menerima tawaran lumayan itu bagi menambah pendapatan selain persediaan menyambut kehadiran anak sulung tidak lama lagi.

"Bagaimanapun saya bersyukur apabila diselamatkan pihak MHO sebaik dibawa sindiket ke Taichileik, Myanmar.

"Saya diberitahu pihak MHO bahawa wanita mengandung akan dipaksa menelan pil bagi menggugurkan kandungan sebelum memulakan tugas sebagai `scammer',' katanya.

Menurutnya, langkah diambil sindiket itu bertujuan memastikan mangsa yang dipaksa menjadi `scammer; memberi tumpuan kepada tugas.

Sementara itu Vincent berkata, mereka yang tiba di Bangkok kemudian diseludup masuk ke Taichileik, Myanmar sebelum ditempatkan di sebuah stor buruk oleh sindiket.

"Ketika dalam perjalanan, saya mula curiga berikutan jalan dilalui amat teruk dan tidak sempurna. Saya kemudian membuka navigasi GPS bagi mengesan lokasi sebelum terkejut apabila mendapati kami berada di Myanmar," katanya.

Vincent berkata, dia kemudian segera menghubungi MHO bagi mendapatkan bantuan berikutan pernah terbaca usaha MHO membantu rakyat Malaysia yang ditipu sindiket di negara sama.

Katanya, tidak sampai tiga jam menghubungi MHO, beberapa individu dari badan bukan kerajaan (NGO) Thailand menyerbu stor itu untuk menyelamatkan mereka.

"Ketika itu berlaku pergelutan menyebabkan anggota sindiket cedera serta mengalami luka-luka di bahagian tubuh.

"Semua barangan termasuk pasport kami berjaya diambil dari ahli sindiket sebelum kami dibawa kepada pihak berkuasa Thailand untuk siasatan sebelum dihantar pulang ke Malaysia," katanya.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Atata 28-10-2023 12:54 PM
Tolong spread awareness d kalangan saudara mara kita kawan2 adik beradik, kalau gaji tu mcm too good to be true tolong lah anggap terus itu scam!! Mau dapat 15k tu kalau bukan kau jadi pusher, kau kena ada pelajaran tinggi. Kalau takat2 spm tiada yg dpt gaji sampai 15k melainkan kau bisnes kuat2 perah keringat tulang empat kerat dari pagi sampai malam...
Quote shida81 28-10-2023 01:39 PM
Sekejap... X kn la bodo Sgt... Too good to be truth...
Mn2 dlm dunia ni blh dpt duit senang mcm tu klu bkn jln x elok...
Quote antikorok 28-10-2023 01:46 PM
Ni dijanjikan huntok kerja kat Singapura-purak feswerkantri, Korea KPOOP atau fefeeling duwet kepok2 kerja kat Kasino Macau ker ujong2 jadik mangsa sindiket??
Quote fefeeling 28-10-2023 01:47 PM
Org berlumba nak pegi keje kt 1st world countries sana, yg ko pegi lompat from 3rd world country to another 3rd world country… alahai otak camni ko takyah membiak la dik
Quote penutupbotol 28-10-2023 01:58 PM
nk cari kerja local tp salary minimum, alahaii
Quote _blackbird 28-10-2023 03:23 PM
tapi kan sebenarnya agak make sense ramai tertipu, aku baru teringat kisah kawan aku, cuz recently this guy kerap pulak contact aku. tu yg aku igt balik kisah ni. mmg ada je "actual profession" mcm yg diiklankan scammer2 pekerjaan nih. ada sorg member aku, lebih kurang 12-13thn lepas dia dpt offer kerja dengan company usa, compay tu mmg based kat usa (langsung takda branch dlm sea) masa tu la, bila korg tanya2, dia ckp dia apply online, interview pon by phone dan di diterima kerja something like that, kerja dia pon ala2 customer service juga la cuma dia kena servis industrial machine around sea. mula2 kitorg pon advice ni mesti scam mcm lain mcm je kan, gaji dlm usd, pastu awal2 tu kena base kat us mcm 6 ke 8 bulan mcm tu utk training, pastu dpt travel around sea, but sebenarnya legit je kerja dia, bertahun juga dia kerja dengan company tu
Quote kepompong 28-10-2023 03:56 PM
Dalam fikiran dia dah fikir dapat 30k hb&wife keje . tambahan 25% setiap bulan total dapat 37k setiap bulan lepas confirm

Doktor yg blajar teruk2 takka  dapat 15k + 3.75k sebulan
Quote kepompong 28-10-2023 03:57 PM
_blackbird replied at 28-10-2023 03:23 PM
tapi kan sebenarnya agak make sense ramai tertipu, aku baru teringat kisah kawan aku, cuz recently t ...


usa tu mmg macam legit jugak lah.


ini bangkok. .. bersepah jugakkan org thai (selatan) dtg sini cari keje... myanmar? lagi bersepah
Quote kepompong 28-10-2023 03:58 PM
fefeeling replied at 28-10-2023 01:47 PM
Org berlumba nak pegi keje kt 1st world countries sana, yg ko pegi lompat from 3rd world country to  ...

mmg dah selamat membiak
Quote mejaputih 28-10-2023 04:06 PM
Yg base kat myanmar tu x penah ke kena ambushed dari pihak berkuasa negara tu? Atau mmg ala2 dragon juga untaouchable mcm kat malaysia?
Quote mejaputih 28-10-2023 04:08 PM
Tp mujur la sempat husband dia contact mho sblm smpi ke myanmar..kalau tak, nangis la..
Quote midori888 28-10-2023 04:13 PM
_blackbird replied at 28-10-2023 03:23 PM
tapi kan sebenarnya agak make sense ramai tertipu, aku baru teringat kisah kawan aku, cuz recently t ...

zaman after 2000 kalu apply kerja online, kira ok lagi...kalu in the 90's tu lain lah sbb internet masih baru lagi...kwn cuols pun dpt kerja from company dari 1st world country...
Quote Rdizz 28-10-2023 04:28 PM
mejaputih replied at 28-10-2023 04:08 PM
Tp mujur la sempat husband dia contact mho sblm smpi ke myanmar..kalau tak, nangis la..

Dr cerita tu dah sampai mynmar pun, yg contact ngo tu rakan yg sama2 jadi mangsa nama vincent bkn suami dia. Tapi vincent ni dah biasa dgr kes2 mcm ni, masih nk cuba? Tak phm lah mentality depa ni.
Quote mejaputih 28-10-2023 04:33 PM
Rdizz replied at 28-10-2023 04:28 PM
Dr cerita tu dah sampai mynmar pun, yg contact ngo tu rakan yg sama2 jadi mangsa nama vincent bkn  ...

Aah la br iols perasan...semoga tiada la yg kena tipu lg ...bila ada yg dipaksa jd scammer mcm ni, maka berita psl hilang duit berjuta2 dlm akaun akan kita dgr lg...
Quote _blackbird 28-10-2023 05:29 PM
midori888 replied at 28-10-2023 04:13 PM
zaman after 2000 kalu apply kerja online, kira ok lagi...kalu in the 90's tu lain lah sbb internet ...

tapi mcm suspicious juga la kan. takda registered langsung company tu kat mana2 negara asean. masa tu masing2 pon umur early 20s, mana ada exposure kerja yg mmg mcm too good to be true, member tu bukan oversea graduate pon. ahahahah  tapi ok la tak kena tipu mmg kerja dia servis mesin kat kilang2 sekitar sea country. ropernya company tu mmg ada appointed 1 technician utk every region. senang hire local je utk servis mesin2 sekitar tu. cost tinggi kot nak bawak technician dari us datang servis / troubleshoot
Quote _blackbird 28-10-2023 05:39 PM
kepompong replied at 28-10-2023 03:57 PM
usa tu mmg macam legit jugak lah.

tapi masa tu mmg kitorg igt scam termasuk lah budak yg apply ni pon. ahahaha job scope dia pon mcm senang je, just buat schedule maintenance and kalau ada troubleshooting baru attend selebihnya goyang telur je kat rumah . masa tu masing2 baru early 20s, mana la tau ropernya ada juga kerja yg mcm too good to be true juga dlm dunia ni ahahaha

Quote noor2 28-10-2023 05:41 PM
Warga Myanmar mmg jahat...apakah warganegara kita dalang penipuan ni demi duit??
Quote kepompong 28-10-2023 05:56 PM
mejaputih replied at 28-10-2023 04:06 PM
Yg base kat myanmar tu x penah ke kena ambushed dari pihak berkuasa negara tu? Atau mmg ala2 dragon  ...

kalau tengok citer No More Bets, ada tunjuk kenapa susah sgt nak ambush. nnt masuk court pun susah nak buktikan
Quote jas7512 28-10-2023 05:56 PM
Biasa yg kn scam keja myanmar ni geng mata sepet so chinese2 sila spread awareness to kaummu...takde offer yg mcm bagus je in real world..mmg scammers

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 05:20 PM GMT+8 , Processed in 0.047848 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top