Tular di media sosial sebuah rakaman memaparkan para guru di sekolah rendah bersolidariti sempena isu Palestin Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian adalah penampilan mereka yang kebanyakannya memakai mafla dan menutup wajah seolah-oleh menggambarkan mereka sebagai pejuang Hamas sambil membawa bendera negara bergolak itu.
Bahkan beberapa orang guru dilihat membawa senapang mainan bersama dan mengarahkan ke arah murid-murid yang sedang duduk berhimpun. Video berdurasi 50 saat itu dikongsikan seorang pelayar laman X yang beranggapan senario tersebut akan membibitkan semangat keganasan dalam diri murid-murid jika tidak dijelaskan dengan betul. “Saya rasa perkara ini sangat mengganggu... macam menanam bibit-bibit pengganas kepada anak-anak pun ada. “Ada cara lebih baik untuk menyampaikan mesej selamatkan Palestin... bukan begini,” ciapnya.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan lokasi sekolah berkenaan. Hantaran yang dibuatnya itu mendapat pelbagai reaksi sehingga mencetuskan perdebatan dalam kalangan warga maya. Ada antara netizen yang bimbang pelajar mentafsirkan perkara itu ke arah negatif namun ada juga yang berpendapat tidak salah untuk menggambarkan realiti sebenar. Sumber: mStar |
ultra78 replied at 27-10-2023 09:44 PM
Tak patut buat lakonan ini di sekolah. Harap sekolah @dua_chzy tak buat aktiviti seperti ini.
...
ADVERTISEMENT