PETALING JAYA –Teguran imam di sebuah masjid di Kelantan menjentik hati jemaah di masjid tersebut. Kejadian yang dirakamkan di Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan itu dipercayai berlaku selepas solat Jumaat apabila kariahnya menganjurkan solat sunat bagi mendoakan rakyat Palestin yang kini berada dalam situasi perang.
Teguran imam masjid adalah ketika jemaah tergesa-gesa keluar masjid selepas solat Jumaat selesai. “Macam mana nak lawan Israel, solat sunat dua rakaat pun lari. Tak boleh macam ni. Kita solat pun dalam aircond (penghawa dingin), 10 minit sahaja, saya cepatkan,” tegur imam tersebut. Selepas teguran terbabit dibuat, kelihatan jemaah masjid kembali memenuhi saf di dalam masjid. Rata-rata orang ramai turut memuji imam tersebut yang berani menegur secara terus kepada jemaah yang hadir dan ada yang bersetuju dengan cara yang dilakukan imam itu.
“Pecah perut aku, betul pak imam cakap, kita ni kalau cakap pasal Palestin bergegar rumah. Nak solat sunat dua rakaat pun tak boleh. “Kita tak mampu nak berperang terima hakikat, tapi kita mampu berdoa keselamat saudara kita di sana,” kata Iruwan Hakim. “Tepat sekali imam, kita nak minum air teh panas pun tiup lagi, inikan pula nak pergi berperang di sana. Kita doakan mereka dari jauh, insya-Allah moga rakan kita di Palestin selamat,” kata Nazim Alias. – CARI Sumber: Kosmo
|
Buritan replied at 27-10-2023 05:01 PM
Nak balik lekaass.. awek dah tunggu.. nak hantar anak ke sekolahh.. nak hntr anak pi nursery.. bosss ...
sharlenetexas replied at 27-10-2023 05:03 PM
Nak kata meeting dgn boss, hari ni hari jumaat. Hari minggu.
Buritan replied at 27-10-2023 05:01 PM
Nak balik lekaass.. awek dah tunggu.. nak hantar anak ke sekolahh.. nak hntr anak pi nursery.. bosss ...
ADVERTISEMENT