CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengasuh Dan Ibu Bapa Perlu Selalu Berkomunikasi, Hantar Mesej Dalam Kumpulan Elak Anak Tertinggal Dalam Kereta

27-10-2023 03:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2221| Komen: 25

PETALING JAYA –Susulan kejadian seorang bayi perempuan berusia 16 bulan yang maut selepas ditinggalkan secara tidak sengaja di dalam kereta bapanya di Terengganu, Public Health Malaysia berkongsi tips.


Pengasuh atau kakitangan taska perlu saling berkomunikasi bagi mengelakkan kes-kes bayi atau kanak-kanak tertinggal di dalam kenderaan sehingga menyebabkan kematian.


Gambar Hiasan

“Pengasuh atau penjaga taska harus bertanya kepada ibu bapa tentang kehadiran anak masing-masing menerusi mesej kumpulan bagi memastikan mereka tidak terlepas pandang.

“Usaha ini nampak kecil tetapi ia dapat mengingatkan ibu bapa sama ada sudah menghantar anak ke pusat jagaan kanak-kanak atau sebaliknya,” ujarnya.

Perkongsian itu mengundang reaksi positif daripada ibu bapa. Rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan yang dicadangkan.

“Ya, alhamdulillah taska anak saya dah buat. Moga semua mendapat kebaikan,” komen Shahirah Mohd Shukri.


“Saya setuju, sekarang sudah ada taska dengan aplikasi untuk kita pantau anak di taska,” kongsi Khadijah Rais.

“Nampak macam remeh untuk memberitahu kehadiran kanak-kanak dalam WhatsApp, tetapi implikasinya sangat besar. Kita boleh mengelak tragedi yang sama berulang,” tulis Noor Khairilliza Johari.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 27-10-2023 03:36 PM
Klau partner remind each other xboleh ke? Knp org lain pulak tanggungjwb jaga anak kau..
Quote missyL 27-10-2023 09:37 PM
Tbh la.
Mmg sgt sedih dgn ape yg berlaku
Tp 100% Tanggungjawab tu ibu bapa.
Xleh slhkan pengasuh or taska x tnye ke ape
Dieorg pn bz

Tp gitu la
Sbb terlampau kerap sgt terjadi
Mmg something kene buat lah.

Harap2 dijauh kn mushibah cmnie
Sedih btol
Kematian yg bole dielak
Quote faraway1 27-10-2023 09:42 PM
Rajinlah tepon laki juga..

My husband kalau hantar anak even sekarang dah darjah 2..

Me masih tepon laki tanya camana hantar anak pagi ni....

Tak peduli dia tengah kerja tapi wajib tepon juga..

Quote immi 27-10-2023 10:02 PM
Mmg patutnya amanah parents la utk saling bertanya pagi2 kalau salah sorg kena anta anak. Inilah rutin utama as parents yg ada ank kecik yg kena duduk neseri
Quote Lily_Elizabeth_ 27-10-2023 10:12 PM
Cantiknya gambar tu, cam dalam buku Kesedaran Sivik masa sekolah dulu.
Quote Buritan 27-10-2023 10:23 PM
missyL replied at 27-10-2023 09:37 PM
Tbh la.
Mmg sgt sedih dgn ape yg berlaku
Tp 100% Tanggungjawab tu ibu bapa.

Better letak depan..insyaaallah tak lupe
Quote elbecks 27-10-2023 11:38 PM
ahh jadi keje pengasuh lak nak remind semua
Quote putericahaya999 28-10-2023 12:29 AM
Kalau i i xsuka org byk2 tanya i... i xhantar tu maknanya tak hantar la ... napa nak tanya2 pulak... itu i la
Quote VespaSilbe 28-10-2023 12:36 AM
Kenapa dia tak pesan makpak jangan lalai... check dulu sebelum keluar kereta? Jadi org bertanggungjawab boleh tak
Quote bottombikini 28-10-2023 05:04 AM
nampak sgt kerjaya no 1
kalau family penting takkan kau tak teringat langsung esp dgn benda bernyawa
Quote noor2 28-10-2023 06:00 AM
Itula perlunya sifat beramah mesra bertegur sapa sesama manusia in reality....kalau ko jenis menyombong jenis susah nk ckp mmg susahla kalau nk handle kes2 anak tertinggal anak mati ni
Quote ultra78 28-10-2023 07:38 AM
Jika orang dah jadi pelupa sampai mcm ni,ini tanda mereka ada masalah lain. Ada manusia yang seakan hidup dalam auto mode,setiap hari follow rutin sama walaupun ada parameter sudah bertukar (bawa anak di backseat). Terlalu fikir pasal kerja pun satu masalah juga.
Quote B40tastePosh 28-10-2023 07:42 AM
Mudah Lupa.

Kalau punei boleh tanggal, punei pun boleh hilang.
Quote noor2 28-10-2023 07:47 AM
Satu lagi kes..nampak sgt laki bini jenis x mesra ..jenis buat hal sendiri saling x mengingatkan, saling x calling2 atau wasap
Quote penutupbotol 28-10-2023 02:02 PM
anak bukannya senang nk dibuat, boleh pulak ada segelintir ibu bapa yg terlupakan anak ya
Quote missyL 28-10-2023 05:06 PM
Buritan replied at 27-10-2023 10:23 PM
Better letak depan..insyaaallah tak lupe

Kan. Ltk dpn lah klo yg kene anta taska n xpandai ckp
Quote Buritan 28-10-2023 05:11 PM
missyL replied at 28-10-2023 05:06 PM
Kan. Ltk dpn lah klo yg kene anta taska n xpandai ckp

Ade forumer mana tah ari.tuu letak anak dgn hp.. ini pun aku rasa very very effective
Quote missyL 28-10-2023 05:18 PM
Buritan replied at 28-10-2023 05:11 PM
Ade forumer mana tah ari.tuu letak anak dgn hp.. ini pun aku rasa very very effective

Haaaa
Kan
Jarang2 laaa sgt tertgl hp kan
Ade yg Sanggup patah balik sbb hp tgl

I rase sgt berkesan nie
Carik hp jupe ank teros igt anta taska
Quote ⠀⠀⠀⠀ 9-9-2024 10:27 PM

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 05:35 PM GMT+8 , Processed in 0.043635 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top