Seorang isteri yang berhenti kerja sebagai arkitek selepas kahwin membuat luahan dalam grup Facebook Tanya Peguam. Menurutnya, suaminya yang merupakan seorang jurutera sudah tidak lagi memberikan wang perbelanjaan setelah tujuh tahun usia perkahwinan mereka dan dikurniakan seorang cahaya mata.
Gaji suaminya RM8,000 sebulan digunakan untuk membayar komitmen bulanan RM2,500, insurans dan wang belanja dikirim kepada ibunya di kampung. "Suami hanya bayarkan duit makan saya bila kami keluar makan bersama di luar. Dalam masa sama tak bagi saya duit belanja. "Barang rumah dia bayarkan terus masa keluar membeli sama-sama. Tapi tak pernah bagi duit saku cash dekat tangan. Bil telefon, insurans dan duit nak bagi dekat mak setiap bulan dia suruh saya cari sendiri atau terminate je semua. "Katanya dia tak perlu tanggung semua tu sebab tu semua komitmen yang saya ada masa saya bekerja sebagai arkitek,"tulisnya.
Beberapa tahun selepas berkahwin dia terpaksa menggunakan semua simpanan untuk membayar segala komitmen. Memandangkan dia tidak lagi mempunyai punca pendapatan sendiri dan wang simpanan telah habis digunakan, wanita yang terdesak ini terpaksa berniaga manisan tanpa pengetahuan suaminya. "Bila simpanan habis, saya jual dessert sorok-sorok dari rumah masa suami keluar bekerja. Pada awalnya suami tak izinkan sebab malu dengan kawan-kawan dapat bini penjual kuih. "Tapi bila tau jualan saya okay, baru dia izinkan cuma jangan sampai ke pengetahuan rakan-rakan sepejabatnya. "Pendapatan saya tidak tetap. Untung bersih dalam RM2,000 hingga RM4,000 sebulan. Tapi cukup-cukup makan je untuk saya bayar komitmen bulanan sendiri dan bagi dekat mak di kampung," katanya lagi. Namun, selepas melihat isteri meraih pendapatan sendiri, si suami mula culas mengeluarkan perbelanjaan dapur dan keperluan di rumah dengan meminta wanita itu membayar dahulu dan membuat tuntutan (claim) pada hujung bulan. Walaupun boleh dituntut semula, namun ada beberapa perbelanjaan lain 'dilepaskan' kepada isterinya seperti bil elektrik dan air, makan tengah hari dan keinginan serta yuran sekolah anak. "Bil elektrik, bil Coway sebab dia kata saya guna paling banyak untuk buat kuih. "Duit makan tengah hari saya (nasi bungkus) sebab dia kata saya ada kerja jadi makan tanggung sendiri...makan malam kalau dia makan sekali baru boleh claim. "Yuran sekolah anak RM300 sebulan sebab katanya usia 5 tahun adalah usia belum perlu ke sekolah dan duit jajan anak sebab dia kata apa guna berniaga kalau saya kedekut dengan anak," katanya. Bagaimanapun, menurut si isteri, suaminya kini tidak lagi membayar bayaran yang dituntut sejak enam bulan lalu. "Jadi jumlah yang saya claim untuk perbelanjaan dapur, Unifi, dinner dia dan beli barang rumah semua dalam RM600 saja sebulan. "Alasannya saya tak boleh claim sekarang, dia tak ada duit tapi simpanan suami di bank-bank dia melebihi RM800,000. "Bila saya claim, dia jawab habis kau berniaga untuk apa? Kalau susah-susah, berhenti berniaga," jelasnya lagi. Terkilan dengan sikap suami, wanita ini mengambil keputusan untuk berpisah dengan cara yang baik. Namun permintaannya ditolak oleh suami dengan alasan anak mereka masih kecil dan tidak mahu menanggung malu dengan keluarga dan kawan-kawan. Hantaran dibuat wanita ini mendapat perhatian ramai selepas dikongsikan semula oleh seorang pelayar di X, Aidasue pada Selasa. "Bencinya baca. Saya rasa suami dia ni possessive (tidak mahu berkongsi). Tak nak isteri lebih hebat daripada dia sebab tu suruh berhenti kerja. "Susah lelaki macam ni. Kira okaylah isteri nak cari pendapatan sendiri. Satu dalam sejuta isteri macam ni pun dapat suami tak bersyukur juga. "Kalau dia tak bagi kerja tapi dia tahu tanggungjawab tak apa juga. Tapi ni apa pun tak bagi. Nak usaha sendiri pun tak bagi," komen netizen. -CARI Sumber: mStar
|
anony-mous replied at 28-10-2023 05:07 AM
Entah la ek, kalau laki tu dah sedia semua keperluan asas include makanan, perlu ke dia minta cash l ...
syamzana replied at 28-10-2023 10:02 AM
yg lakinya dah kedekut suruh bini brenti keje nape??? org pompuan ni kalau dia bekerja secara logikn ...
ADVERTISEMENT