Seorang individu dipuji kerana sudi memberi makan kepada pekerja pengawal keselamatan dipercayai warga asing. Katanya dia menyanjungi kesungguhan pengawal keselamatan tersebut yang berusaha keras mencari rezeki untuk menyara keluarga di kampung halaman.
Pengawal keselamatan itu sanggup menjamah nasi kosong agar tidak mengeluarkan belanja terlalu banyak daripada duit gaji yang diterima. "Insan terpilih abang ni, kerja rajin. Gaji sama banyak dengan pengawal keselamatan lain, tapi nampak dia makan nasi putih dengan kuah air masak je. Lauk dia cuma ada bawang besar, saya ulang bawang besar ya. "Katanya dia buat macam ni sebab nak pastikan belanja makan dia tak lebih RM100. Baki gaji semua nak hantar ke kampung, sayang betul dekat keluarga dia. "Aku kadang kalau ada rezeki lebih aku akan belanja dia makan, semoga dipermudahkan segala urusan abang pengawal keselamatan ni," katanya.
Di ruangan komen, rata-rata warga maya mengambil inspirasi daripada pengorbanan pekerja pengawal keselamatan tersebut. "Terima kasih banyak tolong dia. Semoga dipermudahkan segala urusan, ini perkara biasa untuk golongan marhaen tak kira la bekerja dalam atau luar negara, demi kelangsungan hidup dan tanggungjawab. "Orang yang pernah hidup susah je tahu peritnya situasi ni, pentingkan anak-anak dan isteri dulu, semoga dimurahkan rezeki abang ni. "Bagus la, kita boleh ambil pengajaran dari sini terutamanya untuk para suami, sanggup bersusah untuk keluarga, jangan jadi biawak hidup je," kata sebahagian warga maya. Terdapat juga warga maya seperti tdak mengendahkan pengorbanan pekerja pengawal keselamatan tersebut. "Tak kisah la dia nak makan apa, itu pilihan masing-masing. Tak perlu bersimpati, dia duduk negara kita tak kena bayar apa-apa pun. "Kenapa kita nak kesian pula, kita duduk negara sendiri, tak kan nak makan macam dia. Ini tanah kita, hak kita. Contoh kalau kita pergi kerja Jepun, tak kan nak melahap 400 sushi sehari pula," kata warga maya.-CARI Sumber: mStar
|
ninja boy replied at 25-10-2023 01:58 PM
Bangla nepal mula2 datang kerja badan tinggal tulang, selepas setahun terus boros obes 100kg serupa ...
insulin replied at 25-10-2023 02:14 PM
Rakyat malaysia memang bodoh sebab kesian tak tentu hala dekat pekerja asing. Padahal depa hantar ba ...
ina_na replied at 25-10-2023 02:08 PM
X yah kesian la...Aku dl keje site dpt gaji deme mintak tlg anto duit gaji ke kg..Kalo tgh heavy tim ...
ina_na replied at 25-10-2023 02:08 PM
X yah kesian la...Aku dl keje site dpt gaji deme mintak tlg anto duit gaji ke kg..Kalo tgh heavy tim ...
ina_na replied at 25-10-2023 02:08 PM
X yah kesian la...Aku dl keje site dpt gaji deme mintak tlg anto duit gaji ke kg..Kalo tgh heavy tim ...
Decaffeinated replied at 25-10-2023 03:16 PM
Sedap ka makan bawang mentah siap dengan garlic sekali? Ai is cannot brain la
hyie replied at 25-10-2023 03:41 PM
bagi meols, yang ni simpati tak bertempat. Diorang bukan takda duit, tapi berjimat. So, tu pilihan d ...
krustykrab replied at 25-10-2023 03:41 PM
Org melayu mmg bodo. Mudah sgt kesian dgt org asing. Biar warga sendir susah tk makan janji dpt b ...
krustykrab replied at 25-10-2023 03:30 PM
Kesian mamat tu..konon nak dipuji..sekai dicerca.
Gaji warga asing tu pun entah2 lagi tinggi da ...
ADVERTISEMENT