CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gambar Bersama, Wan Azizah Dituduh Akrab Dengan Isteri PM Israel

25-10-2023 11:23 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4833| Komen: 32

GEORGE TOWN – Wanita Keadilan Pulau Pinang menyifatkan ia merupakan perbuatan jijik dan murahan pihak yang sengaja menggunakan foto isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk menggambarkan beliau mempunyai hubungan akrab dengan isteri Perdana Menteri Israel, Sara Netanyahu.


Ketua Wanitanya, Nurhidayah Che Rose berkata, pihaknya kecewa dan sedih dengan sikap sesetengah pihak yang menjadikan perbuatan yang tidak berperikemanusiaan Israel kepada rakyat Palestine sebagai permainan politik dalam negara.

Foto: IG

”Baru-baru ini tular imej Ahli Parlimen Bandar Tun Razak yang juga isteri kepada Perdana Menteri Malaysia, Wan Azizah yang dikaitkan dengan isteri kepada Benjamin Netanyahu, Sara Netanyahu.

”Beberapa foto digunakan dan telah diputar belit oleh pihak yang tidak bertanggungjawab seakan-akan berusaha untuk mewujudkan persepsi bahawa Wan Azizah mempunyai hubungan akrab dengan Sara Netanyahu,” katanya di sini, hari ini.


Sebelum ini, pengguna media sosial didapati memuat naik gambar dan video Wan Azizah yang disunting daripada Instagram milik Perdana Menteri Israel semasa hadir ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 di New York, Amerika Syarikat, 21 September lalu.



Menurutnya, sebagai klarifikasi, walaupun Malaysia tidak pernah mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara berdaulat, Wan Azizah telah menghadiri satu sesi perjumpaan isteri-isteri pemimpin dari setiap negara bersempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 21 September 2023 yang bertempat di Amerika Syarikat.

”Kami percaya ia merupakan salah satu cara untuk menyebarkan kebencian dan anasir politik murahan kepada rakyat Malaysia yang kini turut terkesan dengan perbuatan gila Israel terhadap saudara mara kita di Palestine.

”Siapa sangka, sedang saudara mara serta anak-anak kita di Palestine dibunuh dan ditindas dengan kejam, ada pihak di negara Islam ini tergamak mempolitikkan keadaan tersebut demi memuaskan dendam serakah politik yang melampau,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, beliau menyeru agar seluruh rakyat Malaysia bersatu hati tanpa mengira latar belakang dan fahaman politik untuk terus bersama-sama memperjuangkan nasib rakyat Palestin atas nama kemanusiaan.

“Janganlah kita menjatuhkan maruah agama dan bangsa hanya untuk memenangkan anasir politik murahan,”katanya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Redskin 25-10-2023 11:50 AM
Oooo....itu ke rhopernya bini Setanyahoo..
Quote tripleid 25-10-2023 11:59 AM
Walaknat kalau sehari tak buat fitnah mmg tak sah..



[fbp]https://www.facebook.com/photo.php?fbid=867127751433964&set=pb.100044102410638.-2207520000&type=3[/fbp]
Quote Rdizz 25-10-2023 12:27 PM
Edited by Rdizz at 25-10-2023 12:35 PM
tripleid replied at 25-10-2023 11:59 AM
Walaknat kalau sehari tak buat fitnah mmg tak sah..


Ha'a ketagih buat pitenah mcm ketagih dadah. Asyik cari salah walaupun x salah. Tapi rakyat jgn terikut perangai buruk geng tu, pikir dgn rasional dah ada otak.

Apa dpt dok bercakaran mcm monyet dlm parlimen, dlm tenet dok sebar kebencian, dok kutuk benda2 yg tak patut, negara jadi maju dan taraf hidup jadi elok ke? So uneducated and low mentality.
Quote Rdizz 25-10-2023 12:34 PM
Tu isteri pm turki pun ada bergmbar, habis tu tayib edorgan pun teruk ke? Yg mula2 masuk istana pm turki pakai tudung, yg bwk perubahan drp sekular pekat kpd islamic administration.

Bini pm yg mcm emelda marcos, yg boros sampai nk tergadai negara, bini mcm tu ke idaman acik2 malaysia?

Quote shamsadis 25-10-2023 12:57 PM


kalau Rosmah...agak2?
Quote sharlenetexas 25-10-2023 01:47 PM
Mrs turkiye pakai stilletto ke?

Quote tripleid 25-10-2023 02:40 PM
Rdizz replied at 25-10-2023 12:27 PM
Ha'a ketagih buat pitenah mcm ketagih dadah. Asyik cari salah walaupun x salah. Tapi rakyat jgn te ...

sehari kalo x fitnah nanti x cukup kpi walaun..tu yg msing2 blumba2 wat fitnah,wlpun serban,tudung laboh kemas atas kepala skalipun..
Quote nusaraya 25-10-2023 02:57 PM
Edited by nusaraya at 25-10-2023 03:04 PM

Hahahaha ... Fitnah yang  X masuk akal ....

Jikapun benar .. X ada yang salah ..... Megapa ?

Kerana Isreal dan Malaysia ditubuhkan oleh phak yang sama .. BRITISH

Selain itu Bangsa Isreal dan Bangsa Melayu Mahawangsa atau Melayu Malaysia .. keduanyna adalah keturunan langsung Nabi Ibrahim .... bezanya ... Melayu Malaysia atau melayu mahawangsa adalah keturunan Nabi Ibrahim dengan istrinya yang bernama KETURAH ....

X percaya ... Tanyalah Prof. Dr. Soleha Yacob  dan . Dr.Mat Rofa Ismail ...Pendogeng Sejarah Melayu Mahawangsa yang paling dahsyat dan diagong-agongkan itu ...

Quote Simunggu 25-10-2023 03:09 PM
nusaraya replied at 25-10-2023 02:57 PM
Hahahaha ... Fitnah yang  X masuk akal ....

Jikapun benar .. X ada yang salah ..... Megapa ?

bezalah...1 makan belacan satu tidak
Quote Decaffeinated 25-10-2023 03:10 PM
Sukati dia lah nak bergambar dengan siapa pun.

sambil tu ada hati nak kata Israel cuak

Quote Kentot_Wangi 25-10-2023 03:10 PM
Muke bini setanyoo ni.. Npk muke jahat gok.. Haha... Like laki like bini..
Quote kemaruk 25-10-2023 03:27 PM
Baru dicuit sikit dah menggelupur

Rosmah difitnah bunuh altantuya, songlap bilion2 rileks jer

Sempat lagi rosmah menubuhkan konglomerat GRAB
Quote Highflyer19 25-10-2023 03:38 PM
kemaruk replied at 25-10-2023 03:27 PM
Baru dicuit sikit dah menggelupur

Rosmah difitnah bunuh altantuya, songlap bilion2 rileks jer

Haha…terduduk yg baca
Quote Rdizz 25-10-2023 03:40 PM
kemaruk replied at 25-10-2023 03:27 PM
Baru dicuit sikit dah menggelupur

Rosmah difitnah bunuh altantuya, songlap bilion2 rileks jer

Apa yg mengelupur?

Cuma tak logik lah, bergambar je pun, heboh dok pitenah.  apooooo
Quote Perwira2022 25-10-2023 03:41 PM
Eh bukan PH yg ketagih fitnah orang guna gambar macam ni ke? Baru je dorang jaja fitnah gambar Sanusi dengan Cina REE kat majlis hari raya

Pukemak punya PH.... Kena kat dia terus tunggang agama wakakakaka
Quote Rdizz 25-10-2023 03:45 PM
Bkn pitenah lah songlap tu, tu facts semua bukti ada, ikut suka lah nk sokmo dlm denial mode atau sokongg sebab ada sebab haha
Quote MissYouSayang 25-10-2023 04:40 PM
What u give u get back.
FB_IMG_1698223013296.jpg
FB_IMG_1698223001059.jpg

Tok laki ko kemain dok sembang kote psl israelcuak bagai smlm, tp ko rilek je ambil pic dgn bini setanyahu.
Quote Decaffeinated 25-10-2023 05:09 PM
רעיית ראש הממשלה הגב' שרה נתניהו הוזמנה והשתתפה אתמול (ד') באירוע קבלת פנים שערכה הגברת הראשונה של ארצות הברית ד״ר ג׳יל ביידן, לכבוד רעיות ראשי המדינות, לציון פתיחת העצרת הכללית ה-78 של האו״ם.

The Prime Minister's wife Mrs. Sara Netanyahu was invited and participated yesterday (Wed) in a welcome event held by the First Lady of the United States, Dr. Jill Biden, in honor of the wives of the heads of state, to mark the opening of the 78th General Assembly of the United Nations.

.....

במהלך האירוע המיוחד נפגשה רעיית רה"מ נתניהו עם נשות מנהיגים רבים, ביניהן עם רעיית נשיא טורקיה אמינה ארדואן, שהזמינה את ראש הממשלה והגברת נתניהו לביקור בטורקיה, עם רעיית נשיא אוקראינה אולנה זלנסקי בהמשך למפגש ביניהן בירושלים לפני חודשים ספורים, וכמו כן עם רעיית נשיא קפרסין פיליפה קרסרה ורעיית ראש ממשלת יוון מרווה מיצוטאקיס שנפגשו עם הגברת נתניהו רק לאחרונה בביקור המדיני של ראש הממשלה בקפריסין.

בנוסף נפגשה רעיית ראש הממשלה גם עם רעיית ראש ממשלת בלגיה אניק פנדרס, ורעיות המנהיגים של ליטא, סורינאם, הרפובליקה הדומיניקנית, תאילנד, ומדינות רבות נוספות.


During the special event, Prime Minister Netanyahu's wife met with the wives of many leaders, among them with the wife of the President of Turkey Amina Erdogan, who invited the Prime Minister and Mrs. Netanyahu to visit Turkey, with the wife of the President of Ukraine Olena Zelensky following their meeting in Jerusalem a few months ago, and also with the wife of President Cyprus Philippa Karsera and the Greek Prime Minister's wife Marva Mitsotakis who met with Mrs. Netanyahu only recently during the Prime Minister's diplomatic visit to Cyprus.

In addition, the wife of the Prime Minister also met with the wife of the Prime Minister of Belgium Annick Penders, and the wives of the leaders of Lithuania, Suriname, the Dominican Republic, Thailand, and many other countries.


Tak ada pun dia ucap terima kasih kat Malaysia.... sebut pun tak.

Perasan ja lebih



Quote tungkai 25-10-2023 05:15 PM
Sama aje peel puak kiri kanan atas bawah. Tak payah fefeling suci la..

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 05:52 PM GMT+8 , Processed in 0.270925 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top