Saluran pundi kencing murid darjah satu ini pecah dan patah tulang pelvis selepas digilis van sekolah dinaiki dalam kejadian awal Ogos lalu. Ibunya, Nur Hidayah Abdullah Zawawi, 37, berkata dia meraung apabila menonton rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kiriman jirannya menerusi aplikasi WhatsApp.
Menurut Hidayah, anaknya, Wan Nur Alesha Zahra Wan Rosmawi, yang berusia tujuh tahun kini masih menerima rawatan di sebuah hospital di Selangor dan terpaksa menggunakan tiub untuk membuang air kecil. "Petang tu makcik yang bawa van hantar Zahra beritahu dia terjatuh sebab pintu tak tutup. Lepas dapat tahu tu terus saya dan suami bawa ke hospital di Shah Alam. "Malam tu juga doktor keluarkan pendarahan dalam perut Zahra. Hasil CT scan menunjukkan pundi kencing dia rosak. Masa tu tak tahu lagi saluran pundi dah hancur dan tulang pelvis patah.
"Esoknya dia dipindahkan ke hospital di Klang yang ada pakar kanak-kanak. Doktor tebuk perut dan masukkan tiub untuk Zahra kencing," katanya kepada mStar. Pada mulanya dia tidak sanggup untuk melihat rakaman video kejadian. Setelah mengumpul kekuatan, Hidayah mencekalkan hatinya menonton rakaman CCTV pada hari ke-21 selepas kejadian dan mendapati anaknya sebenarnya bukan hanya terjatuh tetapi turut digilis van yang dinaiki. Dia yang bekerja sendiri berkata, pintu van yang dinaiki Zahra sentiasa dalam keadaan terbuka sewaktu pemandunya menghantar murid-murid pulang dari sekolah. "Masa dalam perjalanan balik, ada lima orang murid termasuk anak saya. Zahra cakap tak ada yang tolak dia, pintu memang terbuka. "Makcik driver pun beritahu memang pintu tak tutup kalau hantar kawasan rumah dekat-dekat. Anak saya jatuh dulu atas jalan kemudian kawan dia pula. Kawan dia cuma terseliuh kaki. “Masa makcik tu hantar Zahra selepas kejadian ada juga dia minta maaf tapi dia tak tahu Zahra kena gilis. Dia cuma tahu selepas saya cerita,” ujarnya lagi. Menetap di Seksyen 29, Shah Alam, Hidayah berkata selepas kejadian dia tidak dapat tidur selama tiga hari mengenangkan nasib malang menimpa anak keempatnya ini. Sehingga kini, Zahra masih lagi mendapatkan rawatan secara berkala di hospital kerana terpaksa bergantung dengan saluran tiub untuk kencing. “Zahra masih pakai tiub dekat perut dan selalunya alatan tu akan tersumbat. Selang tiga hari dah kena tukar dekat hospital. Lepas kejadian saya memang tak akan bagi dia naik van dah. Dia naik kereta. Anak-anak yang lain saya dah cari pengangkutan baharu untuk ke sekolah. "Baru-baru ni saya masak makanan kegemaran dia kari ayam. Dia boleh duduk makan selama 10 minit je lepas tu menangis tahan sakit jadi saya pun suruh dia baring semula. Biasanya waktu siang dia okay tapi waktu malam memang meragam sebab tak dapat tidur. “Saya nak nasihatkan pemandu van lain supaya lebih prihatin dengan keselamatan anak-anak. Itu semua amanah ibu bapa,” katanya sambil menambah bahawa anaknya masih belum dapat kembali ke sekolah. Jelasnya, laporan polis sudah dibuat sebanyak dua kali namun Hidayah mendakwa tiada sebarang tindakan diambil setakat ini. -CARI Sumber: mStar
|
"Makcik driver pun beritahu memang pintu tak tutup kalau hantar kawasan rumah dekat-dekat.
Nurul8001 replied at 25-10-2023 11:16 AM
Kesiannya. Tak boleh ke up kan je CCTV tu.
Up kan jugak muka drebar lahanat ni.
Ada bukti, kan.
pokokmeranti replied at 25-10-2023 11:21 AM
pedih dan pilu klu kena pada anak sendiri. I usaha juga ambil anak balik sekolah. nak hantar kelam k ...
Makcik driver pun beritahu memang pintu tak tutup kalau hantar kawasan rumah dekat-dekat.
ADVERTISEMENT