BEIJING – Seluar dalam yang dihiasi dengan labuci berlian berjenama mewah Itali, Miu Miu menjadi trend di China. The New Paper melaporkan, selebriti dari negara itu seperti Yang Mi, Zhao Jinmai dan Minnie (G)I-dle semuanya pernah memakai seluar dalam tersebut.
Seluar dalam berharga AS$5,600 (RM27,796) itu mendahului senarai carian panas di laman mikroblogging Weibo, demikian menurut portal berita 8days. Sebelum ini, Minnie memakai seluar dalam itu untuk kulit depan majalah Harper’s Bazaar edisi Singapura pada bulan Ogos lalu. Duta Miu Miu, Jinmai pula dilaporkan pernah memakai seluar dalam tersebut. Sesetengah pihak berpendapat bahawa penghasilan seluar dalam itu telah digembar-gemburkan. “Ketebalan menjadikannya kelihatan seperti lampin,” kata mereka. – CARI Sumber: Kosmo
|
wipet4: Бунте всему бегут. То но Ты Мы Те об Аз. Богатство надменной сладостей возгласит. . ...
Kipaskiok: xgeli ke??? mcm mana la nk duduk
clueless_gamer: fashion victim?
cikatilia: sakit wei tajam2 batu tu hahahah
nisako: apo?
ADVERTISEMENT