CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Atlet Para Negara Tuai Tiga Emas Di Hangzhou

25-10-2023 08:19 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1437| Komen: 8

Kontijen negara terus mempamerkan aksi terbaik mereka dalam temasya Sukan Para Asia 2022 di Hangzhou, China hari ini apabila berjaya menuai tiga pingat emas.

Paling mencuri tumpuan adalah menerusi kem skuad olahraga negara apabila Malaysia meraih dua pingat emas menerusi jaguh lompat jauh negara, Datuk Abdul Latif Romly dan juga jaguh lontar peluru negara, Muhammad Ziyad Zolkefli.



Abdul Latif terus ‘terbang tinggi’ apabila melengkapkan koleksi kilauan emas ketiga berturut-turutnya di temasya emas tahun sekali itu dengan melakukan lompatan terbaik sejauh 7.18 meter (m).

Lebih manis, seorang lagi atlet negara turut mengiringi Latif ke podium apabila Zulkifly Abdullah melakukan lompatan 6.48m untuk melangkapkan pingat gangsa.

Sementara itu, Ziyad menunaikan janjinya apabila meraih emas dalam acara kegemarannya iaitu lontar peluru lelaki (F20) selepas tampil cemerlang dengan catatan 16.65m dan Mohamad Aliff Mohamad Awi meraih perak (13.75m)


Kem olahraga turut menyumbang pingat perak dalam acara 100m kategori T44 (kecacatan fizikal) menerusi Eddy Bernard dengan catatan masa 11.86s dan hanya ketinggalan 0.26s di belakan pemenang pingat emas dari Sri Lanka, Nuwan Indika Gamage.

Pungutan pingat emas kontinjen negara tidak terhenti di situ apabila skuad berbasikal para negara turut cemerlang menerusi pelumba berbasikal trek para negara, Nur Suraiya Muhammad Zamri dalam acara ujian masa 1,000 meter (m).

Bergandingan dengan jurumudi Farina Shawati Mohd Adnan, Nur Suraiya menamatkan saingan tersebut dengan catatan masa satu minit 13.434 saat (s).

Lebih menggembirakan Malaysia meraih kemenangan 1-2 selepas pingat perak tersebut turut disambar gandingan Nur Azlia Syafinaz Mohd. Zais dan Nur Suhada Zainal apabila mencatat masa satu minit 14:083s.

Impian skuad berbasikal lelaki negara untuk meraih emas dalam acara ujian masa 1,000 meter (m) tidak kesampaian apabila terpaksa berpuas hati meraih pingat perak apabila Mohd. Khairul Hazwan Mohd. Wahab dan jurumudi, Muhammad Khairul Adha Rasol selepas menamatkan saingan itu dengan catatan satu minit 5.740s.

Hasil keputusan tersebut, Malaysia kini sudah mengumpul empat pingat emas selepas Muhammad Nur Syaiful Zulkafli muncul sebagai penyumbang pingat emas pertama buat kontinjen Malaysia menerusi acara 100 meter (m) kuak dada kategori SB4 semalam.


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alesandra 25-10-2023 09:59 AM
Tahniah .....
Quote prince_marhaen 25-10-2023 10:10 AM
sedapnyehhhhhhhhhhhhhhhhh
Quote mamajawie 25-10-2023 10:50 AM

apa yang sedap tu kaka oiiii dedua da kawen tau..



Quote prince_marhaen 25-10-2023 11:13 AM
mamajawie replied at 25-10-2023 10:50 AM
apa yang sedap tu kaka oiiii dedua da kawen tau..

HAHAHA  meols tau... meols crush sejak sebelum theyols kawin tau... terutamanya tok latip..




Quote mamajawie 25-10-2023 11:16 AM
prince_marhaen replied at 25-10-2023 11:13 AM
HAHAHA  meols tau... meols crush sejak sebelum theyols kawin tau... terutamanya tok latip..  ...

tok latip tu memang badan shooshedap yachh..tapi tu la da kawen so i turn off la nk obses kt laki orang..haha



Quote Decaffeinated 25-10-2023 11:19 AM
OK lah nak celebrate kejayaan athlet para but personally aku tak setuju yang reward dorang sama macam full blown olympians.
Quote Weller 25-10-2023 01:30 PM
meriah skuad para.


huhuhuhu
Quote penutupbotol 28-10-2023 02:52 PM
tahniah para atlet negara

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 06:04 PM GMT+8 , Processed in 0.116140 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top